Jantung Yang Berfikir

Manusia berfikir dengan akalnya. Tetapi, di manakah sandaran bagi akal itu?  Adakah di jantung atau di otak? Sekalipun sebahagian orang terutamanya golongan falsafah menyatakan bahawa otak adalah tempat bagi akal, Ayat al-Quran jelas menyatakan bahawa jantunglah tempatnya. 

Firman Allah:

179. Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A`raf: 179)


Daripada ayat di atas, jelas ia menyatakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta jantung untuk memahami. Terjemahan

Di dalam ayat lain, Allah befirman:

46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada jantung yang dengannya mereka dapat berakal, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata jantung yang ada di dalam dada.

(Al-Haj: 46)

Yang ada di dalam dada bukan hati, tetapi jantung. Bahkan di dalam Hadis Nabi di belah dada kali pertama menjadi bukti bahawa yang dikehendaki daripada perkataan “Qalb” ialah jantung. Hadis berkenaan menyatakan Anas bin Malik berkata: Aku pernah melihat kesan jahitan itu di dada baginda. Jadi, ini menunjukkan perkataan jantung boleh bermaksud jantung anggota serta jantung nurani. Ia tidak sesuai disebut “Hati”.

Hadis berkenaan menyatakan:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَتَاهُ جِبْرِيلُ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً فَقَالَ هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ ‏.‏ ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ لأَمَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ – يَعْنِي ظِئْرَهُ – فَقَالُوا إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ ‏.‏ فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقَعُ اللَّوْنِ ‏.‏ قَالَ أَنَسٌ وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ ‏.‏

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Jibril datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda sedang bermain-main bersama dua orang kanak-kanak. Lalu Jibril mengambil baginda dan membaringkan baginda. Kemudian Jibril membedah dadanya dan mengeluarkan jantungnya. Kemudian Jibril mengeluarkan daripada jantung itu gumpalan darah, dan berkata: Ini adalah daripada syaitan. Kemudian dia membasuhnya di dalam bekas yang diperbuat daripada emas dengan air zam-zam. Kemudian jantung itu dicantumkan kembali dan diletakkan semula di tempat asalnya. Kedua-dua budak lelaki tadi segera pergi kepada pengasuh mereka dan menyarakan: Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh. Mereka semua bersegera menuju kepada baginda, dan ketika itu baginda sudah berubah warnya. Anas berkata: Aku pernah melihat kesan jarum pada belahan pada dada baginda.

[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 320]

Di dalam Hadis lain menyebutkan:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

 "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah jantung “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para saintis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan otak ,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells  yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah.

Jantung mempunyai sifat yang banyak. Antara sifat bagi jantungialah, ia mampu untuk menjadi keras dan lembut. Pada perbahasan kali  ini, saya akan menjelaskan tentang jantung yang keras.

Jantung Yang Telah Sakit

Di dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman: 

10. Dalam jantung mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

(Al-Baqarah: 10)

Jantung yang keras umpama sakit yang sudah kritikal. Apa sahaja ubat yang diberikan tidak lagi mampu untuk menyembuhkan penyakit kronik berkenaan. 

Jantung Yang Keras

Setelah Allah menceritakan ayat sebelum ini yang menyebutkan tentang keengganan Bani Israil mengikuti perintah Allah serta tegarnya mereka di dalam kesombongan. Bahkan, Allah telah menghidupkan orang mati di hadapan mata mereka, mereka melihat pelbagai tanda-tanda kebesaran Allah seperti makanan syurga dan bumi, tetapi mereka masih tetap berkeras untuk tidak mentaati Allah. Akhirnya Allah menurunkan ayat 74 Surah al-Baqarah. Allah bercerita secara lengkap: 

72. dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

73. maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

74. kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Sedangkan di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang kamu lakukan.

