Apakah itu “Mahsyar” serta apakah sifatnya yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.


Jawapan: Al-Mahsyar ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud tempat berkumpul. Di dalam kefahaman ahli sunnah wa al-Jamaah, ia bermaksud perkumpulan makhluk-makhluk Allah dalam kalangan jin, manusia, malaikat, haiwan dan sebagainya di kawasan yang lapang dan rata tanpa ada sebarang bangunan, binaan, bukit bukau dan seumpamanya.

Keadaan inilah yang disebutkan oleh Nabi SAW:

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى أَرْضٍ بَيْضَاءَ عَفْرَاءَ، كَقُرْصَةِ نَقِيٍّ

Manusia akan dikumpulkan pada Hari Kiamat di atas tanah yang putih bersih seperti tepung yang suci. 

Sahl bin Saad menyatakan:

لَيْسَ فِيهَا مَعْلَمٌ لِأَحَدٍ

Tiada sebarang tanda untuk sesiapapun.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih: 6521)

Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, “Hadis ini mengisyaratkan bahwa bumi dunia telah habis dan hilang, dan bumi Mahsyar adalah bumi baru.”

Apabila menyebutkan tentang Mahsyar – maka ia bukanlah Al-Ba`s kerana kedua-duanya merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai kesalingan. 

Al-Ba`su ialah kebangkitan. Imam al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman menyebutkan:

“Beriman dengan kebangkitan ialah keimanan bahawa Allah akan memulihkan kerosakan daripada tubuh badan orang mati, kemudian mengumpulkan bahagian-bahagian tubuh yang terpisah-pisah sekalipun di lautan, mulut binatang buas atau selainnya sehingga ia menjadi sepertimana kejadiannya yang asal.  

Setelah itu dikumpulkan semua makhluk dalam keadaan hidup. Manusia semua bangkit dengan perintah Allah dalam keadaan hidup, sama ada mereka kecil atau besar sehingga dibangkitkan juga anak yang digugurkan tetapi telah sempurna kejadiannya serta telah ditiupkan roh. Manakala anak yang belum sempurna kejadian atau belum ditiupkan roh maka ia seumpama barang-barang mati lain, wallahuA`lam.”

Sifat Manusia di Bangkitkan menuju ke Yāum al-Mahṣyar

Setelah mati, manusia akan dibangkitkan setelah hancurnya pada hari berkenaan. Ia adalah waktu ghaib yang mempunyai hukum masa, hukum tempat dan hukum alam yang berbeza dengan alam dunia kita ini. 

Manusia pertama yang dibangkitkan ialah Nabi Muhammad SAW. Ini bertepatan dengan hadis berikut:

 أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ القَبْرُ وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ .

“Saya adalah pemimpin anak Adam pada Hari Kiamat. Saya adalah orang pertama yang bangkit dari bumi dan saya pemberi syafaat pertama dan orang pertama yang diizinkan untuk memberi syafaat.” 
(HR. Muslim di dalam Sahih: 2274).

Kemudian setelah itu seluruh makhluk akan dibangkitkan termasuklah manusia. Disebutkan di dalam hadis bahawa manusia akan dibangkitkan di dalam keadaan tidak berpakaian.  Rasulullah SAW bersabda:

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً

“Manusia akan dikumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitan.” 

(HR Muslim di dalam Sahih: 5102)

Setelah itu barulah mereka diberikan pakaian yang berupa pakaian yang mereka pakai ketika kematian. Selain syahid, manusia akan memakan kain Kaffan. 

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْمَيِّتَ يُبْعَثُ فِي ثِيَابِهِ الَّتِي يَمُوتُ فِيهَا

Si mati akan dibangkitkan dengan memakai pakaian yang dia mati dengannya. 

(HR Abu Daud di dalam Sunan: 3114, Hasan-Al-Arnaouth, Sahih-Al-Albani)

Muaz bin Jabal ketika hendak menguburkan jenazah ibunya, beliau meminta agar jenazah ibunya dikafani dengan pakaian yang baru. Beliau mengatakan, “Perbaguskanlah kafan jenazah kalian, karena sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dengan (memakai) pakaian itu.” 

(Fat-hul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/383).

Orang pertama yang diberikan pakaian ialah Nabi Ibrahim: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيْمُ

“Sesungguhnya orang pertama yang diberi pakaian pada hari Kiamat adalah Nabi Ibrahim.”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih: 4371).

Apabila tiba ditempat berhimpun, manusia akan dibicarakan. Berikut, saya sertakan secara ringkas isu-isu berkenaan daripad Kitab Syuab al-Iman, Imam Baihaqi:

1. Diserahkan Kitab Amalan

Orang-orang yang dikehendaki Allah akan dibangkitkan. Apabila sampai waktu yang dikehendaki Allah untuk dihisab, lalu diperintahkan kitab yang menyebutkan amal perbuatan manusia yang telah ditulis oleh al-Kiramul Katibun (untuk diberikan kepada mereka), lalu ia diserahkan. 

Sebahagian daripada mereka, ada yang diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kanan – mereka itulah kelompok yang berbahagia (السعداء). Sebahagian yang lain diserahkan kitab amalannya daripada sebelah kiri atau daripada arah belakang – mereka itulah kelompok yang menderita (الأشقياء).

Allah berfirman di dalam surah al-Muthoffifin: 

أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ ٥  يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٦

Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa mereka akan dibangkit pada suatu hari yang besar. Iaitu pada hari manusia menghadap Tuhan smesta alam.

(Al-Muthoffifin: 4-6)

2. Manusia Akan Berdiri di Atas Kaki

Diberitakan bahawa manusia pada hari kiamat nanti akan berdiri di atas kaki-kaki mereka. Telah dijelaskan bahawa tiada hal lain bagi mereka pada hari tersebut melainkan dalam keadaan berdiri. 

Rasulullah SAW bersabda:

يَقُومُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ حَتَّى يَغِيبَ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ

Manusia akan bangkit (berdiri) pada hari kiamat di hadapan Tuhan semesta alam sehingga seseorang akan tenggelam di dalam peluhnya sehingga ke pertengahan kedua-dua telinganya.

Hadis ini direkod oleh Muslim di dalam Sahih Muslim[1], daripada hadis Ya`qub. 

Rasulullah SAW berkata: 

تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ   قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ: فَوَاللهِ مَا أَدْرِي مَا عَنَى بِالْمِيلِ أَمَسَافَةُ الْأَرْضِ أَمِ الْمِيلُ الَّذِي يُكَحَّلُ بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ: " فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حِقْوَيْهِ، ومَنْ يُلْجِمُهُ إِلْجَامًا " قَالَ: وَأَوْمَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فِيهِ

Matahari merendah kepada makhluk pada hari kiamat sehingga menjadi sejarak mail. Sulaim berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui maksud mail itu sama ada ia adalah jarak di bumi atau jarak sejauh mata memandang. Rasulullah meneruskan: Peluh manusia ketika itu akan dinilai berdasarkan kadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang peluhnya sehingga kedua-dua buku lalinya. Sebahagiannya sehingga lutut. Sebahagiannya sehingga pinggangnya. Sebahagiannya menahan dengan sungguh-sungguh: Rasulullah SAW mengisyaratkan kepada mulutnya. 

Direkodkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim daripada al-Hakam bin Musa. Kami telah menjelaskan segala hadis (yang berkaiatn isu ini) di dalam kitab al-Ba`s. 

Allah berfirman: 

وَكُلَّ إِنسَٰنٍ أَلۡزَمۡنَٰهُ طَٰٓئِرَهُۥ فِي عُنُقِهِۦۖ وَنُخۡرِجُ لَهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ كِتَٰبٗا يَلۡقَىٰهُ مَنشُورًا ١٣ ٱقۡرَأۡ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبٗا ١٤

13. Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang ditemuinya dalam keadaan terbuka. 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".

