Hadis 29: Bilangan dalam Satu Bulan

Direkodkan oleh Ahmad (Sahih: 1594) dan Muslim (Sahih, 4) daripada Saad bin Abi Waqas, beliau berkata: Rasulullah keluar kepada kami sambil menepuk sebelah tangannya ke atas tangan yang lain. Baginda berkata:

الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَنَقَصَ أُصْبُعَهُ فِي الثَّالِثَةِ

“Bulan seperti ini dan itu” baginda mengurangkan satu jari pada kali ketiga.

Direkodkan oleh Ahmad (Sahih,4488), Al-Bukhari (Sahih, 1907) dan Muslim (Sahih, 6)  daripada Ibnu Umar, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ، فَلَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ، وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ، فَاقْدُرُوا لَهُ

Sesungguhnya satu bulan terdapat 29 hari. Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya (anak bulan) dan janganlah kamu berbuka (berhari raya) sehingga kamu melihatnya. Jika kalian terhalang (daripada melihat anak bulan), maka hitunglah ia (sempurnakan kiraan 30 hari bulan Sya’aban).”

Sebab Hadis Ini Dilafazkan:

Direkodkan oleh Ahmad (Hasan, 4866) dan Muslim (Sahih, 24) daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata: Nabi saw meninggalkan isteri-isterinya selama sebulan. Apabila tiba pagi hari ke 29, beliau keluar kepada kami. Sebahagian sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, Hari ini baharu hari ke-29.” Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya satu bulan terdapat 29 hari. Kemudian Baginda melapis-lapiskan kedua-dua tangannya 3 kali,sebanyak 2 kali dengan keseluruhan jari-jemarinya, dan kali ketiga dengan 9 jari.

Direkodkan oleh Al-Bukhari (Sahih, 5201) daripada Anas, beliau berkata:

آلَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نِسَائِهِ شَهْرًا، وَقَعَدَ فِي مَشْرُبَةٍ لَهُ، فَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ عَلَى شَهْرٍ؟ قَالَ: «إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ»

Rasulullah saw bersumpah Ila’ (untuk menjauhi) isteri-isterinya selama sebulan. Ketika Baginda duduk di tempat minum (bilik), turunlah (soalan) mengenai 29 hari itu seraya dikatakan kepadanya: Engkau telah bersumpah Ila’ selama sebulan. Baginda berkata: sesungguhnya satu bulan terdapat 29 hari.

Direkodkan oleh Ahmad, daripada  Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: Satu bulan terdapat 29 hari. Lalu mereka menyebutkan hadis tersebut kepada ‘Aisyah RA, lalu ‘Aisyah berkata: “Allah merahmati bapa Abdul Rahman, adakah mungkin Rasulullah SAW meninggalkan (tidak menggauli)  isterinya selama sebulan dan kembali pada hari ke 29?”, Maka dikatakan kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya dalam sebulan kadangkala ada 29 hari.

Penjelasan:

Ila’ ialah suami bersumpah untuk tidak menggauli isterinya. Di dalam sebab hadis di atas dinyatakan bahawa baginda Nabi SAW telah ila’ isteri-isteri baginda selama sebulan, tetapi pada hari ke 29, baginda kembali ke rumah isteri baginda. Jika mengikut kiraan biasa, satu bulan ialah tiga puluh. Tetapi Nabi menyatakan bahawa bilangan hari adalah mengikut anak bulan, kadangkala ia 29 dan kadangkala ia 30.

Berikut dinyatakan sebab Nabi Muhammad SAW ila’ seperti yang dinyatakan oleh Ibn Kasir di dalam Surah At-Tahriim, jilid 4/386.

  • Sebab pertama: pada perihal Mariyah Al-Qibtiyyah ibu Ibrahim.
  • Sebab kedua: pada perihal seorang perempuan menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah saw.
  • Sebab ketiga: pada perihal madu yang diminum oleh Rasulullah saw ketika berada di rumah Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy radhiallahu ‘anha.

