Ukasyah Bin Mihsan al-Asady: Sahabat yang Nabi Muhammad nyatakan dia akan masuk syurga tanpa hisab dan azab. (sahih al-Bukhari: 5811) Tetapi, dia tidak mengoyang-goyangkan kakinya dan merasa tenang dan selesa setelah diberi janji oleh Nabi.

Ukasyah bersama-sama Nabi Muhammad dan umat Islam berjuang dan berjihad di dalam pelbagai peperangan yang boleh meragut nyawanya pada bila-bila masa. Bahkan, beliau adalah salah seorang perajurit di dalam peperangan yang sangat dahsyat dalam sejarah - Perang Badar al-Kubra. Ukasyah menyertainya dengan penuh iman dan amal.

Setelah kewafatan Nabi pada tahun 11H, Ukasyah tidak duduk beruzlah dan meminggirkan diri. Tetapi dia terus berjuang mempertahankan dan menyebarkan agama Allah. Ukasyah gugur syahid ketika peperangan memerangi kaum murtad pada zaman pemerintahan Abu Bakar. Ia berlaku pada tahun 12H. 

`Ukasyah dibunuh oleh seorang lelaki bernama Tulaihah al-Asady. Tulaihah pula, setelah peperangan berkenaan, dia memeluk Islam. Tulaihah bersama-sama Saad bin Abi Waqas berperang memerangi Parsi. Akhirnya, beliau juga gugur syahid. 

Lihatlah!
Renunglah dengan jantungmu!

Golongan salaf daripada kalangan sahabat Nabi, Tabi` dan tabiin adalah orang yang terbaik untuk kita rujuk dan menjadikan teladan. Ukasyah dididik oleh Guru Agung kita. Beliau dididilk supaya menunjukkan bukti kasih dan cinta sekalipun telah dijanjikan syurga!

Wahai jiwa!
Kamu, dan aku! 

Ukasyah telah dijanjikan Syurga!
Dia berperangai seperti itu. 

Aku dan kamu?
Mahu terus goyang kaki
Lalu berkata: "Aku Muslim, pasti syurga milikku!"


Renungkan Kisah berikut: 



Imam al-Baihaqi dengan sanadnya merekodkan: Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hāfīẓ, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abdullah, diberitakan kepada kami oleh al-Hasan bin Sufyān, diceritakan kepada kami oleh Zakariya bin Yahya, diceritakan kepada kami oleh Husyāim, daripada Huṣain, katanya: 

Pada suatu malam, aku berada bersama dengan Saʿid bin Jubair, beliau berkata: “Siapakah diantara kamu melihat bintang jaruh semalam?” aku menjawab: “Aku! Ketika itu aku tidak dalam keadaan solat tetapi aku terkena sengatang kalajengking.” Lalu Saʿid bertanya: “Apa yang engkau buat?” Aku menjawab: “Aku minta diruqyah.” Saʿid bertanya: “Apa yang mendorongmu melakukannya hal tersebut?” Aku menjawab: “Sebuah hadis yang telah diceritakan kepada aku oleh al-Syaʿbi.” Saʿid bertanya: “Apakah yang al-Syaʿbi ceritakan?” Aku menjawab: “Beliau menyatakan; Diceritakan kepada kami daripada Buraidah bin al-Huṣaib katanya; Tidak ada ruqyah kecuali kerana ʿain atau sengatan.”

Saʿid bin Jubair pun berkata: “Alangkah bagusnya jika orang beramal sesuai dengan apa yang dia dengar. Telah diceritakan kepada kami oleh Ibn ʿAbbās, daripada Nabi Muhammad SAW, katanya: 

 Aku telah diperlihatkan tentang keadaan umat-umat. Aku melihat ada nabi yang bersama dengan raḥṭ (kumpulan yang tidak sampai 10 orang), ada nabi yang bersama-sama dengan seorang atau dua orang pengikut sahaja, adan anbi yang tidak ada seorang pengikutpun yang bersamanya. Tiba-tiba penglihatan aku terlihat kepada sekelompok yang sangat banyak! Lalu aku berkata: Inilah umatku! Tetapi dikatakan kepadaku: “Itu ialah Musā dan kaumnya. Lihat kepada kawasan luas.” Setelah itu akupun lihat. Tiba-tiba aku melihat sekelompok yang sangat ramai! Dikatakan kepadaku “Lihat pula pada bahagian lain.” Aku melihat seelompok yang remai! Kemudian dikatakan kepadaku “Inilah umatmu. Bersama-sama mereka ialah 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab dan azab.”
Kiri: Ukasyah Dzulqarnain: 15 Hari,
Kanan: Dehyah Ibadur Rahman: 2 Tahun

Setelah itu, Nabi Muhammad SAW bangun dan memasuki rumah baginda. Orang ramaipun berbicara tentang perkara berkenaan. Sebahagian mereka melontarkan persoalan: “Siapakah orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab dan azab?” Sebahagian mereka memberikan pandangan: “Berkemungkinan mereka itu ialah orang yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW.” Sebahagian yang lain berkata: “Berkemungkinan mereka itu ialah orang yang telah lahir dalam keadaan Islam kemudian tidak mensyirkkan Allah dengan suatu apapun.” Sebahagian yang lain menyebutkan beberapa keadaan lagi. 

 Nabi Muhammad SAW keluar daripada rumahnya kemudian bertanya: “Apakah yang kamu semua perbualkan?” Setelah diberitahukan kepada Nabi Muhammad tentang isu perbualan mereka, baginda nabi berkata: “Mereka itu ialah orang yang tidak meminta dilakukan kayyah, tidak meminta dijampi, tidak melakukan tatayyur tetapi mereka bertawakkal kepada Allah.” Lalu ʿUkāṣyah bin Muhṣan al-Asadi bertanya: “Adakah aku termasuk salah seorang daripada mereka?” Nabi menjawab “Kamu sebahagian daripada mereka.” Kemudian seorang yang lain bangun dan bertanya: “Adakah aku sebahagian daripada mereka wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: Aku telah didahului oleh ʿUkāsyah.”.

(HR al-Baihaqi di dalam Syuʿab al-Iman: 1163. Hadis ini sahih dan turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.)