Menerbitkan banyak judul baru dalam keadaan para penerbit buku hampir bungkus merupakan cabaran yang menyiat tubuh saya dan tim.

Ia menagih masa yang banyak serta kecekalan tidak ternilai. Duit poket? Tak pernah cukup untuk keperluan diri - dibelanjakan semaksima untuk perjalanan ini. Alhamdulillah, Puan bos Mimi Zaty teguh menyokong.

Kos penerbitan meningkat, dalam masa sama jiwa yang mahu meneruskan tanggungjawab keagamaan terus bergelora.

Dengan  sokongan awam, kami terus bergerak. Sama ada sokongan daripada sudut sumbangan, pembelian, pengedaran serta idea baharu.

Sejak 2008, saya tahu bahawa inilah 'passion' saya. Daripada penulis blog sehinga menjadi penerbit dan pengedar. Saya tidak pernah berhenti dalam kerjaya ini.

Ini tanggungjawab. Allah akan tanya saya nanti di akhirat.

Ya, banyak yang saya tak tahu. Tetapi Tuan Guru saya tak pernah cemuih mengajar saya - alFadhil alUstaz Gooooogle.

Setiap hari saya berfikir; bagaimana memasarkan buku lama dan baru? Editing dah siap atau belum? Terjemahan berjalan lancar atau penterjemah sudah lari? Kertas cukup tak nak cetak buku baru? Mesin masih larat bekerja? Apa judul baru mahu diterbitkan? Macam mana nak reka cover baru yang segar?

Apapun terjadi, buku baru mesti diterbitkan. Ia mesti ada di pasaran. Kerana ini tanggungjawab komuniti islam untuk menjaga kelangsungan komuniti Islam di tanah kita.

Kami bekerja hampir 24 jam bagi memastikan penghasil buku-buku baru. Demikian juga, kami berusaha memastikan setiap orang yang kami kenal akan mengetahui kewujudan buku-buku agama yang diterbitkan.

Setiap jalan yang dirasakan benar untuk disalurkan buku, nescaya kami akan melaluinya.

"Semoga Allah berikan kepada saya dan juga tim penerbitan dan sokongan kami keberkatan dan kelebihan ganjaran dunia dan akhirat."

Saudara, doa di atas juga untuk anda yang membaca sehingga ke hujung ini!

Semoga Allah tunaikan doa anda serta menjadikan keturunan anda adalah pejuang membela agama dalam pelbagai cara!

AllahummaAmin!

------------

Sekiranya anda mahu berikan sokongan kewangan - Klik link berikut: https://www.billplz.com/SokonganPenerbitan