Pengetahuan Am: Ilmu Hadis

❶ Sekiranya anda jumpa atau dengar satu kesimpulan hadis berikut, "Disahihkan oleh Al-Hakim dalam Al Mustadrak", maka berhati-hatilah.

Kerana ia belum tentu sahih.

❷ Al-Hakim terkenal sebagai seorang yang bermudah-mudah dalam mensahihkan hadis. Sebahagian hadis yang disahihkan adalah palsu.

❸ Kata Imam An-Nawawi bermazhab Asy-Syafii: “Al-Hakim adalah seorang yang bermudah-mudah (dalam mensahihkan sesuatu hadis) seperti mana yang aku sering ingatkan.”

❹ Sekalipun Al-Hakim itu adalah ulama besar, dia tetap melakukan kesilapan. Demikian juga kita yang tidak sampai tahap ulama ini.

❺ Apa yang penting, kita tidak mengulangi kesilapan.


Cadangan:► Apabila anda rujuk kitab Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, maka lihatlah juga ulasan para ulama berkaitan hadis-hadis berkenaan. Terutamanya, ulasan daripada Al-Imam Az-Zahabi.

Kebiasaan kitab al-Mustadrak sememangnya dicetak bersama dengan ulasan az-Zahabi.


Tambahan Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwanuddin Abd Rahim: "Semasa saya buat kajian takhrij di bawah seliaan Dr Radzi Othman, ulasan al-Zahabi pun belum mencukupi. Beliau minta sertakan ulasan sarjana hadis lain juga jika ada"

 

WallahuA`lam. 

Biodata Ulama:

Nama beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim an-Naisaburi. Beliau adalah salah seorang daripada ulama hadis yang terkenal dengan kitab Al-Mustadrak. Beliau dinamakan al-Hakim kerana sering diberi jawatan hakim kerana kebijaksanaan dan kecerdasan akal fikirannya. Beliau meninggal pada tahun 405H. Para ulama hadis sering memuji al-Hakim tetapi mereka tidak pula lupa memperingatkan seperti mana yang dikatakan oleh Imam an-Nawawi, “Al-Hakim adalah seorang yang bermudah-mudah (dalam mensahihkan sesuatu hadis) seperti mana yang aku sering ingatkan.” Justeru itu, para ulama sentiasa menasihati supaya mengambil kesimpulan hadis dalam al-Mustadrak setelah dilihat ulasan daripada Imam az-Zahabi dan ulama-ulama hadis lain.