Terdapat empat ayat dari dua surah yang menyebutkan nama Idris AS serta sifatnya.

Firman Allah:

(85). وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ ۖكُلٌّ مِنَ الصَّابِرِينَ
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.

(86). وَأَدْخَلْنَاهُمْ فِي رَحْمَتِنَا ۖإِنَّهُمْ مِنَ الصَّالِحِينَ
Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.

Al Anbiya: 85-86

Daripada dua ayat ini, difahami bahawa beliau ialah seorang yang sabar sehingga Allah mengkategorikan beliau sebagai orang soleh. 

Allah juga berfirman:

{وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِدْرِيسَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا (56) وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا (57) }

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang disebut) di dalam al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. (QS. 19:56) Dan Kami telab mengangkatnya ke martabat yang tinggi. (QS. 19:57)” 

(Maryam: 56-57)

Allah menyebut Idris as dengan memujinya sebagai orang yang jujur lagi seorang Nabi, dan Allah telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. Telah berlalu di dalam hadits shahih bahwa Rasulullah pernah bertemu dengannya di waktu malam Israa’ dan saat itu beliau berada di langit keempat.

Ibnu Abi Najih berkata dari Mujahid tentang firman Allah: wa rafa’naaHu makaanan ‘aliyyan (“Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi,”) Idris diangkat dan belum mati sebagaimana diangkatnya `Isa as.
Al-‘Aufi berkata dari Ibnu `Abbas: wa rafa’naaHu makaanan ‘aliyyan (“Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi,”) beliau diangkat ke langit keenam, lalu wafat di sana.

Al-Hasan dan selainnya berkata tentang firman-Nya: wa rafa’naaHu makaanan ‘aliyyan (“Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi,”) yaitu surga.


Pengenalan Kenabian Nabi Idris AS.

Idris AS merupakan seorang nabi yang Allah turunkan kepada umat manusia setelah Adam dan Syis. Nama beliau disebutkan di dalam beberapa ayat al-Quran. Ini menunjukkan kewajipan beriman kepadanya. Tidak boleh seorang Muslim yang tidak percaya dengan kenabian Idris AS. Kita orang Melayu juga telah meletakkan nama 'Nabi' bagi Idris supaya menunjukkan kesepakatan atas kenabian beliau.

Di dalan ayat Al Quran di atas, Allah telah nyatakan bahawa Idris adalah seorang Nabi bahkan seorang yang kuat kepercayaan kepada Tuhan.

Idris ialah nabi yang ke-3 selepas Adam dan Syis.

Keturunan

Daripada sudut keturunan, jalur nasab beliau bersambung kepada anak bongsu Nabi Adam iaitu Syis AS.

Nama lain beliau ialah Akhnukh. Munhkin inilah nama sebenar beliau. Manakala Idris ialah gelaran beliau.

Dikatakan perkataan Idris itu adalah isim Musytaq dari kata asal Al-Dirasah (Pengajian). Ia demikian kerana beliau sangat banyak mengkaji dan mempelajari suhuf yang diturunkan kepada Adam dan Syis AS.


Beliau ialah orang yang berasal dari Iraq. Lebih tepat ialah di Babylon. Pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Mesir kurang tepat - yang lebih tepat ialah beliau berdakwah sehingga ke Mesir.

Nabi SAW bersabda sepertimana yang direkodkan di dalam Sahih Ibn Hibban:

يا أبا ذرٍّ أربعةٌ سُريانيُّونَ: آدمُ وشِيثُ وأخنوخُ وهو إدريسُ وهو أوَّلُ مَن خطَّ بالقلمِ ونوحٌ،

Wahai Abu Dzar! Empat orang nabi dari kalangan Suryani iaitu Adam, Syis, Akhnukh iaitu Idris - beliau ialah orang pertama yang menulis dengan pena - dan Nuh.

HR Ibn Hibban: 361

Kenabian

Pada awal umur beliau, beliau beragama dengan ajaran yang fibawa oleh Adam dan juga Syis. Tetapi setelah dia dewasa dan mendapat wahyu, beliau menyampaikan ajaran-ajaran syariat beliau. Disebutkan dalam riwayat Ibn Hibban bahawa beliau mempunyai 30 suhuf.

Aqidah yang dibawa ialah aqidah yang sama - tidak berubah. Beriman kepada Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Allahlah pencipta setiap makhluk. Percaya kepada ketentuan al Qadr dan sebagainya.

Menariknya, di dalam syariat Nabi Idris, tiada larangan untuk mengukir patung manusia sehingga umat pada ketika itu mengukir wajah 5 orang soleh mereka. Umat itu menjadi taksub sehingga seringkali berulang alik kearahnya.

Selepas kematian Nabi Idris, tiada nabi lagi ketika itu - fatrah ini digunakan oleh Iblis untuk menghasut manusia kearah kesesatan. Ia menghasut supaya manusia menyembah patung itu sehingga mereka melakukannya. Tersebarlah kekafiran sejak itu.

Allah berfirman:

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا ﴿٢٣

Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr".

Nuh: 23

Kemahiran

Dikatakan bahawa Nabi Idris mempunyai kemahiran berikut serta mengajarnya kepada umatnya:

(1) Menulis dan membaca
(2) Merancang perjalanan dengan melihat tanda-tanda alam seperti bintang. 
(3) Meneroka ilmu perubatan
(4) Orang pertama yang memberi amaran terhadap ancaman taufan


Dan sebagainya.

Kematian

Nabi Idris hidup selama 1,000 tahun. Beliau menyampaikan ajaran Tuhan dengan penuh jujur dan taat. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah diangkat ke langit keempat.

Setelah itu beliau wafat di dunia. Pendapat yang mengatakan beliau terus hidup di dalam syurga bertegak atas hadis yang sangat-sangat diragui. Manakala pendapat yang menyatakan nyawanya ditarik ketika di langit juga bertegak pada hadis yang tidak kukuh.

Allah berfirman:

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى

Daripada bumi itu kami ciptakan kamu, di sanalah kamu akan dikembalikan serta darinyalah kami akan bangkitkan kamu sekali lagi.


Taha: 55.

Pengajaran

(1) Nabi Idris ialah seorang yang kuat dan tekun menuntut ilmu. Inilah sifat seorang Muslim yang sebenar.

(2) Akidah yang dibawa nabi-nabi adalah sama. Yang berbeza adalah syariat berdasarkan perbezaan interaksi antara umat.