Ringkasan sebab pertama:  Abu Abdul Rahman An-Nasai berkata: daripada Anas radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah saw menggauli hamba sahayanya (Mariyah Al-Qibtiyyah). Namun demi untuk menjaga hati isteri-isterinya ; Aisyah dan Hafsah radhiallahu ‘anhuma, Baginda mengharamkan dirinya daripada sahaya tersebut. Maka Allah pun berfirman:

1. Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Tahrim:1)

- Sufyan dan Ibn ‘Aliyah berkata: Rasulullah saw ditegur dengan baik dan disuruh untuk membayar kafarah ke atas sumpahannya.
- Ibn ‘Abbas bertanya kepada Umar bin Al-Khattab tentang dua orang perempuan. Umar berkata: Mereka adalah Aisyah dan Hafsah
- Ibn Abbas berpendapat: lafaz pengharaman dengan sumpah, wajib dikenakan kafarah sumpah. Ia daripada mazhab Ahmad dan pengikutnya.

- As-Syafie mempunyai dua pendapat :

  1. Kafarah diwajibkan jika dia mengharamkan kedua belah matanya ke atas isteri dan hamba sahaya atau secara mutlak mengharamkannya.
  2. Jika berniat untuk menjatuhkan talak atau membebaskan mereka.


Ringkasan sebab kedua: Ibn Abbas berkata: Ayat al-Quran diturunkan kepada wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi saw. Ibn Kathir berkata: kata-kata ini adalah gharib.

Ringkasan sebab ketiga: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aisyah Radhiyallahu ‘anha, Rasulullah saw sedang minum madu di rumah Zainab binti Jahsy Radhiyallahu ‘anha. Aisyah dan Hafsah telah melakukan persepakatan dan mereka berkata kepada Rasulullah saw sepertimana yang disepakati :”Adakah engkau memakan madu putih (مغافر)? Kerana kami mendapati bau madu tersebut daripada engkau.” Maka Rasulullah bersumpah untuk tidak memakannya lagi kerana Baginda takut sekiranya terkeluar  bau yang tidak enak daripada dirinya. Al-Bukhari dalam (Kitab Tafsir surah At-Tahrim), jilid 6/194.

Hadis 30: Puasa Tukang Bekam

Direkodkan daripada Ahmad (Sahih, 15828) dan An-Nasaie, daripada Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

أَفْطَرَ الحَاجِمُ وَالمَحْجُومُ

Telah batal puasa orang yang berbekam dan tukang bekam.[1]

Direkodkan oleh Abu Daud[2] daripada Thauban dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Batal puasa orang yang berbekam dan membuat bekam.

Sebab Hadis Ini Dilafazkan:

Direkodkan daripada Ahmad [dan Abu Dawud (Sahih, 2369)] dan Tarmizi (Hasan Sahih) daripada Syadad bin Aus, bahawasanya Rasulullah SAW telah datang kepada seorang lelaki di Al- Baqi’[3] dan dia sedang berbekam dan dia mengambil tanganku untuk lapan belas yang telah berlalu dari Ramadhan dan berkata: batal puasa tukang bekam dan orang yang berbekam.

Direkodkan daripada Baihaqi di dalam kitab ‘syu’ba al-iman’ daripada jalan Ghiyath bin Kullub[4] al-Kufi daripada Mathraf bin Samrah bin[5] Jundub daripada bapanya, dia berkata: Rasulullah melintasi seorang lelaki yang pada tangannya ada bekas bekam, sedangkan pada waktu itu pada bulan ramadhan dan mereka sedang mengumpat tentang seorang lelaki, seraya Rasulullah bersabda: “batal puasa tukang bekam dan orang yang berbekam. Baihaqi berkata: Ghiyath ini tidak diketahui.

Direkodkan daripada Ahmad (Dhoif, 2228), daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam ketika baginda berpuasa dan ketika di dalam ihram lalu baginda pengsan, Ibnu Abbas berkata: kerana itu bekam dimakruhkan bagi orang yang berpuasa.

Penjelasan:

Mazhab Ahmad menjadikan dalil hadis asas sebagai menyatakan batal puasa orang yang berbekam dan tukang bekam. Pendapat berkenaan dipilih juga oleh Imam Ibn Taimiyyah, anak muridnya Ibn Qayyim, serta ulama-ulama hadis seperti Ibn Khuzaimah, al-Auzāie, Al-Dārimi dan lain-lain. Manakala tiga mazhab lain pula menyatakan tidak batal puasa kerana mengambil kira sebab hadis berkenaan dilafazkan.

