Daripada Sudut Bahasa Arab: ia adalah jalan yang membawa kepada sesuatu. Manakala daripada sudut Istilah ulama usul pula ialah: 

Larangan kepada setiap perkara yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang dilarang yang mengandungi keburukan dan kemudaratan. Akhirnya wasilah itu juga diharamkan sepertimana diharamkan larangan berkenaan. 

Sepertimana sesuatu wasilah yang membawa kepada wajib itu menjadi wajib, demikian juga sebaliknya. Sebagai  contoh melihat aurat ajnabi diharamkan. Ia perlu dicegah kerana perbuatan tersebut membuka laluan kearah zina. 

Haji itu fardhu, demikian juga sai dan manasik haji juga menjadi fardu. Menurut Dr. Wahbah: 
“Apabila agama memberikan satu suruhan, maka ia menjadikan setiap wasilah yang memerlukannya itu juga dituntut. Apabila ia menghalang manusia terhadap satu larangan, maka semua yang membawa kepadanya juga adalah haram.”

Secara kesimpulan untuk definisi ini ialah: 

“Saddu Zaraie bermaksud: menghalang jalan-jalan yang membawa kepada perbuatan jenayah, dosa dan maksiat”.

Jenis-jenis Zaraie:

Al_Syaṭibi membahagikan bab ini kepada empat bahagian:

(1) Melakukan wasilah itu akan pasti menyebabkan berlaku kerosakan. 

Contoh bagi bahagian ini ialah: Menggali lubang yang dalam di belakang rumah yang suasananya gelap sekalipun pada waktu siang sedangkan ia tempat kawasan lalu lalang sebahagian orang. Sekiranya ada orang jatuh ke dalam lubang itu, penggali boleh dikenakan tindakan. 

(2) Melakukan wasilah itu boleh jadi menyebabkan berlaku kerosakan. 

Contoh bagi bahagian ini ialah: Menggali lubang di kebun sendiri  yang jarang dilalui atau menjual ubat yang tidak memudaratkan secara umum. Bahagian ini, hukumnya kekal dengan hukum asal kerana agama ini tidak disandarkan kepada perkara yang jarang-jarang berlaku. Istilahnya ialah:

النادر لا حكم له 

Perkara jarang-jarang tidak dihukumkan. 

(3) Melakukannya berkemungkinan akan menyebabkan berlaku kerosakan. 

Contoh bagi bahagian ini ialah: Menjual senjata kepada musuh yang sedang berperang, menjual anggur kepada pembuat arak dan seumpamanya. Bahagian ini, hukumnya adalah dilarang kerana keberangkalian tinggi boleh membawa kepada pasti. 

(4) Melakukannya telah terbukti banyak menyebabkan kerosakan sekalipun ia tidak sampai ke tahap kebiasaan (ghalib) atau jarang (nadir)

Contohnya seperti larangan berkhalwat dengan wanita ajnabi, permu8safiran wanita secara bersendirian, larangan membina masjid di atas kubur dan solat di atasnya. 

Pandangan ulama terhadap Saddu Zarai`

Saddu Zaraie menjadi salah satu daripada Usul Fiqh Mazhab Maliki dan Hanbali. Manakala Abu Hanifah dan al-Syafii menolak Saddu Zaraie tetapi mengamalkan di dalam beberapa keadaan. 

Oleh itu kita dapat melihat perbezaan ini di dalam isu jual beli bertangguh: Mazhab Maliki dan Hanbali mengatakan batal jual beli bertangguh kerana ia membawa kepada kerosakan. Manakala mazhab Hanafi dan Syafii menghukumnya sah dengan mengekalkan hukum asal serta tidak berhujah dengan Saddu Zarai`

Hujah Penyokong:

1- Al-Quran

Firman Allah: 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu berkata Rā`inā tetapi katalah "Unzhurna", dan "dengarlah".

(Al-Baqarah: 104)

Asalnya perkataan Ra`ina itu membawa maksud yang baik itu jagalah kami tetapi ia digunakan oleh orang Yahudi dengan maksud yang tidak baik. Maka Allah melarang menyebutkan perkataan itu. 

Firman Allah lagi:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًابِغَيْرِ عِلْمٍ     

Terjemahan : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.

