Hadis 5 | Larangan Beristinjak Dengan Najis Kering dan Tulang

            Direkodkan oleh At Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ، وَلَا بِالْعِظَامِ، فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ

“Jangan beristinjak menggunakan najis binatang (Ar Raus), juga jangan menggunakan tulang, kerana ia merupakan makanan saudaramu dari golongan jin”.

5. Sebab datangnya

            Direkodkan oleh At Tabrani dan Abu Nuaim di dalam Ad Dalail daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Kami bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w di Makkah dan ketika itu juga Baginda s.a.w berada di kalangan para sahabat (Ashabihi), lalu secara tiba-tiba baginda s.a.w bersabda: “Bangunlah daripada kalangan kamu bersamaku seorang lelaki, tetapi bukan seseorang yang di dalam hatinya ada perasaan tidak setia. Lalu aku bangun dan mengambil bekas air (Al Idawah). Aku tidak menyangka sesuatu  di dalam bekas itu melainkan air. Maka aku keluar bersama Baginda s.a.w sehingga kami tiba di tanah Makkah yang paling tinggi lalu aku lihat kelibat (Asudah) berkumpul. Rasulullah s.a.w lalu membuatkan aku satu garisan (Fa Khatta Li Rasulillah) kemudian bersabda: berdirilah di sini (Ha Huna) sehingga aku kembali kepadamu, maka aku berdiri di situ lalu Rasulullah s.a.w berjalan ke arah mereka, aku lihat mereka bangkit (Yatathawwarun) menuju kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda lalu berbual dengan mereka dengan perbualan yang agak panjang. Kemudian Rasulullah s.a.w kembali kepadaku (Ja’ani) serentak dengan waktu subuh. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Siapakah mereka wahai  Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka itu Jin Nusaibin, mereka datang kepadaku mengadukan tentang masalah di antara mereka. Mereka meminta tambahan makanan maka aku tambahkan untuk mereka. Lalu aku bertanya: apa yang engkau tambahkan Baginda s.a.w menjawab: Tahi binatang, apa yang mereka dapati dari binatang ialah seumpama kurma, dan apa yang mereka dapai dari tulang ialah seumpama gelas, oleh kerana itu, Nabi s.a.w melarang dari beristitab menggunakan tahi binatang dan tulang”.

Pengajaran:

1-      Hadis ini Sahih lagi sabit. Disahihkan oleh para ulama, antaranya al-Albani rh.
2-      Hadis ini diamalkan oleh ahli ilmu dalam kalangan para ulama.
3-      Hadis ini menunjukkan beristinjak dengan menggunakan najis binatang atau tulang adalah diharamkan. Sebabnya (al-`Illah) ialah ia adalah kerana ia makanan saudara kita daripada kalangan Jin.
4-      Ringkasan isu istinjak:

Mazhab asy-Sfii menyatakan istinjak ialah:

إزالة الخارج النجس الملوث من الفرج عن الفرج بماء أو حجر شرعي
Membuang najis yang terkeluar daripada lubang dengan menggunakan air atau batu yang syarie.

Hukum istinjak adalah wajib ketika mahu melaksanakan ibadah seperti solat, tawaf, khutbah, sujud tilawah, sujud syukur atau seumpamanya.



6. Hadis:

            Direkodkan oleh Al Bukhari, Muslim dan At Tirmizi dari Abu Hurairah r.a beliau berkata: Nabi sa.w bersabda:

وَيلٌ للأعقابِ مِنَ النَّارِ

Celakalah tumit-tumit dengan azab neraka.

6. Sebab Datangnya:

            Direkodkan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar beliau berkata: “Nabi s.a.w telah terlambat dari kami di dalam salah satu permusafiran, Nabi s.a.w dapat mengejar kami dan kami telah terlambat untuk solat lalu kami berwudhu, kami mengusap-usap sahaja atas kaki kami, lalu beliau menyeru dengan suara yang tinggi: celakalah tumit-tumit dengan azab neraka” dua atau tiga kali.

            Direkodkan oleh Ahmad daripada Jabir beliau berkata: Rasulullah s.a.w melihat kepada suatu kaum yang berwudhu tidak menyapu tumit-tumit mereka, maka Baginda s.a.w bersabda: “celakalah tumit-tumit dengan azab neraka”.

Pengajaran:

1-      Hadis ini sahih. Disahihkan oleh para ulama, antaranya syeikh Syuaib al-Arnaouth.
2-      Para ulama berbeza pendapat pada makna Wail. Sebahagiannya berpendapat ia adalah salah satu peringkat neraka.Al-`Allamah Badruddin Aini pula menyatakan maksudnya adalah celaka dan kehancuran.
3-      Ibnu al-`Arabi menyebutkan di dalam ktab Ahkamul Quran:

فتوعد بالنار على ترك إيعاب غسل الرجلين فدل ذلك على الوجوب بلا خلاف
Ancaman neraka untuk orang yang meninggalkan basuyhan pada kedua-dua kaki menunjukkan bahawa ia wajib tanpa khilaf.

4-      Hadis ini menunjukkan kewajipan untuk membasuh kedua-dua belah kaki ketika berwuduk. Tidak memadai sekadar menyapu dengan cepat atau mencurahkannya sahaja. Di dalam surah al-Maidah, Allah berfirman:

5-      Hadis ini juga menunjukkan kewajipan untuk membasuh kaki secara keselurhannya.