Header Ads

Book an appointment with SetMore

Ulasan al-Manar al-Munif: Ciri ke 34 dan 35

Ciri Hadis Dhoif 34: Menyebutkan Iman Bertambah dan Berkurang

Imam Ibn Qayyim berkata:

Semua hadis berkenaan iman tidak bertambah dan tidak juga berkurang  adalah palsu dan dibuat-buat. Kemudian kumpulan yang lain pula melawan orang yang mengatakan iman bertambah dan berkurang. Lalu kumpulan itu memalsukan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyebutkan:“Iman itu bertambah dan berkurang”.Ini kata-kata yang benar. Ia adalah kesepakatan ulama salaf, disebut oleh Imam As-Syafie dan Imam-imam lain . Akan tetapi lafaz ini bukan daripada Rasulullah SAW, ia seperti ijma’ para sahabat, para tabi’in, dan semua ahli sunnah, dan imam-imam fiqh yang mengatakan Al-Quran itu adalam kalam Allah, diwahyukan dan bukan makhluk . Lafaz ini bukanlah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yan meriwayatkan lafaz itu dari Rasulullah maka itu adalah salah.

Ulasan: Iman Bertambah dan Berkurang

Firman Allah: 

173. mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)".

(Ali Imran: 173)

Para ulama Ahlus Sunnah menjadikan ayat ini sebagai dasar adanya pertambahan dan pengurangan iman, sebagaimana pernah ditanyakan  kepada Sufyaan bin ‘Uyainah rahimahullah,

“Apakah iman itu bertambah atau berkurang?” Beliau rahimahullah menjawab, “Tidakkah kalian mendengar firman Allah Ta’ala,“Maka perkataan itu menambah keimanan mereka”. (Al Imran: 173) dan firman Allah Ta’ala,“Dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk”.(al-Kahfi: 13) dan beberapa ayat lainnya”. Ada yang bertanya, “Bagaimana iman boleh dikatakan berkurang?” Beliau rahimahullah menjawab, “Jika sesuatu boleh bertambah, pasti ia juga boleh berkurang”.

(Diriwayatkan kisah ini oleh al-Aajuriy dalam kitab asy-Syari’at hlm 117)

Sekalipun kenyataan iman bertambah dan berkurang merupakan pegangan ahlus sunnah, tetapi menyandarkan sesuatu kepada Nabi Muhammad sedangkan baginda tidak menyebutkannya merupakan satu jenayah yang berat.

Ciri Hadis Dhoif 35: Wudhuk Dan Zikir-Zikirnya

Ibn Qayuim berkata:

Semua hadis tentang mengeringkan anggota selepas wuduk[1] tidak sahih.
Begitu juga hadis menyapu leher ketika berwuduk adalah batil[2].
Hadis-hadis zikir pada setiap anggota wuduk [3] semuanya batil, tiada yang sahih. Dan riwayat yang lebih hampir adalah hadis tentang mambaca basmalah sebelum berwuduk[4].
Berkata Imam Ahmad: Tidak sabit hadis tentang membaca basmalah sebelum berwuduk sekalipun satu hadis[5]. Tamat.
Akan tetapi itu adalah hadis-hadis hasan.
Demikian itu adalah hadis mengucap syahadah selepas selesai wuduk, dengan membaca
أَشْهَدُ أَنَّ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain-Nya, tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh-Nya, Ya Allah jadikan aku dari golongan yang bertaubat, dan jadikan aku golongan yang bersuci[6].
Di dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Baqi bin Mukhallad di dalam sanadnya:
سُبْحَانَكَ اللهم ربنا وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنَّ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ اسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
“Ya Allah, dengan kesucian-Mu dan kepujian ke atas-Mu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain-Mu, aku memohon keampunan dan taubat daripada-Mu”.
Hadis berkenaan zikir selepas wuduk dan hadis membaca basmalah sebelumnya, adalah yang diriwayatkan oleh pemilik kitab sunan dan musnad.
Adapun hadis berkenaan bacaan zikir untuk setiap anggota adalah palsu.

Ulasan: Hadis Membasuh Leher.

Daripada sudut Fikah, ulama mazhab berbeza pendapat dalam isu ini:

Mazhab Imam Abu Hanifah dan Ahmad: Mustahab bagi orang yang berwuduk untuk menyapu leher dengan belakang tangan kerana ia adalah baki yang masih belum digunakan. Ibn ʿĀbidīn menyatakan: Inilah yang benar. Ada pendapat menyatakan ia adalah sunat.

