Saya ini bukan orang besar. 
Saya bukan orang terkenal. 
Saya tidak ada aset berjuta. 

Tapi, mak dan ayah saya ajar tentang kisah budi. 

Keluarga saya tidak sekaya mana, 
Kami hidup dengan budi banyak orang. 

Ketika kecil, sekolah pertama saya di Langkawi,

Ada orang baik hati bagi keluarga kami tinggal di rumahnya. 
Rumah yang sebenarnya rangka bangunan. 

Kemudian, seorang tokey cina kilang kayu tempat ayah saya bekerja bermurah hati. Dia izinkan ayah ambil sisa-sisa kayu yang boleh dipakai untuk dibuat rumah. 

Ketika saya ditinggalkan di pelantar sampan Kepala Batas, Kuala Perlis,
Pak Uih Koboy yang menjadi pendayung sampan ketika itu tumpangkan saya hingga ke pelantar kampung. Tanpa bayaran.

Dari tingkatan 1, saya mendapat bantuan ihsan dari seorang penduduk Kuala Perlis. ٍSetiap tahun beliau akan berikan saya RM 300 untuk pengajian di Johor. Sehingga kini, saya tidak pernah tertinggal melawat beliau jika pulang ke Perlis. 

Di sekolah menengah saya mendapat bantuan dari guru-guru. 

Ketika saya di tingkatan 4, Cikgu MT Sairi berikan kasut hitam pengawas berharga RM 59.90. Diberikan juga wang RM 30 dan beberapa bungkus kerepek. 

Guru-guru Sains Tulen (Cikgu Salmi, Cikgu Nora, dan lain-lain) berikan saya pengecualian bayaran untuk Kursus Matapelajaran Sains Tulen. 

Walaupun guru-guru tahu saya panjat pokok sukun di Sekolah. Mereka tak pernah marah ataupun panggil saya ke pejabat. Kerana mereka tahu saya akan goreng sukun tersebut dan jual kepada pelajar. Bagi menampung perbelanjaan harian saya. 

Kak Ros dan Abang Fauzi, adalah dua orang yang sangat membantu pelajaran saya di Johor. Mereka berdualah yang membayar yuran bulanan dan tahunan sekolah. 

Ketika saya mahu pergi ke Universiti Al-Azhar, saya buat permohonan umum. Merata Masjid negeri Perlis membantu saya. Ada sebuah masjid berikan RM 1 sebanyak 200 keping. 

Orang kampung hulur RM 1 atau 5 dalam sampul duit raya.

Guru di Matri (samada yang pernah mengajar saya atau tidak) turut menyumbang. Di SMIK juga begitu. 

Seorang petugas di Jabatan Agama Islam Perlis membantu saya dengan bersungguh-sungguh. Sekalipun saya lambat memohon, beliau berusaha naik turun pejabat untuk mempercepatkan urusan. Dalam seminggu, bantuan saya diluluskan. 

Ada juga yang menyumbang secara online. 

Ketika saya pulang ke Malaysia pada tahun 2011, 
Saya berkenalan dengan Ummi Nur Illahi. 
Beliau banyak membantu saya dalam urusan kewangan. 
Beliau turut bantu kawan-kawan saya. 

Pada tahun yang sama, 
Mak saya meninggal dunia akibat derita Kanser Usus. 
Sebelum itu, mak bekerja membanting tulang membuat belacan dan bekerja di kedai Laksa Kak Teh. Mak akan bank-in RM 200 sebulan sekiranya duit ada pada bulan tersebut. 

Ketika saya mahu pergi ke Mesir sekali lagi untuk urusan peperiksaan. 
Sangat ramai yang membantu. Ada yang bantu dengan bank-in RM 5 dan RM 10. Ada RM 100, ada RM 500. Ia sangat berharga!

Ketika saya terkandas disebabkan tertinggal kapal terbang. 
Semakin ramai yang membantu. 
Hanya 1 malam saja, sudah mencukupi tambang denda tiket. 

Inilah saya. 

Saya hidup dengan kisah budi insan di sekeliling saya. 

Jadi, saya suka dengan SYIHAB EDUCONSULT. 

Saya mahu membantu orang luar bandar untuk menyambung pengajian. 
Membantu orang berpendapatan baik untuk mendapat kolej atau Universiti terbaik. 

Saya tidak mahu SYIHAB EDUCONSULT hanya menguruskan kemasukan pelajar ke universiti sahaja. Tapi, saya mahu lebih dari itu. 

Apabila saya dibantu orang, maka kini hak orang lain pula untuk dibantu. 

WallahuAlam. 

- Tahniah jika anda mampu membaca sehingga habis. smile emoticon 

Ustaz Syihabudin Ahmad - USA
BTP, Rawang, Selangor.
031013 - 12;33 Tgh Hari.