Istiqamah bermaksud; berterusan melakukan perintah agama serta menjauhi larangan Allah.

Ikutilah saranan Nabi Muhammad ini:

اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا

Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada. Apabila engkau melakukan dosa, maka buatlah kebaikan selepas itu. Ia akan menghapuskannya.

(HR Ahmad di dalam Musnad, Hasan.)

Lakukan juga tips berikut:

1- Ikhlaskan perbuatan hanya kerana Allah. { وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين .. } الآية
2- Seringkali Istighfar dan mengulangi taubat.
3- Menilai diri sendiri. Muhasabah. { يأيها الذين آمنوا أتقوا الله ولتنظر نفسٌ ما قدمت لغدٍ وأتقوا الله إن الله خبير بما تعملون}
4- Memperbaiki dan menjaga solat 5 waktu. إن الصلاة تنهي عن الفحشاء والمنكر
5- Menuntut ilmu.
6- Mengetahui jalan-jalan ke arah perangai syaitan.  يأيها الذين آمنوا لا تتبعوا خطوات الشيطان ومن يتبع خطوات الشيطان فإنه يأمر بالفحشاء والمنكر