(Al-An`am: 108)

Daripada hadis pula: 

Nabi Saw bersabda: 

«إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ» قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ؟ قَالَ: «يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ، فَيَسُبُّ أَبَاهُ، وَيَسُبُّ أُمَّهُ»

Dosa yang paling besar ialah sesorang melaknat kedua ibubapanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seorang boleh melaknat kedua ibubapanya? Jawab baginda: Seseorang mencaci bapa sesorang yang lain lalu orang itu membalas cacian kepada bapa dan ibunya.

(HR al-Bukhari: 5973)

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا بينهم في المضاجع

Maksudnya: Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat sewaktu mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkannya sewaktu berumur sepuluh tahun, dan asingkanlah tempat tidur mereka. Hadis ini menjelaskan Nabi Muhammad memerintah umat Islam agar mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Hal ini kerana, kadangkala tidur bersama di antara anak lelaki dan perempuan memberi ruang kepada syaitan untuk mempengaruhi mereka agar berzina. Walaupun tidak berlaku hubungan seks tetapi besar kemungkinan ia membawa ke arah mafsadah lebih-lebih lagi waktu tidur itu panjang.

Pandangan Ulama yang menolak.

Golongan yang menolak iaitu ulama Syafie dan Zahiri. Alasan mereka ialah suatu perbuatan itu selagi mana ia diharuskan, maka ia tidak ditegah kerana terdapat kemungkinan-kemungkinan yang ianya membawa kerosakan. Kemungkinan-kemungkinan ini kadang-kadang terhasil dan kadang-kadang tidak. Jadi ianya hanya sangkaan sahaja.

Contohnya seperti penolakan kalangan az-Zhahiri dalam penggunaan sadd adz-dzariah adalah ketika Ibnu Hazm begitu keras menentang ulama Hanafi dan Maliki yang mengharamkan perkawinan bagi lelaki yang sedang dalam keadaan sakit teruk hingga dikhawatirkan meninggal. Bagi kalangan Hanafi dan Maliki, perkawinan itu akan boleh menjadi jalan (dzari’ah) bagi wanita untuk sekadar mendapatkan warisan dan menghalangi ahli waris lain yang lebih berhak. Namun bagi Ibnu Hazm, pelarangan menikah itu jelas-jelas mengharamkan sesuatu yang jelas-jelas halal. Betapapun menikah dan mendapatkan warisan karena hubungan perkawinan adalah sesuatu yang halal.

Meskipun terdapat ketidaksepakatan ulama dalam penggunaan sadd adz-dzari’ah, namun secara umum mereka menggunakannya dalam banyak hal. 

ISU ISU SEMASA BERKAITAN DAN BAGAIMANA KONSEP SADDU ZARA’I DIJADIKAN SUMBER DALAM PENGELUARAN FATWA

1- MEMBOIKOT BARANGAN KELUARAN NEGARA YANG MEMERANGI ISLAM

Antara perbuatan yang membawa kepada berlakunya saddu al-zarai ialah dengan memboikot segala produk keluaran negara-negara yang memerangi Islam. Perbuatan membeli barang yang diperlukan untuk kegunaan seharian adalah diharuskan. Namun perbuatan yng pada asalnya diharuskan ini telah ditegah apabila seringkali ia akan membawa kepada mafsadah melalui kesan buruk yang akan timbul sekiranya perbuatan ini tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.

Diantara cara untuk membantu rakyat palestin menurut Yusuf Al-Qardhawi adalah memboikot sepenuhnya barang-barang musuh. Karena setiap wang yang kita gunakan untuk membeli barang mereka, pada ujungnya akan menjadi peluru yang menembus dada saudara-saudara dan anak-anak kita dipalestin, oleh karena itu kita tidak oleh membantu musuh dengan memeli barang-barang mereka. Karena hal tersebut termasuk bekerja sama dalam perbuatan dosa dan kejahatan.pasalnya, membeli barang merekaberarti menambah kekuatan mereka. Jika kita tidak mampu membantu mereka, maka kita wajib membuat lemah musuh mereka, sedangkan jika untuk melemahkan musuh tersebut hanya bisa dilakukan dengan memboikot barang-barang mereka, maka hal itu wajib dilakukan. Karena kewajiban yang hanya bisa terlaksana dengan suatu hal, maka hal tersebut adalah wajib

2-  ISU POKAEMON GO

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa semua negeri mengisytiharkan permainan siber Pokemon Go dan Pokemon sebagai haram.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat memandangkan permainan berkenaan dibimbangi mempunyai unsur perjudian selain mampu melalaikan masyarakat termasuk umat Islam.