Latar belakang lafaz hadis berkenaan menunjukkan larangan hadis bersangkut kepada kelemahan tubuh badan orang yang berbekam. Justeru itu, ia diharamkan. Di dalam riwayat al-Bukhari menyebutkan:

احْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ صَائِمٌ

Nabi SAW pernah berbekam ketika Puasa.

(HR al-Bukhāri: 1939)


31- Hadis :

Direkodkan oleh Ahmad (Sahih, 23679) dan Thabrani daripada Ka’ab bin ‘Asim Al- Asy’ari beliau berkata: Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَ امْ بِرِّ، امْ صِيَامُ، فِي امْ سَفَرِ

Bukan daripada kebajikan berpuasa dalam perjalanan.

Sebab Hadis Ini Dilafazkan:

Direkodkan daripada Ahmad (Sahih, 23679), Al-Bukhari (Sahih, 1946) dan Muslim (Sahih, 92), daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata: Ketika  Rasullah sedang bermusafir, beliau melihat ramai orang berkumpul meneduhi seorang lelaki, mereka berkata: Lelaki ini berpuasa, lalu Rasulullah bersabda: Bukan daripada kebajikan, kamu berpuasa ketika bermusafir.

Penjelasan:

* Dalam bahasa Hamir: (ال)تعريف ditukar kepada (أم)

Hadis dan sebab wurud hadis ini menyatakan bahawa orang yang lemah kemudian bermusafir tetapi menahan diri untuk terus berpuasa telah silap dalam beramal. Bagi orang seperti itu, mereka tidak sepatutnya berpuasa.

Di dalam mazhab al-Syafii, golong bermusafir terbahagi kepada tiga:

  1. Orang yang kuat dan musafir tidak menggangu puasanya, maka lebih baik berpuasa.
  2. Sekiranya musafir menggangu puasanya, maka lebih baik berbuka.
  3. Sekiranya musafir dalam keadaan berpuasa memberi mudarat kepada dirinya, maka haram berpuasa.

Dengan memahami sebab hadis ini dilafazkan, kita dapat membina kefahaman hukum yang lebih sempurna. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW juga berpuasa ketika bermusafir.

32- Hadis :

Direkodkan daripada Ahmad, Muslim (Sahih, 21) dan Imam sunan yang empat[6] daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا، فَلْيَصُمْهُ

“Jangan kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu hari atau dua hari kecuali seseorang yang hari tersebut menepati hari dia berpuasa, maka hendaklah dia berpuasa.“

Juga diriwayatkan daripada Abu Dawud dan Baihaqi[7] daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu mendahului puasa sebulan dengan sehari atau dua hari.

Sebab Hadis Ini Dilafazkan:

Ibnu Najjar telah meriwayatakn dalam bukunya ‘At-Tarikh’ daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Berpuasalah apabila kamu telah melihat anak bulan, dan berbuka (berhari raya) dengan melihatnya. Jika kalian terhalang, maka cukupkanlah 30 hari sya’ban. Kami bertanya: wahai Rasulullah, bolehkah kami mendahuluinya sehari atau dua hari? Rasulullah marah dan berkata: “tidak.”

33- Hadis :

Direkodkan daripada Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud[8] daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ، إِلَّا بِإِذْنِهِ غَيْرَ رَمَضَانَ

“ Seorang isteri tidak boleh berpuasa ketika suaminya berada di rumah kecuali dengan izin darinya selain bulan ramadhan.”

