Tokoh yang dijanjikan ke Syurga ini bernama Al-Zubair bin al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdu Uzza bin Qusai bin Kilab radhiyallahuanhu.

Menarik apabila kita ketahui nama beliau kerana kita akan dapati perkara berikut:

(1)    Nama bapanya: Al-Awwam bin Khuwailid – beliau adalah saudara lelaki Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah SAW – isteri yang paling dikasihi oleh baginda.
(2)    Nama ibunya: Sofiyyah binti Abdul Mutalib – Ibu saudara Nabi Muhammad.

Siapa pula isteri al-Zubair? Beliau ialah anak Abu Bakar – Asma! Tetapi bukanlah Asma seorang, tetapi beliau berkahwin dengan 3 wanita mulia yang lain.

Didikan Sofiyyah

Sofiyyah mendidik anaknya dengan cara yang agak keras dan tegas agar anaknya menjadi seorang pahlawan yang pintar, gagah dan berani. Mengasah mata panah dan membaiki busur menjadi permainan anaknya sejak kecil. Dia membiasakan anaknya bermain di tempat-tempat yang berbahaya dan menakutkan. Jika dilihat anaknya teragak-agak kerana ketakutan, dia tidak bertolak ansur sedikitpun, malah kadang-kadang beliau memukulnya dengan agak teruk. Apabila bapa saudaranya, Naufal menegur cara didikannya yang keras itu, Sofiyyah menjawab:

“Sesiapa yang berkata aku marah kepadanya (az-zubair), maka sesungguhnya dia telah berdusta. Sesungguhnya aku memukulnya supaya dia menjadi orang yang tangkas, mengalahkan tentera musuh dan membawa pulang harta rampasan!”
Demikianlah ketegasan dan kehebatan ibonda Zubair sehingga kita tidak akan mengetahui adanya satu peperangan yang dihadiri Rasulullah SAW melainkan al-Zubair menjadi perajurit utamanya. Lihatlah bagaimana dia ditugaskan sebagai panglima perang di sebelah kiri Uhud bersama-sama Miqdad bin Aswad yang menentang Khalid al-Walid – The Undefeated Warrior!

Islam dengan Bangga!

Sekitar umur lapan tahun, Al-Zubair sudah memeluk agama Islam. Seorang budak yang cukup cerdas ini mendahului ibunya sendiri yang memeluk Islam selepas dakwah Jahr (Tahun ketiga kenabian). Bahkan, beliau termasuk orang yang mula-mula memeluk Islam. Sebahagian pendapat menyatakan beliau adalah orang yang keempat atau kelima selepas Abu Bakar.

Kecintaannya kepada agama ini bukan main-main. Pernah satu hari – kemungkinan tahun kelima sehingga ketujuh kenabian - beliau mendengar bahawa Rasulullah telah dibunuh. Beliau terus mengangkat pedangnya dan mengelilingi Mekah seperti I`sar (Awan hitam putting beliung), mencari orang yang membunuh Muhammad. Tetapi apabila Rasulullah melihatnya, Rasulullah bertanya;

ما لك يا زبير ؟ قال : سمعت أنك قد قتلت ، قال : فما كنت صانعاً ؟ قال : أردت والله أن أستعرض أهل مكة

Kenapa denganmu wahai Zubair? Beliau menjawab: Aku mendengar berita mengatakan engkau telah dibunuh! Rasulullah bertanya lagi: Jika benar, apa yang kamu akan lakukan? Beliau menjawab: Aku akan bunuh keseluruhan orang Mekah!

Lalu Rasulullah mendoakan kebaikan kepada Al-Zubair serta pedangnya akan memenangi setiap pertempuran.

Demikianlah kecintaan al-Zubair kepada Rasulullah. Membuktikan bahawa inilah sifat para sahabat yang disebutkan oleh Abu Sufyan; “Aku belum pernah melihat orang yang lebih mencintai seseorang yang lain melebihi kecintaan sahabat Muhammad kepada Muhammad!”

Diseksa oleh Bapa Saudara!

Seperti kebanyakkan umat Islam yang lain di Mekah, Al-Zubair juga tidak terlepas daripada seksaan orang Mekah. Sekalipun beliau adalah seorang suku Quraisy, seksaan kepadanya tetap berlaku. Bahkan lebih teruk apabila yang menyeksanya adalah Naufal –pak ciknya!

Mana tidaknya, pak cik yang menegur Sofiyyah apabila Sofiyyah berlaku keras kepada Al-Zubair tetapi bertindak dengan tindakan yang lebih keras!