(Al-Israa: 13-14)

Allah berfirman:

 وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ ١٠ كِرَامٗا كَٰتِبِينَ ١١  يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ ١٢

10. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu) 11. yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu) 
12. mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al-Infithar: 10-12)

إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٞ ١٧  مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

17. (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. 18. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

(Qaf: 17-18)

هَٰذَا كِتَٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٢٩

29. (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan"

(Al-Jasiyah: 29)

3. Orang Yang Menerima Kitab Akan Memberi Ulasan

Diberitahu kepada kita bahawa orang yang akan membaca kitab mereka akan berkata: 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun"

(Al-Kahfi: 49)

Orang yang diberi kitab mereka daripada arah kanan akan berkata: 

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ ١٩ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠  فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ ٢١  فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ ٢٢

19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)" 20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku 21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai. 22. Di dalam surga yang tinggi.

(Al-Haqah: 19-22)

وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ ٢٥ وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦  يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧

25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini) 26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku 27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

(Al-Haqah: 25-27)

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧  فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابٗا يَسِيرٗا ٨ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا ٩  وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠ فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورٗا ١١  وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا ١٢

7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya 8. maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah 9. dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira 10. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang 11. maka dia akan berteriak: "Celakalah aku" 12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

(Al-Insyiqaq: 7-12)

4. Manusia Hilang Ingatan ketika Dihudpkan Semula

Apabila manusia berada dihadapan kertas yang menulis amalan mereka, mereka akan mula menilainya. Kemungkinan – Wallahua`lam- kerana manusia dibangkitkan dalam keadaan tidak mengingati amalan-amalan mereka. Allah berfirman:

يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ ٦

6. Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

(Al-Mujadalah: 6)

Apabila mereka telah mengingatinya, mereka akan menelitinya dan menilainya. 

Telah disebutkan di dalam hadis tentang cara penilaian itu. Kami telah sebutkan di dalam kitab “Al-Ba`su wan Nusyur”. Antaranya ialah:

5. Allah Sendiri Akan Menilai Manusia Tanpa Sebarang Perantara

Rasulullah SAW bersabda:  

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ حَاجِبٌ وَلَا تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَىشَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، وَيَنْظُرُ أَمَامَهُ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Tidak ada seorang pun daripada kalangan kamu melainkan Tuhannya akan berbicara dengannya tanpa sebarang halangan ataupun penterjemah. Lalu dia melihat ke sebelah kanan, maka dia tidak melihat sesuatu apa pun melainkan amalan yang telah dilakukannya. Kemudian dia melihat pula ke sebelah kirinya, di situ dia tidak dapat melihat apa pun melainkan amalan yang telah lalu. Apabila dia melihat kehadapan, dia tidak dapat melihat melainkan neraka sahaja. Maka bertaqwalah daripada (terjerumus ke dalam) api neraka sekalipun sebesar biji kurma.

Direkodkan oleh al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukharim daripada Yusuf bin Musa, daripada Usamah.

Dalil-dalil ini membuktikan bahawa Allah sendiri akan membuat penilaian terhadap para mukallaf. Allah akan membicarakan mereka sekaligus, bukannya satu demi satu. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh semua hadis yang berkaitan daripada Nabi SAW bahawa perbicaraan Allah kepada ahli rahmah adalah menambahkan berita gembira dan kemuliaan mereka. Manakala perbicaraan Allah kepada ahli `uqubah pula hanya menambahkan kerugian dan kesedihan mereka. 

Allah berfirman:

۞أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠

60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"

(Yasin: 60)

Serta banyak lagi dalil lain daripada al-Quran dan as-Sunnah. 

