Header Ads

Book an appointment with SetMore

Perbahasan Cabang Iman Keenam: Beriman dengan Hari Akhir

Al-Halīmy rahimahullah berkata: maksudnya ialah membenarkan bahawa hari-hari di dunia ini akan berakhir, iaitu dunia ini akan hancur. Ia (ditetapkan) akan hancur pada hari ia dicipta, ia (ditetapkan) merosot pada hari ia disusun. Pengakuan kehancuran itu menunjukkan pengakuan permulaannya kerana al-Qadīm tidak binasa dan berubah. 

Beliau berkata lagi: berpegang kepada perkara itu serta berlapang dada menerimanya akan membawa diri kepada takut terhadap keseriusan Allah, sedikit bergantung kepada dunia, membiarkan kesedihan terhadap dunia dan kemalangan yang ditimpa, bersabar terhadap penderitaan keinginan dan sentiasa berasa puas, kuat percaya kepada apa yang ada di sisi Allah daripada balasan baik dan pahala. 

Allah mengingatkan perkara itu di dalam kitab beliau:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

8. dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(Al-Baqarah: 8)

قَٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ

29. Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian,…
(At-Taubah: 29)

Demikianlah ayat-ayat yang lain.

Al-Baihaqi rahimahullah berkata: Diriwayatkan kepada kami hadis Ibn Umar daripada Umar bi al-Khaṭṭāb, daripada Nabi SAW ketika ditanya tentang iman, baginda berkata: 

أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Kamu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, utusan Allah, hari akhir dan beriman ketentuan baik dan buruk. 

254. Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hāfiẓ, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakr bin Muhammad al-Ṣūfy, diceritakan kepada kami oleh Abd al-Ṣomad bin al-Faḍl, diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Yazid, daripada Yahya bin Ya`mar, daripada Ibn Umar, lalu dia sebutkan hadis seperti di atas. 

Al-Halīmy rahimahullah berkata: Allah telah memberitahu daripada lidah Nabi SAW: Bahawa Allah akan memusnahkan apa sahaja yang ada di atas muka bumi, merubah bumi kepada bukan bumi lagi, matahari akan berpusing, laut akan penuh, bintang-bintang akan berpecah, langit akan bercerai sehingga menjadi seperti besi yang bercampur, meleper seperti buku, gunung-gung akan menjadi seperti bulu-bulu yang dihembus. Allah akan meletopkannya Lalu ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat Yang rendah atau Yang tinggi.. Semua itu berlaku sepertimana yang dikhabarkan. Janji Allah itu bener, kata-kata Allah itu benar. 

Al-Sā`ah yang diulang-ulang penyebutannya di dalam al-Quran mempunyai dua jenis. 

Pertamanya: al-Sā`ah al-Ākhirah (detik akhir) daripada detik-detik dunia. Allah berfirman:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا

42. mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

(Al-A`rāf: 187)

لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً 

… ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut"…

(Al-A`rāf: 187)

Demikian juga dengan firman Allah: 

 وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
  
... dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.

(Al-Ahzab: 63)

Kedua: Al-Sā`ah al-Ūlā (detik pertama) daripada detik-detik akhirat. Firman Allah:

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ

55. dan semasa berlakunya al-Sā`ah,...

(Al-Rūm: 55)

Iaitu ketika dibangkitkan daripada kubur. Firman Allah

يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ

orang-orang Yang berdosa akan bersumpah mengatakan Bahawa mereka tidak tinggal (di Dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; 

(Al-Rūm: 55)

Al-Baihaqi rahimahullah berkata: Al-Quran membicarakan bahawa Nabi SAW tidak mengetahui bila berlakunya al-Sā`ah, bahkan tiada seorangpun yang mengetahuinya selain Allah.

Nabi SAW bersabda: 

بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةَ كَهَاتَيْنِ

Antara aku dibangkitkan dan waktu berlakunya al-Sā`ah ialah seperti dua ini.  

Maksudnya ialah – Allah lebih mengetahuinya – Aku ini ialah Nabi yang akhir tidak ada lagi nabi selepasku. Yang aku mengikuti selepasku ialah al-Qiyāmah. Ia sangat hampir kerana tanda-tandanya mengikuti antaraku dan ia. Tetapi di antara tanda-tanda awal dan akhir itu tidak diketahui waktunya. 

Kami telah sebutkan di dalam Kitab “Al-Ba`s wa al-Nusyūr” yang menyebutkan tentang al-Akhbār pada menyatakan tanda-tanda qiyamah, lalu kami tidak mahu mengulanginya di sini. 

Diriwayatkan kepada kami daripada Syu`aib bin Abi Hamzah, daripada ABi al-Zinād, daripada al-A`raj, daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah bersabda: 

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ، وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلَانِ ثَوْبًا بَيْنَهُمَا لَا يَتَبَايَعَانِهِ وَلَا يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ، وَهُوَ يَلِيطُ حَوْضَهُ لَا يَسْقِيهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ مِنْ تَحْتِهَا لَا يَطْعَمُهَا، وَقَدْ رَفَعَ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلَا يَطْعَمُهَا

Demi diri Muhammad di tangan Allah! Al-Sā`ah itu benar-benar akan berlaku! Ketika dua orang lelaki telah menyerahkan baju tetapi tidak sempat berjual beli serta tidak sempat melipatnya. Al-Sā`ah itu benar-benar akan berlaku! Ketika seseorang pergi ke telaga tetapi dia belum sempat meminum daripadanya. Al-Sā`ah itu benar-benar akan berlaku! Ketika seseorang mengambil susu perahan lembu betinanya daripada bawah lembu berkenaan tetapi tidak sempat menyentapnya. (Al-Sā`ah itu benar-benar akan berlaku!) ketika seseorang mengangkat makanannya ke mulutnya tetapi tidak sempat memakannya.

255- Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hāfiẓ kepada orang lain, mereka berkata: diceritakan kepada kami oleh Abu al-Abbas Muhammad bin Ya`qub, diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Khālid, diceritakan kepada kami oleh Bisyr bin Syuaib, daripada bapanya, lalu dia menyebutkan hadis berkenaan. 

Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari di dalam al-Sahih daripada Abu al-Yamān daripada Syuaib
Dikeluarkan juga oleh Muslim daripada Hadis Sufyan daripada Abi al-Zinād.










No comments

Powered by Blogger.