Berada dalam bidang penulisan dan penerbitan tidak menjanjikan kita kaya dan terkenal. Duit lagi habis, adalah!

Pun begitu.., ia cukup memuaskan hati ;) apabila sentiasa yakin bahawa inilah jalan yang terbaik  membuatkan "nyawa berterusan sekalipun nafas telah berakhir".



Ini kisahnya.

Sejak tahun 2016, saya dan tim berusaha menerbitkan judul baru setiap bulan. Bermula dengan 2 judul, kini kami tetap dengan 4 judul 1 bulan.

Bermula dengan apa yang ada.

- Dengan printer RM 150. Harga dakwat lagi mahal daripada harga printer. 
- Dengan stapler modify untuk lekatkan kulit dan isu. 
- Dengan PELBAGAI KEKURANGAN dan KECACATAN.


Alhamdulillah, kami berkembang sedikit demi sedikit. Tim kerja juga semakin baik.

+ Editor pengurusan dan bahasa adalah orang sama. Dia jugalah admin. Alhamdulillah, belum pernah culas dalam menguruskan penerbitan.

+ Editor syariah, seorang sahaja. Dia jugalah perunding pendidikan dan sering diminta tolong mengambil dan menghantar barang. Alhamdulillah, kerja siap pada masanya. 

+  Freelancer Penterjemah dan Transkriptor sentiasa membantu, terutamanya Fairuz Daud - the best partner!

+ Pekerja cetakan seorang sahaja. Alhamdulillah dibantu beberapa orang lepasan SPM sejak sebulan lepas. Tak menang tangan dek tempahan.

+ Pengurus, designer, sales dan COO - saya seorang.

+ Puan CEO merangkap eksekutif Finance - Puan isteri.

Tim minima tetapi kami maksimakan untuk kerja-kerja masa depan.

Tahun ini, kami merancang masa depan baharu untuk SANTAI ILMU PUBLICATION. Banyak dana diperlukan. Banyak idea mahu dikembangkan.

Jika anda mahu membantu, maklumkanlah. Ada mesin potong berharga RM 6,500 yang terbaik untuk memudahkan kerja memandaikan umat. Ada mesin laminate berharga RM 5,000.

Dana tak pernah cukup, mesin tak pernah lengkap kerana kerja sentiasa berjalan.
Sepatutnya, gaji saya dan Puan CEO ialah RM 4k-10k setiap bulan. Tetapi gaji itu tak pernah diambil. Ia dilabur kembali dalam bisnes. Hanya penyata sahaja yang cantik.

Ya, orang kata - kerja kena ambil gaji. Ambil imbuhan atas kerja keras.

Ya, kami masih berusaha kearah itu. 
Sekarang ini hanya mampu makan elaun sahaja.


Sebenarnya, kerja ini adalah cetusan idea Puan Isteri. Beliau mencadangkannya. Saya menggerakkannya.

Maka, ia menjadi kerja yang cukup membahagiakan. Sekalipun bertekak dan bertengkar adalah perkara biasa ;) Akhirnya, kami berbahagia dengannya.

;) Apabila anda suka dengan kerja anda, ia menjadi kerjaya yang bahagia dan berjaya.
_______
Syihabudin Ahmad,
Sungai Buloh.