Diriwayatkan daripada Jābir, beliau berkata:

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النُّعْمَانُ بْنُ قَوْقَلٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَةَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلَالَ، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ»،

Al-Nu`mān bin Qauqal datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku solat 5 waktu, mengharamkan yang  diharamkan, menghalalkan yang halal, adakah aku akan masuk ke syurga? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya.

(HR Muslim: 16)

Maksud mengharamkan yang haram ialah berpegang bahawa perkara berkenaan haram serta tidak melakukannya. 

Daripada Jābir juga, katanya: 

قَالَ النُّعْمَانُ بْنُ قَوْقَلٍ: يَا رَسُولَ اللهِ، بِمِثْلِهِ، وَزَادَا فِيهِ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا

Al-Nu`mān bin Qauqal berkata: Wahai Rasulullah! (lalu menyebutkan seperti hadis di atas serta di tambah) Dan aku tidak akan tambah sedikitpun. 

(HR Muslim: 17)

Dalam riwayat Jābir seterusnya:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلَالَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَاللهِ لَا أَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا

Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Apa pendapatmu sekiranya aku solat 5 waktu, berpuasa Ramaḍān, menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram, dan aku tidak menambah apa pun selain itu, adakah aku akan masuk syurga? Baginda menjawab: Ya. Lalu lekai itu berkata: Demi Allah aku tidak akan menambah di atas perbuatan tadi sedikitpun. 

(HR Muslim: 18)

Hadis ini tidak menyatakan haji kerana haji difardhukan pada tahun keenam atau kesembilan Hijrah. Sedangkan Nu`man syahid di medan Uhud sebelum itu lagi. 

Hadis ini bertepatan dengan ayat al-Quran berikut: 

87. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda Yang baik-baik Yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa Yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

88. dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.

(Al-Māidah: 87-88)

Rabi`ah al-`Adāwiyyah bersyair:

تَعْصِي الْإِلَهَ وَأَنْتَ تُظْهِرُ حُبَّهُ ... هَذَا مُحَالٌ فِي الْفِعَالِ بَدِيعُ
لَوْ كَانَ حُبُّكَ صَادِقًا لَأَطَعْتَهُ ... إِنَّ الْمُحِبَّ لِمَنْ أَحَبَّ مُطِيعُ"

Kamu derhaka kepada Tuhan, sedangkan kamu menunjukkan kata cinta..Sesungguhnya bagiku perkataan ini adalah mustahil dalam kias yang sangat hodoh.

Seandainya cinta kamu itu benar, nescaya kamu mentaatinya,Sesungguhnya bagi pecinta adalah mentaati orang yang dicintainya.

(Syu`ab al-Imān: 491)

Rasulullah diutuskan untuk menunjukkan jalan ibadah kepada Allah. Justeru, telah sempurna ibadah dengan kematian Nabi saw. Tidak boleh wujud lagi ibadah baru dalam agama. Jika masih wujud ibadah baru, maka ibadah Nabi saw cuba dipertikai.

Kata Rasulullah saw,

"مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Siapa yang melakukan sesuatu amalan, sedangkan ia tidak ada dalam urusan kami, maka amalan itu tertolak.

[Direkod oleh Muslim, 4590]