“Perkara berkaitan pengharaman permainan ini saya ada ulas sejak minggu lepas lagi. Sebarang perkara yang melibatkan perjudian dan melalaikan, ia adalah haram.

“Bagi saya, pengharaman permainan ini perlu dibuat dan melibatkan semua negeri di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara yang sudah sedia haram juga tidak perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sepertimana hukum ditetapkan terhadap arak.

“Tak perlu perbincangan sebab permainan itu sudah jelas haram dan bertentangan dengan Islam,” katanya.

Sebelum ini, Wilayah Persekutuan menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan permainan siber Pokemon Go dan Pokemon sebagai haram.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, Isnin lalu, selepas penelitian bersandarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang boleh berlaku.
  Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu memutuskan karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.

Katanya, setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini memudaratkan.
“Di samping itu, mengiakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas kuat.

“Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku seperti pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan serta kemalangan, kelalaian dan sebagainya,” katanya.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat.

Untuk rekod, setakat ini, Pokemon Go telah diharamkan di Arab Saudi.Isu ini juga berkaitan dengan maslahah saddu zara’i yang boleh memudaratkan manusia.

3- ISU PEMBERIAN VAKSIN DAN IMUNISASI

Pertama: Badan Berautoriti Agama

1- Dar al-Ifta’ al-Misriyyah

 Vaksin untuk menghalang kecacatan anggota badan pada diri kanak-kanak adalah satu jenis dari rawatan pencegahan dan ia merupakan suatu yang dituntut dari segi syarak.

2-  Union Of African Muslim Sholars

Di dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Afrika, mereka membuat suatu kenyataan seperti berikut: Adalah vaksin itu secara umumnya, dan juga vaksin kepada anak-anak khususnya, untuk memelihara mereka daripada penyakit-penyakit merupakan suatu kewajipan dalam agama bahkan ia suatu keperluan insani.

3-  Majma’ al-Feqh al-Islami

Majma’ Fiqh Islami telahpun membuat satu deklarasi berkenaan isu vaksin yang bertajuk “Penjelasan Untuk Menggalakkan Vaksinasi Bagi Menghalang Kecacatan Anggota Pada Kanak-kanak”. Dalam kenyataan panjang berserta tujuh poin penting, pihak Majmak telahpun menyatakan akan keharusan vaksinasi terhadap kanak-kanak bagi mengelakkan kecacatan pada tubuh badan mereka.
4- Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 berkenaan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra (sejenis vaksin bagi melindungi bayi berusia sembilan bulan) dengan sighah seperti berikut :

•         Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.

•         Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini, tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.

•         Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra adalah diharuskan. 

Kedua: Tokoh Ulama Kontemporari

1- Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz

Ditanyakan kepada Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah tentang hukum berubat sebelum berlakunya sebarang penyakit seperti vaksin. Maka jawab al-Syeikh:

Tidak mengapa untuk melakukan rawatan apabila ditakuti berlakunya penyakit disebabkan terdapatnya wabak atau faktor-faktor lain yang ditakuti berlakunya penyakit disebabkannya. Maka tidak ada masalah untuk memberikan ubat atau rawatan bagi menghalang sesuatu bala yang ditakuti berlaku. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

Maksudnya: Sesiapa yang berpagi-pagi dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, tidak akan memberi kemudharatan kepadanya pada hari tersebut racun dan juga sihir.

Riwayat Muslim 2047

Hadis ini daripada bab menghalangnya bala bencana sebelum ia berlaku. Maka demikianlah apabila ditakuti berlakunya sesuatu penyakit lalu diberikan vaksin untuk menghalang wabak yang berlaku di dalam sebuah negara ataupun di mana sahaja maka tiada sebarang masalah pada hal tersebut.

