Allah berfirman:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)".

(Ali Imrān: 173)

Allah SWT juga bersabda kepada Nabi-Nya SAW:

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

 Jika allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

(Ali Imrān: 160)

Firman Allah juga:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfāl: 2)

Firman Allah juga:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

)Al-Ṭalāq: 3)

Definasi Tawakkal


Al-Imam al-Baihaqi berkata:

وجُمْلَةُ التَّوَكُّلِ تَفْوِيضُ الْأَمْرِ إِلَى اللهِ جَلَّ ثَنَاؤُهُ وَالثِّقَةُ بِهِ

Keseluruhan tawakal itu adalah menyerahkan urusan kepada Allah serta mempercayai-Nya.

Para ahli ilmu telah berselisih pendapat terhadap pengertian tawakkal.  Sebahagian mereka mentakrifkan tawakal seperti berikut:

التَّوَكُّلُ الصَّحِيحُ مَا كَانَ مِنْ قَطْعِ الْأَسْبَابِ فَإِذَا جَاءَ السَّبَبُ إِلَى الْمُرَادِ نَفَعَ التَّوَكُّلُ

Tawakal yang sebenar-benarnya ialah; Sesuatu yang berasal daripada penyebab – apabila hadir sebab yang membawa kepada kehendak yang memberi manfaat tawakal.

Sebahagian yang lain menyatakan:

كُلُّ أَمْرٍ بَيَّنَ اللهُ لِعِبَادِهِ طَرِيقًا لِيَسْلُكُوهُ إِذَا عَرَضَ لَهُمْ فَالتَّوَكُّلُ إِنَّمَا يَقَعُ مِنْهُمْ فِي سُلُوكِ تِلْكِ السَّبِيلِ، وَالتَّسَبُّبُ بِهِ إِلَى الْمُرَادِ

Setiap perkara yang Allah telah jelaskan cara mendapatkannya – apabila dibentangkan kepada mereka, maka tawakal berlaku ketika mengikuti jalan berkenaan serta mencari sebab yang membawa ke arah itu.

Sekiranya seseorang hamba mengambil jalan berkenaan, dia dinamakan orang yang bertawakkal. Allah akan memudahkan urusannya dan mengurniakan hajat orang itu melalui jalan yang telah dia tempuhi.

Tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengambil jalan yang telah dinyatakan oleh Allah, maka dia tidak dikira sebagai orang yang bertawakal. Allah juga tidak akan memudahkan urusannya untuk mendapatkan hal berkenaan.

Hadis 1: Hadis ʿUkāsyah


Imam al-Baihaqi dengan sanadnya merekodkan: Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hāfīẓ, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abdullah, diberitakan kepada kami oleh al-Hasan bin Sufyān, diceritakan kepada kami oleh Zakariya bin Yahya, diceritakan kepada kami oleh Husyāim, daripada Huṣain, katanya:

كُنْتُ عِنْدَ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، فَقَالَ لَنَا: أَيُّكُمْ رَأَى الْكَوْكَبَ الَّذِي انْقَضَّ الْبَارِحَةَ؟ قَالَ: قُلْتُ: أَنَا، قَالَ ثُمَّ قُلْتُ أَمَا إِنِّي لَمْ أَكُنْ فِي صَلَاةٍ وَلَكِنِّي لُدِغْتُ قَالَ: فَمَا فَعَلْتَ؟ قَالَ: قُلْتُ: اسْتَرْقَيْتُ قَالَ: وَمَا حَمَلَكَ عَلَى ذَلِكَ؟ قُلْتُ: حَدِيثٌ حَدَّثَنَاهُ الشَّعْبِيُّ، قَالَ: وَمَا يُحَدِّثُكُمُ الشَّعْبِيُّ؟ قَالَ: قُلْتُ: حَدَّثَنَا عَنْ بُرَيْدَةَ بْنِ الْحُصَيْبِ أَنَّهُ قَالَ: لَا رُقْيَةَ إِلَّا مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَّةٍ،

Pada suatu malam, aku berada bersama dengan Saʿid bin Jubair, beliau berkata: “Siapakah diantara kamu melihat bintang jaruh semalam?” aku menjawab: “Aku! Ketika itu aku tidak dalam keadaan solat tetapi aku terkena sengatan kalajengking.” Lalu Saʿid bertanya: “Apa yang engkau buat?” Aku menjawab: “Aku minta diruqyah.” Saʿid bertanya: “Apa yang mendorongmu melakukannya hal tersebut?” Aku menjawab: “Sebuah hadis yang telah diceritakan kepada aku oleh al-Syaʿbi.” Saʿid bertanya: “Apakah yang al-Syaʿbi ceritakan?” Aku menjawab: “Beliau menyatakan; Diceritakan kepada kami daripada Buraidah bin al-Huṣaib katanya; Tidak ada ruqyah kecuali kerana ʿain atau sengatan.”

فَقَالَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ: قَدْ أَحْسَنَ مَنِ انْتَهَى إِلَى مَا سَمِعَ، ثُمَّ قَالَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

Saʿid bin Jubair pun berkata: “Alangkah bagusnya jika orang beramal sesuai dengan apa yang dia dengar. Telah diceritakan kepada kami oleh Ibn ʿAbbās, daripada Nabi Muhammad SAW, katanya:

عُرِضَتْ عَلَيَّ الْأُمَمُ قَالَ: فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ مَعَهُ الرَّهْطُ، وَالنَّبِيَّ مَعَهُ الرَّجُلُ وَالرَّجُلَانِ، وَالنَّبِيَّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ، إِذْ رُفِعَ لِي سَوَادٌ عَظِيمٌ فَقُلْتُ: هَذِهِ أُمَّتِي؟، فَقِيلَ: هَذَا مُوسَى وَقَوْمُهُ، وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْأُفُقِ قَالَ: فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ، ثُمَّ قِيلَ: انْظُرْ إِلَى هَذَا الْجَانِبِ الْآخَرِ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ، فَقِيلَ: هَذِهِ أُمَّتُكَ وَمَعَهُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا، يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلَا عَذَابٍ

Aku telah diperlihatkan tentang keadaan umat-umat. Aku melihat ada nabi yang bersama dengan raḥṭ (kumpulan yang tidak sampai 10 orang), ada nabi yang bersama-sama dengan seorang atau dua orang pengikut sahaja, adan anbi yang tidak ada seorang pengikutpun yang bersamanya. Tiba-tiba penglihatan aku terlihat kepada sekelompok yang sangat banyak! Lalu aku berkata: Inilah umatku! Tetapi dikatakan kepadaku: “Itu ialah Musā dan kaumnya. Lihat kepada kawasan luas.” Setelah itu akupun lihat. Tiba-tiba aku melihat sekelompok yang sangat ramai! Dikatakan kepadaku “Lihat pula pada bahagian lain.” Aku melihat seelompok yang remai! Kemudian dikatakan kepadaku “Inilah umatmu. Bersama-sama mereka ialah 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab dan azab.”

ثُمَّ نَهَضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَخَلَ فَخَاضَ الْقَوْمُ فِي ذَلِكَ، فَقَالُوا: مَنْ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلَا عَذَابٍ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ: لَعَلَّهُمُ الَّذِينَ صَحِبُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ وَقَالَ بَعْضُهُمْ: فَلَعَلَّهُمُ الَّذِينَ وُلِدُوا فِي الْإِسْلَامِ وَلَمْ يُشْرِكُوا بِاللهِ شَيْئًا قَطُّ، وَذَكَرُوا أَشْيَاءَ

Setelah itu, Nabi Muhammad SAW bangun dan memasuki rumah baginda. Orang raaipun berbicara tentang perkara berkenaan. Sebahagian mereka melontarkan persoalan: “Siapakah orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab dan azab?” Sebahagian mereka memberikan pandangan: “Berkemungkinan mereka itu ialah orang yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW.” Sebahagian yang lain berkata: “Berkemungkinan mereka itu ialah orang yang telah lahir dalam keadaan Islam kemudian tidak mensyirkkan Allah dengan suatu apapun.” Sebahagian yang lain menyebutkan beberapa keadaan lagi.


فَخَرَجَ إِلَيْهِمِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: " مَا هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ تَخُوضُونَ فِيهِ؟ ". فَأَخْبَرُوهُ بِمَقَالَتِهِمْ فَقَالَ: " هُمُ الَّذِينَ لَا يَكْتَوُونَ، وَلَا يَسْتَرْقُونَ، وَلَا يَتَطَيَّرُونَ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ " فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مُحْصَنٍ الْأَسَدِيُّ فَقَالَ: أَنَا مِنْهُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ: " أَنْتَ مِنْهُمْ، ثُمَّ قَامَ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ: أَنَا مِنْهُمْ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ "

Nabi Muhammad SAW keluar daripada rumhanya kemudian bertanya: “Apakah yang kamu semua perbualkan?” Setelah diberitahukan kepada Nabi Muhammad tentang isu perbualan mereka, baginda nabi berkata: “Mereka itu ialah orang yang tidak meminta dilakukan kayyah, tidak meminta dijampi, tidak melakukan tatayyur tetapi mereka bertawakkal kepada Allah.” Lalu ʿUkāṣyah bin Muhṣan al-Asadi bertanya: “Adakah aku termasuk salah seorang daripada mereka?” Nabi menjawab “Kamu sebahagian daripada mereka.” Kemudian seorang yang lain bangun dan bertanya: “Adakah aku sebahagian daripada mereka wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: Aku telah didahului oleh ʿUkāsyah.”.

