Header Ads

Book an appointment with SetMore

Terjemahan Syuab al-Iman: Bab 8 Perkumpulan Manusia Selepas dibangkitkan (Bahagian 1)

وَهُوَ بَابٌ فِي حَشْرِ النَّاسِ بَعْدَ مَا يُبْعَثُونَ مِنْ قُبُورِهِمْ إِلَى الْمَوْقِفِ الَّذِي بَيَّنَ لَهُمْ مِنَ الْأَرْضِ

Ia adalah bab pada menyatakan: Perkumpulan Manusia Selepas dibangkitkan daripada kubur di suatu muka bumi yang telah jelas pada mereka.

1. Diserahkan Kitab Amalan

Orang-orang yang dikehendaki Allah akan dibangkitkan. Apabila sampai waktu yang dikehendaki Allah untuk dihisab, lalu diperintahkan kitab yang menyebutkan amal perbuatan manusia yang telah ditulis oleh al-Kiramul Katibun (untuk diberikan kepada mereka), lalu ia diserahkan. 

Sebahagian daripada mereka, ada yang diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kanan – mereka itulah kelompok yang berbahagia (السعداء). Sebahagian yang lain diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kiri atau daripada arah belakang – mereka itulah kelompok yang menderita (الأشقياء).

Allah berfirman di dalam surah al-Muthoffifin: 

أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ ٥  يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٦

Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa mereka akan dibangkit pada suatu hari yang besar. Iaitu pada hari manusia menghadap Tuhan smesta alam.
(Al-Muthoffifin: 4-6)

2. Manusia Akan Berdiri di Atas Kaki

Diberitakan bahawa manusia pada hari kiamat nanti akan berdiri di atas kaki-kaki mereka. Telah dijelaskan bahawa tiada hal lain bagi mereka pada hari tersebut melainkan dalam keadaan berdiri. 

257: Diceritakan kepada kami oleh Abu al-Hasan al-`Alawi, diberitakan kepada kami oleh Abu Hamid – dia ialah Ibnu asy-Syarqi, diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Yahya az-Zuhli, diceritakan kepada kami oleh Ya`qub bin Ibrahim bin Sa`ad, diceritakan kepada bapaku, daripada Soleh bin Kaisan, diceritakan kepada kami oleh Nafi`, bahawa Abdullah bin Umar, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

يَقُومُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ حَتَّى يَغِيبَ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ

Manusia akan bangkit (berdiri) pada hari kiamat di hadapan Tuhan semesta alam sehingga seseorang akan tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke pertengahan kedua-dua telinganya.

Hadis ini direkod oleh Muslim di dalam Sahih Muslim[1], daripada hadis Ya`qub. 

258: Diceritakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hafiz, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abdullah, diberitakan kepada kami oleh al-Hasan bin Sufyan, diceritakan kepada kami oleh al-Hakam bin Musa, diceritakan kepada kami oleh Yahya bin Hamzah, daripada Abdur rahman bin Yazid bin Jabir, beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh Sulaim bin `Amir, diceritakan kepada kami oleh al-Miqdad bin al-Aswad, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah SAW berkata: 

تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ   قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ: فَوَاللهِ مَا أَدْرِي مَا عَنَى بِالْمِيلِ أَمَسَافَةُ الْأَرْضِ أَمِ الْمِيلُ الَّذِي يُكَحَّلُ بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ: " فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حِقْوَيْهِ، ومَنْ يُلْجِمُهُ إِلْجَامًا " قَالَ: وَأَوْمَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فِيهِ

Matahari merendah kepada makhluk pada hari kiamat sehingga menjadi sejarak mail. Sulaim berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui maksud mail itu sama ada ia adalah jarak di bumi atau jarak sejauh mata memandang. Rasulullah meneruskan: Peluh manusia ketika itu akan dinilai berdasarkan kadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang peluhnya sehingga kedua-dua buku lalinya. Sebahagiannya sehingga lutut. Sebahagiannya sehingga pinggangnya. Sebahagiannya menahan dengan sungguh-sungguh: Rasulullah SAW mengisyaratkan kepada mulutnya. 

Direkodkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim daripada al-Hakam bin Musa. Kami telah menjelaskan segala hadis (yang berkaiatn isu ini) di dalam kitab al-Ba`s. 

Allah berfirman: 

وَكُلَّ إِنسَٰنٍ أَلۡزَمۡنَٰهُ طَٰٓئِرَهُۥ فِي عُنُقِهِۦۖ وَنُخۡرِجُ لَهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ كِتَٰبٗا يَلۡقَىٰهُ مَنشُورًا ١٣ ٱقۡرَأۡ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبٗا ١٤

13. Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang ditemuinya dalam keadaan terbuka. 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".

(Al-Israa: 13-14)

Allah berfirman:

 وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ ١٠ كِرَامٗا كَٰتِبِينَ ١١  يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ ١٢

10. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu) 11. yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu) 12. mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al-Infithar: 10-12)

إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٞ ١٧  مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

17. (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. 18. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

(Qaf: 17-18)

هَٰذَا كِتَٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٢٩

29. (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan"

(Al-Jasiyah: 29)

3. Orang Yang Menerima Kitab Akan Memberi Ulasan

Diberitahu kepada kita bahawa orang yang akan membaca kitab mereka akan berkata: 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun"

(Al-Kahfi: 49)

Orang yang diberi kitab mereka daripada arah kanan akan berkata: 

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ١٩ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠  فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ٢١  فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ٢٢

19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)" 20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku 21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai. 22. Di dalam surga yang tinggi.

(Al-Haqah: 19-22)

وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ٢٥ وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦  يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧

25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini) 26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku 27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

(Al-Haqah: 25-27)

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧  فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابٗا يَسِيرٗا ٨ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا ٩  وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠ فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورٗا ١١  وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا ١٢

7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya 8. maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah 9. dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira 10. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang 11. maka dia akan berteriak: "Celakalah aku" 12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
(Al-Insyiqaq: 7-12)

4. Manusia Hilang Ingatan ketika Dihudupkan Semula

Apabila manusia berada dihadapan kertas yang menulis amalan mereka, mereka akan mula menilainya. Kemungkinan – Wallahua`lam- kerana manusia dibangkitkan dalam keadaan tidak mengingati amalan-amalan mereka. Allah berfirman:

يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ ٦

6. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

(Al-Mujadalah: 6)

Apabila mereka telah mengingatinya, mereka akan menelitinya dan menilainya. 

Telah disebutkan di dalam hadis tentang cara penilaian itu. Kami telah sebutkan di dalam kitab “Al-Ba`su wan Nusyur”. Antaranya ialah:

5. Allah Sendiri Akan Menilai Manusia Tanpa Sebarang Perantara

259: Diberitakan kepada kami oleh Abu al-Husain bin Bisyran, diceritakan kepada kami oleh Abu Ja`far Muhammad bin `Amru ar-Razzaz, diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Muhammad bin Syakir, diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah, diceritakan kepada kami oleh al-A`masy, daripada Khaisamah bin Abdur Rahman, daripada Adi bin Hatim, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:  

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ حَاجِبٌ وَلَا تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَىشَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَمَامَهُ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Tidak ada seorang pun daripada kalangan kamu melainkan Tuhannya akan berbicara dengannya tanpa sebarang halangan ataupun penterjemah. Lalu dia melihat ke sebelah kanan, maka dia tidak melihat sesuatu apa pun melainkan amalan yang telah dilakukannya. Kemudian dia melihat pula ke sebelah kirinya, di situ dia tidak dapat melihat apa pun melainkan amalan yang telah lalu. Apabila dia melihat kehadapan, dia tidak dapat melihat melainkan neraka sahaja. Maka bertaqwalah daripada (terjerumus ke dalam) api neraka sekalipun sebesar biji kurma.

Direkodkan oleh al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukharim daripada Yusuf bin Musa, daripada Usamah.

Dalil-dalil ini membuktikan bahawa Allah sendiri akan membuat penilaian terhadap para mukallaf. Allah akan membicarakan mereka sekaligus, bukannya satu demi satu. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh semua hadis yang berkaitan daripada Nabi SAW bahawa perbicaraan Allah kepada ahli rahmah adalah menambahkan berita gembira dan kemuliaan mereka. Manakala perbicaraan Allah kepada ahli `uqubah pula hanya menambahkan kerugian dan kesedihan mereka. 

Allah berfirman:

۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠

60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"

(Yasin: 60)

Serta banyak lagi dalil lain daripada al-Quran dan as-Sunnah. 

Dikatakan bahawa para malaikat akan membuat penilaian bagi setiap makhluk dengan arahan Allah. Pendapat yang lain menytakan Allah hanya menguruskan penilaian terhadap orang beriman, manakala malaikat pula berperanan di dalam penilaian kepada orang kafir. Tetapi apa yang telah kami buktikan telah jelas daripada as-Sunnah yang sahih. Lalu kami nyatakan bahawa ia adalah pendapat yang paling kuat. wallahuA`lam.


________________________________________
[1] Bilangan 2196/4.

No comments

Powered by Blogger.