Ibn Jauzi (597H) berkata:

الْعَالِمُ عِنْدَ الْعَوَامِّ مَنْ صَعَدَ الْمِنْبَرَ

 “Orang alim di sisi orang awam adalah mereka yang memanjat tangga mimbar.”  

(Rujuk: Al-Quṣaṣ wa al-Muẓakkirīn oleh Ibn Jauzi cetakkan al-Maktab al-Islāmy – Beirut. Cetakkan Kedua Tahun 1409H. Halaman 318.)

Seseorang yang mampu berdiri di hadapan orang ramai, lalu bercakap tentang agama. Maka ia dinilai sebagai orang alim oleh orang awam. Demikian juga, sesiapa sahaja yang balik daripada timur tengah, maka mereka dilabel sebagai orang alim.

Sebahagiannya ada yang duduk di tanah Arab selama puluhan tahun, lalu pulang dengan labelan 'orang alim' dan 'ustaz'. Sedangkan.. dia sepatutnya hanya berada di peringkat ijazah 4 tahun. Tetapi kerana tidak pentingkan ilmu, lebih banyak berniaga dan bermain-main, maka dia tidak lulus-lulus.

Semoga nasihat ini menjadikan kita lebih berhati-hati di dalam niat dan usaha menuntut ilmu.