Apabila anda menaiki kereta melalui satu jalan dan TERPAKSA berhenti apabila lampu isyarat berwarna MERAH - anda dianggap MEMATUHI undang-undang.

Anda tak dianggap HIPOKRIT sekalipun anda tidak ikhlas berhenti di situ.

Bahkan, pada anggapan anda - atau nafsu anda - anda tak mahu berhenti. Anda mahu terus jalan. Itu barulah diri anda - kononnya -

Apatah lagi tiada orang di kawasan itu!! Anda rasa begitu BODOH apabila berhenti.

Tetapi.., anda BERHENTI juga kerana anda perlu PATUH kepada undang-undang. Anda melakukannya kerana ia patut berlaku seperti itu.

Demikian juga, apabila majikan anda mewajibkan beberapa bentuk dan jenis pakaian untuk ke pejabat. Lalu anda terpaksa MEMATUHInya. Anda akan dianggap pekerja yang PATUH kepada arahan majikan. Anda tidak akan disebut sebagai hipokrit.

Sama juga isunya apabila seorang anak yang begitu nakal dan buas. Tetapi di hadapan IBUBAPA nya, dia senyap dan sopan. Dia dianggap anak yang PATUH. Dia tidak disebut HIPOKRIT.

Demikian jugalah urusan AGAMA.

Kita lakukannya atas ARAHAN Allah. Kerana itu yang dikehendaki Allah. Itu adalah undang-undang Allah. Maka, kita mematuhinya. Barulah kita disebut sebagai manusia yang PATUH kepada arahan Allah.

Kita tak dianggap HIPOKRIT.

Kita doakan semoga Allah berikan kefahaman kepada kita. Saya, dan awak juga.

=)

#santaiilmu #maluapabossku #patuh
___
Syihabudin Ahmad, 
Sg Buloh. Selangor.