(Sila rujuk: Fath al-Qadir 1/24, al-Ikhtiyār 1/9)

Mazhab al-Mālikiyyah, al-Syāfiʿiyyah, serta pendapat yang sahih dalam mazhab Imam Ahmad: Tidak disunatkan untuk menyapu leher kerana tidak sabit perbuatan itu daripada Nabi Muhammad.

Terdapat pendapat di dalam mazhab Al-Hanafiyyah dengan menggunakan perkataan “Dikatakan” yang menyebutkan bahawa perbuatan itu adlah Bidaah. Imam al-Nawawi juga menyatakan pendapat ini.

(Sila Rujuk: Al-Mausūʿah al-Fiqhiyyah, Jil. 43. Hlmn: 372)

Kata al-Nawawi dalam Syarh al-Muhazzab: Hadith ini palsu bukan dari sabdaan Rasulullah SAW. Kata beliau lagi dalam ulasannya ke atas kitab al-Wasit: Ini hadith (batil) palsu, sesungguhnya ia adalah dari kata-kata sebahagian salaf. Kata beliau lagi: Tidak sah dari Nabi SAW mengenai menyapu tengkok suatu apa pun. Dan ianya bukan sunnah, bahkan ia adalah suatu bidaah. Tidak disebut oleh al-Syafi’i mahupun majoriti sahabat-sahabat (ulama-ulama al-Syafi’i). Ia hanya disebut oleh Ibn al-Qas (Abu al-’Abbas Ahmad al-Tabari, w. 335H) dan sekumpulan kecil ulama. Ia adalah suatu kesilapan kerana sabda baginda SAW: ”Maka barangsiapa yang menambah atas yang demikian (anggota-anggota wuduk yang biasa), maka ia telah berbuat buruk dan zalim”.

Ulasan: Zikir Sebelum dan Sesudah Wuduk

Telah dinyatakan oleh Ibn Qayyim bahawa yang jelas dalam isu ini ialah bismillah dan doa selepas wuduk warid daripada hadis-hadis yang sahih.

Ulasan: Doa selepas Wuduk

Semua doa berikut tidak sahih:

1. Doa ketika membasuh dua pergelangan tangan:
اللَّهُمَّ احْفَظْ يَدَيَّ مِنْ مَعَاصِيكَ كُلِهَا
"Ya Allah, peliharalah kedua tanganku daripada melakukan maksiat kepadaMu."
2. Doa ketika berkumur:
اللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan bersyukur kepadaMu, dan memperelok ibadah kepadaMu."
3. Doa ketika membasuh hidung:
اَللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَة الجَـنَّة وَاَنْتَ عَنِّي رَاضٍ
"Ya Allah, berilah aku penciuman menghirup wangi surga, dan Engaku meridloiku."
4. Doa ketika membasuh muka (setelah membaca niat wudhu dalam hati):
اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ
"Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari dimana putihnya wajah-wajah dan hitamnya wajah-wajah."
5. Doa ketika basuh tangan kanan:
Artinya:
"Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah."
6. Doa ketika membasuh tangan kiri:
اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى بِشِمَالِى وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِىْ
"Ya Allah, janganlah beri kepadaku kitab amalanku dari sebelah kiri atau dari sebelah belakang."
7. Doa saat mengusap rambut/kepala:
اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ عَلَى النَّارِ
"Ya Allah, haramkan rambutku dan kulit kepalaku daripada neraka."
8. Doa ketika membasuh dua telinga:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ
"Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengar ucapan yang baik dan mengikuti sesuatu yang terbaik."
9. Doa ketika membasuh kaki kanan:
  اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قدَمَيَّ عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تُثَبِّتُ فِيْهِ اَقْدَامَ عِبَادِكَ الصَالِحِينَ
"Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian shirothol mustaqim pada hari dimana kau tetapkan kaki-kaki orang shaleh."
10. Doa ketika membasuh kaki kiri:
اَللَّهُمَّ لَاتَزِلُّ قدَمَيَّ عَلَى الصِّرَاطِ فِي النَّارِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ اَقْدَامُ المُنَافِقِيْنَ وَالمُشْرِكِينَ
"Ya Allah, jangan gelincirkan kedua kakiku di atas titian shirothol mustaqim kedalam neraka pada hari dimana engkau gelincirkan kaki-kaki orang-orang munafik dan musyrik."
Wuduk ialah ibadat tauqifiyyah. Ia mestilah dilaksanakan dengan dalil-dalil yang sahih. Walaupun doa-doa yang disebutkan adalah doa yang baik tetapi mengikuti sunnah itu adalah lebih baik daripada mencipta amalan baru.