Dikatakan bahawa para malaikat akan membuat penilaian bagi setiap makhluk dengan arahan Allah. Pendapat yang lain menytakan Allah hanya menguruskan penilaian terhadap orang beriman, manakala malaikat pula berperanan di dalam penilaian kepada orang kafir. Tetapi apa yang telah kami buktikan telah jelas daripada as-Sunnah yang sahih. Lalu kami nyatakan bahawa ia adalah pendapat yang paling kuat. wallahuA`lam.

Soalan: Berapa lamakah tempoh manusia di Mahsyar?


Masa adalah ciptaan Allah SWT, bahkan daripada sudut sains, masa mula muncul setelah terciptanya alam ini berikutan kejadian letupan besar (BigBang) – sila rujuk ahli sains di dalam kenyataan saya ini. 

Demikian jugalah, masa di akhirat nanti ialah makhluk Allah yang sungguh unik. Sekalipun setiap manusia berada pada waktu yang sama, di tempat yang sama tetapi mereka merasai masa yang berbeza berdasarkan tahap keimanan. 
Allah menyatakan bahawa orang kafir merasa masa di Mahsyar sangat panjang manakala orang beriman sebaliknya.

Firman Allah:

وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا

“…..dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.” 

[surah al-Furqaan : 26].

Begitu juga didalam surah yang lain :

فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ

“Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar” 

[surah al-Mudathir : 9]

Namun demikian, bagi orang yang beriman pula

أَصْحَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَئِذٍ خَيْرٌ مُسْتَقَرًّا وَأَحْسَنُ مَقِيلًا

"Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya.” 

[al-Fuqaan : 24]

Di dalam Tafsir Jalalain perkataan “Ahsanu Maqeelan” membawa maksud tempat rehat waktu setengah hari atau merujuk kepada rehat dari kepanasan tengahari, yang membawa maksud penantian yang hanya memakan masa separuh hari, sebagaimana dijelaskan di dalam hadith di bawah. 

Dari Abu Hurairah ra, Nabi :saw bersabda :

يَوْمُ الْقِيَامَةِ كَقَدْرِ مَا بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ 

Hari Kiamat bagi orang Mukmin adalah seperti waktu antara Zohor dan Asar”

(HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 283 – Sahih)

Soalan: Bolehkah manusia melihat malaikat, jin pada hari Mahsyar

Secara tuntasnya, saya tidak mengetahui secara jelas isu ini. Tetapi secara ringkasnya, manusia dapat melihat malaikat berdasarkan ayat 22 surah Al-Furqan:

يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلَائِكَةَ لَا بُشْرَى يَوْمَئِذٍ لِلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَحْجُورًا

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".

Soalan: Apakah pengajaran daripada hadis tentang 4 perkara?


Nabi SAW bersabda:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

 “Tidak bergeser kedua telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang umurnya; dalam hal apa ia menghabiskannya,  tentang ilmunya; dalam hal apa ia berbuat, tentang hartanya; dari mana ia mendapatkannya dan dalam hal apa ia membelanjakannya, dan tentang tubuhnya; dalam hal apa ia mempergunakannya” 

[HR al-Tirmizi di dalam Sunan: 2417, Sahih]

 Perbahasan ini panjang, tetapi saya ringkaskan seperti berikut: Selaku seorang manusia, kita hendaklah banyak bermimpi dan bercita-cita tinggi. Kita mahu menjadi manusia yang terbaik di dalam aspek ukhrawi dan duniawi. Oleh itu, kita mahu:

1- Terus hidup sekalipun nyawa telah tamat.
2- Meneruskan manfaat ilmu untuk tujuan pertama.
3- Mendapat harta dan kekayaan dunia akhirat seperti Abdul Rahman bin Auf
4- Meletakkan keadilan pada haknya termasuk isu yang kecil seperti tubuh badan kita. 

Soalan: Siapakah golongan yang dinaungi Allah?


Nabi SAW bersabda:

Terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)