Al-Zubair digulung di dalam tikar daun, kemudian dinyalakan asap disekelilingnya sehingga membuatnya hampir mati kerana sesak nafas! Pak ciknya berkata:

اكفر برب محمد ، أدرأ عنك العذاب ، فيقول الزبير: " لا أعود للكفر أبداً

Kufurlah terhadap tuhan Muhammad! Nescaya aku akan hindarkan engkau daripada seksaan ini! Lalu Al-Zubair berkata: Tidak, aku tidak akan kembali kepada kekafiran selama-lamanya!

Adakah cinta kita kepada agama ini sudah standing cintanya al-Zubair kepada agamanya? Jika belum, jadikanlah kisahAl-Zubair ini sebagai pegangan dalam setiap kehidupan kita!

Hijrah dan Berkahwin dengan Anak Abu Bakar!

Kita semua tahu, pada blan Rejab tahun kelima kenabian, satu rombongan umat Islam yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita telah berhijrah ke Habasyah buat kali pertama. Mereka keluar daripada Mekah setelah Mekah terlalu berisiko untuk diduduki. Ketua rombongan mereka ialah Usman bin Affan.

Tahukah kita bahawa daripada 12 orang berkenaan, al-Zubair termasuk dalam kalangan mereka? Ketika itu umurnya lebih kurang 12 tahun sahaja!

Apabila mendapat berita sujudnya orang Quraisy setelah mendengar surah al-Najm, sebahagian mereka pulang. Termasuk dalam kalangan mereka ialah al-Zubair. Rupa-rupanya kisah keislaman orang Mekah tidak benar, lalu mereka pulang semula ke Habasyah. Kali ini dengan rombongan yang lebih ramai, 83 lelaki dan 18 atau 19 wanita – ketua mereka ialah Ja`far bin Abu Talib – al-Zubair termasuk dalam kalangan mereka.

Setelah hijrah Nabi ke Madinah, Al-Zubair ke Madinah dan menyertai perang bersama- Rasulullah SAW!

Kecintaan kepada Syahid

Al-Zubair pernah berkata: Aku mendengar bahawa Talhah bin Ubaidillah memberikan nama anak-anaknya dengan nama para nabi. Dia tahu, tidak ada lagi nabi setelah Muhammad. Adapun aku, aku menamakan nama anak-anakku dengan nama para Syuhada’. Moga-moga mereka boleh mengikuti menjadi syahid.

Lalu beliau menamakan anaknya dengan nama berikut:

Nama
Sempena
Kesyahidan



Abdullah
Abdullah bin Jahsy
Perang Uhud
Al-Munzir
Al-Munzir bin Amru
Peristiwa Bi’ru Maunah
Urwah
Urwah bin Masud
Dibunuh oleh kaumnya sendiri di Taif.
Hamzah
Hamzah bin Abdul Mutalib
Perang Uhud,
Ja`far
Ja`far bin Abu Talib
Perang Mu`tah
Mus`ab
Mus`ab bin Umair
Perang Uhud
Ubaidah
Ubaidah bin al-Haris
Perang Badar
Khalid
Khalid bin Saeed
Perang Marju Safar zaman Pemerintahan Abu Bakar
Amru
Amru bin Said bin al-As
Perang Yarmouk

Gelaran Pengikut Setia Rasulullah (Hawary)

Kita tahu bahawa gelaran al-Hawary diberikan kepada pengikut Nabi Isa. Tetapi dalam pengikut Nabi Muhammad juga mempunyai Hawary – siapakah dia jika tidak lain, al-Zubair bin Awwam!

Kisah 1 – Badar

Seorang lelaki bernama Talhah bin Abu Talhah digelar sebagai Kibasy Katibah. Beliau orang yang sangat bengis dan membenci Nabi Muhammad. Dia telah keluar sebagai wwakil Musyrikin pertama mencabar umat Islam.

Dia menaiki untunya dan mencabar umat Islam berlawan. Namun tidak ada yang berani melawannya kerana mereka tahu tahap kehebatan Talhah. Tetapi tidak kepada al-Zubair.

Tanpa memberikan sebarang kesempatan, al-Zubair menghampiri Talhah dan menerkamnya seperti terkaman singa sehingga Talhah jatuh daripada unta. Kedua-duanya berguling sehingga al-Zubair tidak teragak-agak mengelar leher Talhah bin Abu Talhah.
Melihat peristiwa itu, Nabi SAW bersabda:

" إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوَارِيًّا ، وَحَوَارِيِّي الزُّبَيْرُ " [ رواه أحمد ]

Setiap nabi mempunyai Hawari dan Hawary aku ialah Al-Zubair!