______________

[1] Direkodkan oleh At-Tarmizi didalam sunannya dua hadis dalam bab ini (53,54) dan melemahkannya, kemudian beliau berkata : “Bab ini tiada yang sahih dari Nabi saw”. Riwayat Ibnu Majah didalam sunannya hadis nombor (468), hadisnya berbunyi : “….kemudian baginda menterbalikkan jubahnya, lalu menyapu mukanya”. Lihat : Al-‘ilal Al-Mutanahiah (1/353). As-Syeikh Abu Ghudah Rahimahullah memberi komentar didalam Hasyiah, katanya : “Imam Abdul Hayy Al-lakuni mempunyai tulisan bernama ‘Al-Kalam Al-Jalil fima yata’allaq bil Mandil’, dikumpulkan hadis-hadis dan athar didalam bab ini.”
[2] Kemungkinan ingin membawa maksud : “Menyapu leher boleh meneylamatkan dari الغل”. Imam An-Nawani berkata didalam Al-Majmu’ (1/465) : ia adalah hadis palsu, bukan dari kata-kata Nabi saw”. Ibnu As-Solah berkata : “Ia adalah kata-kata sebahagian Salaf”. Begitu juga disebut didalam At-Talkhis Al-Habir (1/301). Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya. Al-Fawaid Al-Majmu’ah (m/s 12). As-Syaukani dalam kitab Nailil Awtar (1/142) selepas beliau menyebut beberapa hadis yang berkenaan : “diketahui dari kata-kata Imam An-Nawawi “ menyapu leher adalah bid’ah, dan hadis itu palsu dan berisiko. As-Syeikh Abu Ghudah memberi komen untuk kata-kata Ibnu Qayim dengan berkata : “Imam Abdul Hayy Al-Lakuni mempunyai risalah bercetak yang berharga dalam bab ini, ia dinamakan Tuhfah At-Tholabah fi tahqiq mash ar-raqabah, telah ditahkikkan bahawa hadis ini lemah bukan palsu”.
[3] Disebut  oleh Ibnu Hibban didalam Al-Mahjuriin (2/164). Ibnu jauzi didalam Al-Ilal al-mutanaahiah (1/338) menyebutkan hadis yang panjang berkenaan wuduk dan zikir-zikirnya, kemudian beliau berkata : “Hadis itu tidak sahih”.
[4] Riwayat Ahmad didalam musnad (2/418), (5/382), (6/381). At-Tarmizi didalam sunannya (25,26). Ibnu majah didalam sunannya (397-400). Ibnu Al-Jauzi menyebutkan didalam Al-Ilal al-Mutanahiah (1/336-337) dua hadis tentang membaca basmalah ketika wuduk, katanya : hadis itu tidak sabit. Al-Hafiz Ibnu Hajar didalam At-Talkhis Al-Habir (1/84) menyebut tentang hadis membaca basmalah ketika wuduk.. Katanya : kumpulan hadis ini kuat dan terdapat sumbernya. Berkata Abu Bakar bin Abi Syaibah : kami mensabitkan bahawa Nabi saw menyebutnya. Hadis “Tidak sah solat siapa yang tidak berwuduk, dan tiada wuduk bagi yang tidak menyebut nama Allah”. Imam Al-Bukhari berkata : “Hadis ini adalah yang terbaik didalam bab ini”. Sepertimana yang disampaikan oleh Ad-Dulabi didalam Al-Kina (1/120). Al-Iraqi menyokongnya didalam Mahjah Al-qurb fi fadhl Al-Arab (m/s 27-28). Al-Albani didalam Irwa’ Al-Ghalil (1/122)
[5] Disebutkan oleh Al-Imam Ahmad At-Tarmizi didalam Sunannya (1/38), lihat : Nasb Rayah (1/4). Nail  Al-Awtar (1/117)
[6] Riwayat Imam Muslim (552) katanya : “Doa : اللهم اجعلني من التوابين ..” bukan dari riwayat Muslim. Ia Direkodkan oleh at-Tarmizi (55), lihat : At-Takhlis Al-Habir (1/111)

No comments

Powered by Blogger.