 (Al-Baqarah: 72-74)

Ayat yang memberikan perumpamaan jantung mereka dengan jantung batu. Ia mencela dan mencemuh Bani Israil. Seolah-olah jantung mereka itu keras seperti batu yang tidak akan menjadi lembut. 

Imam Ibn Kathir merekodkan bahawa al-Aufi di dalam Tafsirnya menyatakan satu kenyataan daripada Ibn Abbas: 

Setelah orang yang terbunuh itu dipukul dengan beberapa bahagian daripada lembu berkenaan, dia terus duduk. Hidup kembali seperti semula. Lalu dia ditanya: Siapakah yang membunuhmu? Dia menjawab: Anak-anak saudaraku yang membunuhku.Tetapi anak-anak saudaranya menafikan sedangkan telah jelas kebenaran di hadapan mata mereka. Lantas Allah menyebutkan:

kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.

Jantung mereka bertambah keras sedangkan mereka telah melihat kebesaran Allah di hadapan mata mereka sendiri. Tiada ubat lagi bagi kekerasan itu. Bahkan, Allah menyatakan ia seperti batu  bahkan lebih keras daripada batu. 

Batu dan objek lain yang ada di muka bumi ini ialah makhluk Allah yang juga mempunyai perasaan. Dalam banyak keadaan batu, ada  batu yang boleh terpecah sekalipun batu itu sifatnya keras. Batu yang keras di pergunungan pecah menjadi sungai sehingga air yang bersifat lembut dapat lalu di atasnya. 

Ada juga batu yang terbelah sehingga menyebabkan terpancarnya mata air. Demikian juga ada batu yang jatuh daripada tempat tinggi kerana takutkan Allah.

Objek Mempunyai Perasaan

Allah berfirman:

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya;

(Al-Ahzab: 72)

Allah berfirman:

44. langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

(Al-Isra’: 44)

Imam al-Bukhari dengan sanadnya merekodkan: Abi Humaid al-Saidi menyatakan bahawa apabila Nabi SAW melihat bukit Uhud, baginda berkata: 

هَذَا جُبَيْلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ،

Bukit kecil ini mencintai kita dan kita juga mencintainya.

(HR al-Bukhari: 1481)

Demikianlah pelbagai hadis dan ayat al-Quran menyatakan bahawa objek-objek yang terdapat di atas muka bumi ini adalah makhluk Allah. Kesemua objek berkenaan juga memuji Allah dan menyembah Allah dengan cara mereka sendiri. 

Mereka taat kepada Allah sekalipun sifat mereka berbeza. Ada yang luas seperti langit, ada yang keras seperti batu, ada yang lembut seperti air, ada yang lembik seperti obor-obor, ada yang garang seperti singa. Tetapi, semuanya adalah makhluk Allah yang mempunyai perasaan dan ibadah. 
Namun, jantung manusia apabila telah sakit dan tenat. Ia akan keras seperti batu, bahkan lebih keras daripada itu. Ia tidak lagi dapat diubati.

Larangan Kepada Umat Islam Berjantung Keras

Justeru itu, Allah melarang umat Islam daripada mengikuti jejak Bani Israil ini. Allah berfirman: 

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk jantung mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka jantung mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

(Al-Hadid: 16)

Allah berfirman:

22. Adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata jantungnya dengan selaput kederhakaan)? maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu jantungnya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Az-Zumar: 22)

Tetapi, sifat utama umat Islam ialah seperti ayat berikut:

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah jantung mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfal: 2)

Ubat Bagi Jantung Yang Keras

1.Beriman kepada Allah dan mencari jalan-jalan untuk meningkatkan keimanan.

Firman Allah:

11. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin jantungnya; dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Taghabun: 11)

3. Belajar ilmu agama dan berdoa

Di dalam permulaan surah Ali Imran, Allah memuji orang yang berilmu. Lalu Allah menyatakan tentang mereka:

7. ... dan orang-orang mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.

8. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan jantung Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

(Ali Imran: 7-8)



WallahuA`lam.