2- Al-Syeikh Dr. Ali Jumaah

Dr. Ali Jumaah ditanyakan berkenaan hukum melakukan vaksin dengan tujuan menghalang penyakit berlaku kepada tubuh badan kanak-kanak. Adakah ia dibenarkan ataupun tidak ? Maka beliau menjawab:

Vaksin untuk menghalang sebarang penyakit kepada kanak-kanak adalah suatu jenis dari rawatan yang bersifat perlindungan dan ia merupakan sesuatu yang dituntut dari segi syarak serta digesa oleh hukum-hakam syariah islamiah. Wajib ke atas kaum muslimin untuk saling membantu dalam usaha memberikan vaksin kepada anak-anak kecil mereka serta memelihara mereka dari penyakit-penyakit yang akan menimpa sekiranya ia tidak dilakukan ke atas mereka.

3- Syeikh Sa’ad bin Naasir al-Syathri

Kata beliau hafizahullah: Di antara permasalahan yang berkaitan dengan wabak-wabak penyakit adalah: Hukum mengambil suntikan vaksin yang diberikan dengan tujuan untuk mencegah daripada penyakit. Maka kami katakan:

Vaksin yang diberikan ini terdiri daripada:

Sesuatu yang telah dikenalpasti kesannya berdasarkan penyelidikan dan ujikaji bahawa ianya dapat mencegah penyakit dengan izin Allah. Perkara ini  baginya hukum-hakam rawatan bahkan ia satu jenis daripada jenis-jenis perubatan. Ini kerana ia termasuk di dalam sabda Rasulullah S.A.W: “Berubatlah kalian”. Maka ia juga turut mengambil hukum rawatan.

Kata beliau lagi: “Yang zahirnya, amalan ini (penggunaan vaksin) tidak ada masalah padanya. Bahkan ia termasuk di dalam amalan qurbah (ibadah). Ini kerana masuknya kemudaratan di dalam ini tidak menyebabkan mudharat yang lain bahkan ia membawa kemaslahatan untuk mencegah individu yang diberikan vaksin ini dari sebarang penyakit yang teruk. Inilah bukti bahawa ianya tidak dilarang”.

4- Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah ditanyakan di dalam rancangan Fatawa Mubasyirah berkenaan hukum pemberian vaksin kepada anak-anak kecil dengan tujuan mencegah dari penyakit antaranya anggota badan tidak berfungsi. Maka jawab beliau:

Ini (mengambil vaksin) adalah suatu yang fardhu. Kerfadhuan yang bersifat agama bahkan ia suatu kewajipan yang bersifat islami. Jika tidak dilakukan, anaknya akan tertimpa bahaya. Aku pernah melihat seorang kanak-kanak yang sedang solat tarawih bersama kami dan dia berjalan dengan menggunakan tongkat sedangkan dia Masha Allah masih sihat. Bila ditanya dia menjawab: Tanyalah kepada si ayah. Lalu kata si ayah: Kami abaikan memberi vaksin kepadanya semasa kecil lalu dia ditimpa dengan anggota badan yang tidak berfungsi.

5- Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin

Syeikh Ibn al-Uthaimin rahimahullah pernah menyebutkan bahawa adakah suntikan vaksin untuk penyakit meningitis (keradangan pada selaput otak) dikira sebagai menafikan konsep tawakkal ? Ini disebabkan sebahagian orang ada yang berpendapat perbuatan tersebut haram kerana ia menafikan tawakkal. Lalu jawab Syeikh:

Sesungguhnya perbuatan ini (suntikan vaksin) termasuk daripada konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bersandar kepada Allah bersama-sama dengan mengambil sebab-sebab tertentu. Oleh kerana itulah ketua bagi golongan yang bertawakkal Muhammad S.A.W apabila pergi memerangi musuh baginda memakai perisai besi. Inilah perbuatan mencegah dari sebarang keburukan. Menggunakan suntikan vaksin ini termasuklah melakukan sebab-sebab bermanfaat yang Allah mengelakkan keburukan dengannya.

6- Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Negeri Kelantan

Kata beliau: Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik. Kata beliau lagi: Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada al-Wiqoyah iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam.