Kembara kali ini mengambil masa selama 4 hari dan 3 malam. Tema kembara keluarga yang santai di sekitar Seoul sahaja. Kami memang tidak berhasrat ke Pulau Nami sebab tak minat Winter Sonata =)

HARI PERTAMA, 9 OGOS 2016

04:00 : Bertolak dari rumah
  • Pastikan bilangan beg
  • Pastikan passport dibawa
  • Pastikan beg berisi duit Won dibawa 
  • Check-in awal - AirAsia boleh check-In 14 hari awal.
  • Bawa print out Check-In


05:00 : Tiba di LCCT 2

  • Drop Baggage 
  • Makan (Bumbu Desa) : RM 17.55 - Bubur Nasi, Teh Tarik dan Air Sejuk
  • Solat Subuh
  • Masuk Boarding
Fakta PENTING bila naik flight di LCCT atau KLIA2 ialah:

Perjalanan daripada kawasan check in sehingga tempat menunggu boarding Itu sangat jauh. Hampir 30 minit juga berjalan. Lenguh! Tempat menunggu di dalam lengkap dengan tempat makan, bilik air dan musalla. Jadi tak perlu risau dan bersungguh solat kat luar.

Masa kat sini Dehyah mula mengamuk nak BALL!! Huhu tertinggal ball dia kat dalam Livina :( :(


08:00 : Bertolak ke Seoul

Naik flight D7 504 AirAsia, kerusi paling tak best. Sakit belakang. Kena pulak mimi duduk sebelah tingkap menyukarkan untuk dia ke tandas. Tapi yang bagusnya, si kecil Dehyah tidur sepanjang perjalanan. Dia bangun minum fufu pada jam 12:12.

Lebih kurang 30 minit di atas udara, kami diberikan kad Istihar barang dan Kad kemasukan. Disebabkan kami grup family, maka dapat 1 sahaja kad istihar barang. Cuma perlu tulis maklumat peribadi, alamat di Malaysia dan Seoul, Nombor Flight sahaja.

AirAsia jual makanan 2 kali. Kami beli sekali sahaja. Beli Nasi Lemak Nasser, Air Ribena, Jus Epal, yogurt, dan mineral water. Nasi lemak sedap! Tapi tak ada ikan bilis dan kacang. Total: RM 43

Bayar boleh guna duit Malaysia atau apa-apa negara, tapi kalau ada baki dia pulangkan dengan RM, jadi lebih baik bayar dengan RM.

15:20 : Tiba di Incheon International Airport


Airport Incheon tak jauh beza dengan KLIA. Ikut sahaja signboard. InsyaAllah tak sesat. Masa di kastam, berikan passport dan borang masuk Korea. Manakala borang yang satu lagi tu, bagi dekat polis masa nak keluar pintu hall ketibaan.






  • Beli tiket kereta api laju AREX Expres.
  • Beli T-Money Harga: W4000 X 2 = W8,000
  • Beli Simcard Jenama: EG Simcard Plan: Basic Harga: W20,000
  • Ambil peta Seoul di Kaunter Information
  • Minum Air Banana Yuyu Harga:W2,600
Kami beli EG sim card di tempat beli tiket AREX. Mudah. Di AREX ada 2 pilihan, sama ada nak yang berhenti 10 station atau Express, kami ambil express. Kemudian kami beli T-Money di 7E. Alamak harga dah naik! Dulu W2,500 sekarang W4000.






Sewaktu nak turun ke trek train, susah jugak sebab escalator tinggi. Jadi kami gunakan lif. Hihi lif ni bukan semua orang boleh naik. Sila tengok sign board!



Tiket AREX Express kami jam 5:15 tapi train datang awal 5 minit. Best! Ada wifi percuma. Tandas pun ada. Selesa. Orang tak ramai. Tak ada masalah bagi orang yang bawa beg besar macam kami. Hihi.

Sampai sahaja di Seoul Station, kami terus jalan kaki ke hotel. Kami sudah tempah 4 hari di sini, Ramada Hotel & Suites Seoul Namdaemun. Dekat sahaja dengan seoul station. Tapi... disebabkan penat, lama juga berjalan. Dekat setengah jam menolak beg besar.

18:15 : Check-In Hotel


  • Punggah barang 
  • Solat Jama` Ta'khir Zohor-Asar (4:26)
  • Solat Jama' Taqdim Maghrib (7:32)-Isyak(9:05)
  • Rehat
Mulanya bercadang nak berjalan-jalan sekitar hotel selepas maghrib. Tetapi kepenatan telah mendahului kehendak. Maka tidur sampai tengah malam. InsyaAllah hari kedua akan dipenuhi dengan aktiviti. 
__________________
Kos Hari Pertama: W46,600 + RM 60.55

HARI KEDUA: RABU, 10 OGOS 2016

04:06 : Solat Subuh

07:00 : Sarapan

09:00 : Bersiap untuk berjalan sepanjang hari
  • Siapkan makanan ringan 
  • Siapkan air panas
  • Bawa botol susu, pampers, baju Dehyah
  • Pekakas mandi Dehyah

09:15 : Destinasi 1: Seoul Plaza

  • Berjalan ke Seoul Plaza (16 minit)
  • Bergambar di sekitar Seoul Plaza (30 minit)
Masa kami ke sini, ada Summer Fashion Show. Dalam perjalanan ke Seoul Plaza, kami menemui beberapa tempat menarik seperti Sungyemun Gate, Samsung Main Building dan sebagainya.


