Isu 1: Aurat Wanita Terhadap Lelaki Ajnabi

1. Jumhur ual-Fuqaḥā’ telah menyatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh lelaki ajbnabi melainkan muka dan tapak tangannya. Muka dan tapak tangan sukar untuk ditutupi kerana wanita juga bermuamalat dengan manusia yang berkerpluan untuk mengenali mereka dengan wajah. Tetapi, sekiranya muamalat itu boleh dilaksanakan tanpa melihat muka dan tapak tangan, maka harus untuk menutupinya. 

2. Imam Abu Hanifah telah menyatakan keharusan untuk juga memperlihatkan kedua-dua kaki wanita kerana Allah telah melarang menunjukkan tempat perhiasan dan memberi pengecualian yang terzahir daripanya, kedua-dua kaki adalah yang terzahir. 

3. Ibn ʿAbidin pula menyatakan luar tapak tangan adalah aurat kerana tapak tangan itu telah diketahui dan cara oenggunaannya justeru itu ia tidak termasuk belakang tapak tangan. 
4. Satu pendapat daripada Abu Yusuf pula menyatakan harus menampakkan lengan kerana ia juga kelihatan secara adat. 

5. Zahir dalam mazhab Ahmad ialahseluruh tubuh wanita adalah aurat terhadap lelaki ajnabi sehinggakan kukunya. 

6. Di sisi al-Syāfiiyyah; haram melihat keseluruhannya sekalipun muka dan tapak tangan sekiranya dibimbangi ada fitnah. 

7. Menurut Al-Syafiiyah, suara wanita tidak aurat dan harus untuk mendengarnya ketika aman fitnah.

Isu 2: Aurat Wanita Muslimah Terhadap Wanita Kafir

1. Jumhur al-Fuqaha (Al-Hanabilah, al-Malikiyyah dan al-Asah di sisi Al-Syafiiyyah) menyatakan bahawa wanita kaffir sama seperti lelaki ajnabi – tidak boleh melihat tubuh badannya. 

2. Muqabil Asas al-Syafiiyah menyatakan harus bagi perempuan kafir melihat wanita muslimah ketika ada keperluan. Sebahagian pendapat mereka yang lain menyatakan hukumnya sama seperti pandangan muslimah terhadap muslimah. 

3. Satu pandangan al-Hanābilah menyatakan tiada perbezaan antara muslimah dan al-Zimmiyyah, demikian juga muslim lelaki dan zimmi lelaki daripada sudut melihat antara mereka. 

Isu 3: Aurat Wanita Muslimah Terhadap Muslimah Yang Lain

1. Para Fuqaha telah menyatakan aurat wanita muslimah terhadap muslimah yang lain ialah sepertimana aurat lelaki terhadap lelaki yang lain. Iaitu di antara pusat dan lutut. Justeru itu, harus melihat keseluruh tubuh badannya kecuali yang telah dinyatakan. Ia disebabkan kesamaan jenis dan biasanya tidak wujud syahwat. Tetapi apabila wujud kebimbangan syahwat dan fitnah, maka ia haram. 

Isu 4: Aurat Wanita Terhadap Mahram

1. Maksud Mahram ialah orang yang haram dinikahi oleh wanita itu selama-lamanya sama ada isunya ialah keturunan, perkahwinan atau susuan. 

2. Al-Malikiyyah dan al-Hanabilah di dalam satu pandangan menyatakan: Aurat wanita muslimah terhadap lelaki mahramnya ialah selain daripada muka, kepala, kedua-dua tangan dan kaki. Haram meperlihatkan dadanya dan buah dadanya dan yang seumpamanya. Diharamkan kepada mahramnya termasuk bapanya sendiri untuk melihat anggota dilarang sekalipun tanpa syahwat atau berlazat-lazatan. 

3. Al-Qadhi di dalam al-Hanabilah menyatakan hukumnya sama seperti hukum lelaki dan lelaki serta perempuan dengan perempuan. 

4. Al-Hanafiyyah menyatakan auratnya ialah antara pusat dan lutut. Semua yang haras dilihat, harus untuk disentuh ketika aman fitnah. 

5. Al-Syafiiyah menyatakan harus melihat selain antara pusat dan lutut. Ada pendapat Qil yang menyatakan keharusannya itu hanya pada tempat yang niasa terlihat di dalam rumah, iaitu kepala, tengkuk, tangan sehingga siku, kaki sehingga ke buku lali. 

6. Al-Hanabilah menyatakan: keharusan untuk memperlihatkan sesuatu yang biasa dilihat di dalam rumah kepada ahli keluarga yang kafir. 

Isu 5: Aurat Lelaki dengan Lelaki

1. Al-Hanāfiyyah menyatakan: Aurat lelaki dengan lelaki sama ada ahli keluarga atau bukan ialah antara pusat dan lutut. 

2. Al-Styafiiyyah dan al-Hanabilah dalam mazhab menyatakan: Aurat bagi lelaki dengan lelaki iaialh antara pusat dan lutut, lutut dan pusat itu sendiri bukanlah aurat. 

3. Al-Malikiyyah menyatakan sama ditambah tidak boleh melihat kepada peha dalam pandangan yang masyhur. Manakala sebahagian ulama mereka menyatakan tidak haram tetapi makruh sahaja. Sebahagian lagi menyatakan makruh apabila malu sahaja. 

Isu 6: Aurat Lelaki dengan Wanita Ajnabiyyah

1. Alhanafiyyah menyatakan: Wanita boleh melihat lelaki selain daripada bahagian antar pusat dan lutut. 

2. Al-Malikiyyah menyatakan ia adalah pandangan lelaki melihat mahramnya, iaitu semua bahagian yang biasa kelihatan ketika aman fitnah.

3. Al-Syafiiyyah: Tidak boleh melihat aurat atau bukan aurat tanpa sebab.

4. Al-Rajih di sisi Hanabilah ialah harus melihat lelaki sepertimana aisyah melihat orang bermain pedang. 

(Rujuk: Al-Mausūʿah al-Fiqhiyyah, Jilid 31, Halaman 43-57)