Kisah 2 – Perang Bani Quraizhah

Adapun pada perang Khandaq, kondisi kaum muslimin sangat buruk. Bahkan setiap orang diantara mereka tidak bisa masuk ke toilet karena pengepungan yang dilakukan terhadap mereka sangat ketat, sehingga mereka takut terbunuh. Kondisi semakin memburuk ketika kaum Yahudi Bani Quraidhah mengingkari perjanjian mereka dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu mereka membuka peluang lebar bagi kaum musyrikin untuk masuk ke Madinah. Karenanya, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam berseru kepada kaum muslimin, “Siapa yang akan pergi ke Bani Quraidhah untuk memerangi mereka?”

Melihat situasi yang menakutkan ini, tidak ada seorang pun dari kaum muslimin yang mau keluar untuk memerangi mereka. Saat itu Zubair berdiri, lalu berkata, “Akulah yang akan keluar, wahai Rasulullah !”

Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam mengulangi seruannya itu, tetapi tidak ada seorang pun yang mau keluar, kecuali Zubair. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda , “Demi ayah dan ibuku, sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Hawari (pengikut setia) dan Hawariku adalah Zubair.”

Sejak hari itu Zubair pun menjadi hawari (pengikut setia) Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Zubair keluar untuk memerangi Bani Quraidhah. Saat itu Zubair mengetahui bahwa ibunya, Shafiyyah, telah membunuh seorang laki-laki Yahudi yang memata-matai kaum muslimin dari kalangan wanita. Demikianlah, sang anak dan ibunya sama-sama berjuang untuk memberikan pengabdian kepada agama Allah.

Kisah 3 – Perang Yarmouk

Pada perang Yarmuk yang dilakukan guna menaklukan negeri Syam, teriakan Zubair memiliki kekuatan yang sama dengan kekuatan satu rombongan pasukan, hingga musuh-musuh Allah  yang ada di hadapannya pun mengalami kekalahan dan lari terbirit-birit seperti larinya tikus-tikus yang ketakutan.

Kisah 4 – Perang Mesir

Diantara hal baik yang diterima oleh Zubair radhiyallahu ‘anhu adalah bahwa dirinya termasuk ke dalam rombongan pasukan yang di pimpin oleh ‘Amr bin ‘Ash yang datang ke Mesir guna menaklukan negeri tersebut dan memasukkan agama Islam ke dalamnya.

Ketika sampai di depan benteng Babilonia, kaum muslimin berhenti. Usaha mereka guna menjebol benteng yang kokoh ini hampir habis, padahal mereka belum bisa menaklukkannya. Pengepungan terhadap benteng tersebut dilakukan selama berbulan-bulan, hingga Zubair memperlihatkan suatu tindakan yang menarik yang menunjukkan sikap kepahlawanannya.

Zubair berkata kepada kaum mukminin, “Sesungguhnya aku mempersembahkan jiwaku ini untuk Allah. Aku berharap agar Allah menaklukan benteng itu untuk kaum muslimin.”

Zubair meletakkan sebuah tangga ke dinding benteng tersebut, lalu dia naik ke atasnya. Sebelum naik, dia berpesan kepada rekan-rekannya, “Jika kalian mendengar bacaan takbirku, maka bertakbirlah kalian!”

Zubair pun menaiki tangga yang sudah diletakkan di dinding benteng, lalu kaum muslimin pun mengikuti jejaknya. Ketika Zubair mengucapkan takbir, kaum muslimin yang berada di belakangnya juga ikut mengucapkan takbir. Hal ini menyebabkan rasa takut mulai merasuk ke dalam hati pasukan Romawi. Maka mereka pun meninggalkan benteng tersebut. Akhirnya, Zubair radhiyallahu ‘anhu berhasil menaklukan benteng itu seorang diri. Setelah itu, seluruh wilayah Mesir pun berhasil ditaklukan satu per satu.

Kaum muslimin telah mengetahui betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan Zubair. Bahkan salah seorang dari kaum  muslimin pernah berkata, “Sungguh aku telah melihat dada Zubair, dan sungguh pada dadanya itu terdapat goresan-goresan akibat sabetan pedang dan tusukan tombak yang menyerupai aliran-aliran air.”

Orang Kaya yang Meninggalkan Banyak Harta!

Selain seorang tokoh pahlawan, al-Zubair adalah seorang peniaga. Beliau syahid dengan meninggalkan banyak harta. Setelah dibahagian kepada tiga bahagian, hartanya berbaki 1,200,000 Dinar yang dibahagikan kepada waris-warisnya.