(HR al-Baihaqi di dalam Syuʿab al-Iman: 1163. Hadis ini sahih dan turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.)

Pengajaran daripada Hadis ini:


1- Beramal dengan dalil


Apabila Huṣain menyatakan bahawa dia berubat dengan ruqyah, Saʿid bin Jubair bertanya tentang dalil. Lalu Huṣain menyatakan dalilnya daripada hadis Buraidah bin Huṣaib. Hal ini menunjukkan keharusan perbuatan bertanyakan dalil terhadap satu perbuatan yang bersifat keagamaan. Demikian juga ia menunjukkan umat Islam yang mahu menyandarkan amalan yang berunsur agama mestilah mendatangkan dalil. Lalu beramal dengan dalil yang jelas daripada kefahaman yang jelas.

2- Kebenaran Tidak dinilai dengan Ramai Pengikut


Di dalam hadis di atas, dinyatakan bahawa Nabi Muhammad melihat bahawa ada umat yang ramai pengikut, ada yang tidak ramai bahkan ada yang langsung tiada pengikut. Hal ini menunjukkan bahawa kebenaran yang dibawa itu tidak dinilai dengan bilangan pengikut. Jika dinilai dengan banyaknya pengikut, nescaya kita akan nyatakan bahawa para nabi yang tiada pengikut atau sedikit pengikut itu gagal didalam dakwah. Kerja dakwah dinilai berdasarkan kesahihan risalah, bukan daripada sudut ramai orang. Berapa banyak orang yang akan mengikut, kita serahkan kepada Allah. Tetapi kerja kita hanyalah dakwah bersungguh-sungguh tanpa henti.

Firman Allah:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ...

Kamu tidak memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai tetapi Allah yang memberi hidayah kepada orang yang dia suka…

(Al-Qasas: 56)

3- Bilangan Orang Masuk Syurga Tanpa Hisab dan Azab


Di dalam hadis ini menyatakan 70,000 orang. Jika dilihat daripada sudut bilangan mereka dan bilangan kita pada hari ini, kita tahu bahawa dalam bilangan kita ini pastinya kita berisiko tidak termasuk di dalam kategori mereka. Maka sepatutnya kita lebih berusaha mencari jalan untuk meneladani orang yang daripada kalangan 70,000 orang.

4- Bertawakal Kepada Allah


Saya akan bincangkan perbuatan Kayyah, Ruqyah dan Tatawur di dalam perbahasan yang lain tetapi saya mahu menfokuskan isu tawakal secara umum pada penulisan ini.

Ukasyah dinyatakan bahawa orang yang menepati ciri-ciri 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Sifat yang dinyatakan Nabi Muhammad ialah “Bertawakal kepada Allah.”

Di dalam riwayat al-Bukhari dinyatakan bahawa Ukasyah meminta Rasulullah berdoa supaya dia termasuk salah seorang daripada 70,000 orang itu. Lalu Rasulullah mendoakannya. Rujuk al-Bukhari: 5811.

Imam al-Qurṭubi menyatakan: Berkemungkinan orang yang kedua keadaanya tidak seperti ‘Ukasyah, oleh karena itu permintaannya tidak dikabulkan.

Ukasyah telah menunjukkan maksud tawakal dengan sebenar-benarnya. Dia tidak hanya berserah kepada Allah dan tidak berbuat apa-apa. Tetapi di dalam sejarahnya, beliau telah menghadiri perang yang paling dahsyat dalam sejarah umat Islam, iaitu perang Badar al-Kubra.

Jika dia salah di dalam memahami konsep tawakal, maka dia akan tinggalkan perbuatan jihad dan amal soleh. Tetapi dia telah membuktikan tawakal ialah mengambil jalan-jalan kejayaan yang telah digariskan oleh Allah dan teguh mempercayai-Nya.

Ukasyah turut menyertai peperangan yang lain bersama Rasulullah. Bahkan, setelah kewafatan Nabi, Ukasyah terus berjuang mengambil jalan tawakal sehingga beliau gugur syahid pada peperangan riddah pada tahun 12H.