(Sungyemun Gate)



(Samsung Main Building)



(Seoul Plaza)



(Seoul City Hall)

09:45 : Destinasi 2: Gwanghamun

  • Berjalan kaki 10 minit
dalam perjalanan ke Gwnghamun Gate, kami menemui tugu Admiral Yi Sunshin dan King Sejong.





(Orang ramai berkumpul di depan tugu Yi Sunshin sebagai peringatan peristiwa feri karam dulu)


(Tugu Admiral Yi Sunshin - Ada Air pancut depan dan belakang tugu)




(Berhenti makan sekejap tepi tu - Makan beli di 7Eleven sahaja - W6,300)













10:45: Destinasi 3: Gyeongbukgung Palace

  • Yuran: W3,000 X 2 = W6,000
  • Bergambar dan berjalan
  • 2 Jam


(Upacara beratur oleh askar Korea dulu)







(Inilah istana Gyeongbuk. Walaupun tengah hari yang panas terik tapi dalam istana ni sangat sejuk!)







(Berlari ke tandas!)


12:45 : Destinasi 4: Yeuido Park @ Hangang River

  • Berjalan 10 minit dari Gwanghamun Station
  • Naik Subway terus ke Yeouido
Tak susah, keluar sahaja subway terus akan jumpa Yeuido Park. Tempat paling best untuk family di musim panas ini sebab ada Public Swiming Pool yang sesuai untuk anak-anak mandi. Alhamdulillah dah siap bawa baju ganti untuk Dehyah! Yang tak bawa cuma mak dan ayah Dehyah. Jadi, lepas main air kami jalan sampai baju kering.


(Mood Iris lepas tu Top-Up T-Money: W10,000 X 2= W20,000)


(Tunggu Subway)



(Sebelum mendaki ni, kami makan di 7E; W7,100)




(Beli Tikar duduk: W3,000)







Destinasi 5: Namdaemun Market

  • Naik balik Subway Yeouido ke Namdaemun kena transfer. 
Tapi, kami sampai dah jam 8 malam. Pasar dah hampir semua tutup. Sempat beli topi LEESSANG dan Tae Han Min Guk korea sahaja. W25,000

15:00 : Balik Hotel
  • Berjalan 15 minit
  • Rehat dan solat
  • Beli makanan di G25 (W20,450)
  • Beli Air di CBSU (W7550)
Kami makan banyak hari ni. Hahaha
______________
Kos Hari Kedua: W95,400

Khamis, 11 Ogos 2016
04:07 : Solat Subuh
10:00 : Ke Insa-Dong
Berjalan ke City Hall
Naik Subway City Hall -132- ke Anguk
Head to JonggakEstimate: 10 minitStation: 3Transfer: 1 di Jongno-3 ga (exit on your left door)Naik Jongno-3 ga-329- ke Anguk-328-Sampai Anguk (Exit on your left door)Kos: W1350 X 2: W2,700
Berjalan 5 minit ke Insa-dong
12:00 : Seoul Central Masjid, Itaewon
Berjalan 5 minit ke Anguk
Naik Subway Anguk
Head to Jongno 3(sam)-gaEstimate: 19 minitStation: 8Transfer 1 di Yaksu (exit on your left door)Naik Yaksu -633- ke Itaewon-630-(exit on your left door)Kos:  W1350 X 2: W2,700
Berjalan 6 minit ke Masjid
Solat di masjid 12:38 - Jama` takdim
Makan Jajangmyeon di Restoran
Bajet: W50,000
Beli Dosirak - makanan bekal jika perlu
Bajet: W30,000
15:00 : National War Memorial
Berjalan ke Itaewon Station
Naik Subway ke Samgakji
Head to NoksapyeongEstimate: 4 minitStation: 2Transfer: 0Tiba di Samgakji (exit on your right door)Kos:  W1350 X 2: W2,700
Berjalan 6 minit ke War Memorial of Korea
16:00 Balik Hotel
Berjalan ke Samgakji station
Head to Sookmyung Womens UniversityEstimate: 4 minitStation: 3Transfer: 0Exit di Seoul StationKos:  W1350 X 2: W2,700
Berjalan ke Hotel
Ke Pasar Namdaemun beli Sourvenier di Orange Building (Tips: jangan beli dekat tepi jalan)
Bajet: W50,000
______________
Anggaran Kos Hari Ketiga: W110,830 = RM 401
Jumaat, 12 Ogos 2016
04:09 : Solat Subuh
12:00: Ke Airport Incheon
Naik AREX
Kos: W8,000 X 2: W16,000
13:25: Check-In
Solat Jama' Takdim
Makan: W70,000
16:25 Berlepas
______________
Anggaran Kos Hari Keempat: W86,000 = RM 311.38
Bajet Keseluruhan: 
Hari 1: RM 546.72
Hari 2: RM 51
Hari 3: RM 401
Hari 4: RM 311.38
Total: RM 1,310.10