33- Sebab periwayatan hadis :

Direkodkan daripada Ahmad, Abu Dawud[9] dan Al-Hakim daripada Abi Sa’id, beliau berkata: Datang seorang wanita kepada Nabi SAW, dan kami bersama baginda, perempuan itu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya suami aku Sofwan bin Mu’thal  akan memukulku jika aku solat, menyuruh aku berbuka jika aku berpuasa, dan dia tidak solat subuh hingga terbit matahari, ketika itu Sofwan ada di sisi baginda, nabi bertanya tentang apa yang dikatakan oleh isteri Sofwan kepadanya. Sofwan berkata: Wahai Rasulullah, adapun aku memukulnya ketika dia sedang solat kerana dia membaca dua surah sedangkan aku melarangnya. Rasulullah bersabda: “Seandainya satu surah saja, sudah cukup bagi manusia”. Sofwan menyambung:  Adapun kata-katanya tentang aku menyuruhnya untuk berbuka, kerana dia berterusan berpuasa, sedangkan aku seorang pemuda dan aku tidak dapat menahan syahwatku. Lalu Rasulullah bersabda: “seorang isteri dilarang berpuasa.” Lafaz daripada Ahmad: “Janganlah isteri-isteri kamu berpuasa kecuali denagn izin dari suaminya.” Adapun kata-katanya tentang ‘aku tidak solat subuh hingga matahari terbit, kerana kami keluarga yang telah diketahui tentang hal itu, yang nyaris kami tidak bangun hingga matahari terbit.” Rasulullah bersabda: “Jika engkau sudah bangun, maka solatlah.”  

_______Nota Kaki__________

[1] Imam as- San’ani berkata di dalam kitab ‘Syarah Subulu as-Salam an Hadis’ (bab Batal puasa orang yang berbekam dan membuat bekam) jilid 2/158, hadis ini telah diriwayatakn oleh lima imam daripada imam yang enam kecuali at-Tarmizi, dan Imam Ahmad, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban telah mensahihkan hadis ini.
Hadis ini telah disahihkan oleh Al-Bukhari dan lainnya, dan telah diriwayatkan oleh enam belas sahabat. Imam Sayuti pula telah berkata di dalam kitabnya ‘Jami’ Shoghir’: Hadis ini adalah hadis mutawatir dan ia merupakan dalil yang mengatakan bekam akan membatalkan puasa orang yang membuat bekam dan berbekam.
[2] Abu Dawud: dalam kitab Puasa, bab (Orang yang berpuasa berbekam) dengan lafaznya jilid: 2/308, no. hadis 2367
[3] Al-Baqi’: nama tempat di Madinah, ianya tempat yang padanya ada Pokok Arum di merata tempat. Baqi’ juga 
[4] Di dalam (س): Ghiyath bin Kasib al-Kufi
[5] Dalam (ب) : (سمرة عن جندب)
[6] Ahmad: daripada Abu Hurairah, jilid 2/234, 281, 347, 408, 438, 497, 513, 521. Muslim: dalam kitab puasa, pada bab (janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum ramadhan) dengan lafaznya, jilid = 3/139 dan Abu Dawud: kitab Puasa, bab (Jika bulan terlindung) jilid 2/297, no. hadis 2325. Tarmizi: kitab bab-bab puasa, bab (larangan mendahului ramadhan dengan puasa) jilid 3/60. Abu Isa berkata: Hadis ini hasan sahih. Nasaie: kitab puasa, bab (mendahului puasa sebelum ramadhan) jilid 4/149. Ibnu Majah: kitab puasa, bab (larangan berpuasa sebelum ramadhan, kecuali pada sesiapa yang biasa berpuasa, dibenarkan) jilid 1/528, no. hadis 1650
[7] Abu Dawud: kitab puasa, bab (sesiapa yang berkata jika kalian terhalang, maka berpuasa 30 hari) jilid 2/298 no. hadis 2327.
[8] Ahmad: daripada Abu Hurairah jilid 2/ 245, 316, 444, 464, 476, 500. Al-Bukhari: kitab nikah, bab (puasa sunat seorang isteri dengan izin suaminya), jilid 7/39, dan bab (isteri tidak meminta izin di dalam rumahtangga kecuali daripada suaminya) jilid 7/39. Muslim: kitab zakat, bab (harta yang dinafkahkan daripada orang yang bertanggungjawab) jilid 3/65. Abu Dawud: kitab puasa, bab (isteri yang berpuasa tanpa izin suami) jilid 2/330, no. hadis 2458.
[9] Ahmad: daripada Abi Said, jilid 3/80, 85
  Abu Dawud: kitab puasa, bab (isteri yang berpuasa tanpa izin suami) dengan lafaznya jilid 2/330, no. hadis 2459.