Bolehkah Review Buruk Terhadap APP FOODPANDA Tanpa Pernah Guna Khidmatnya?

Jawapan: Tidak boleh. Ia dosa besar yang tidak disedari.

Penjelasan: 

(1) Install app hanya semata-mata untuk berikan review yang tidak bagus, kemudian uninstall semula merupakan contoh akhlak yang tidak baik. Apatah lagi apabila ia dibuat kempen khusus.

Cukup sedih jika ia dilakukan oleh umat Islam yang telah dididik dengan akhlak mulia dan kejujuran sejak kecil.

(2) Sepatutnya review app hanya diberikan oleh pengguna sahaja. Jika pengguna tidak berpuas hati, maka sila review sejujurnya. Kita perlu sedar, selain kita sedang menulis review - malaikat juga sedang menulis review tentang perbuatan kita.

(3) Kita dilarang memberikan penyaksian palsu. Memberikan review yang palsu, adalah termasuk perbuatan keji dan berdosa besar. 

Nabi bersabda: 

لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا شَاهِدِ الزُّوْرِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى تَجِبَ لَهُ النَّارُ.

“Tidak akan bergeser kedua-dua kaki seseorang yang memberi kesaksian palsu pada Hari Kiamat, sehingga dipastikan neraka baginya.”

(Hadis Sahih riwayat Al-Hakim dan dipersetuji Al-Zahabi)

(4) Kezaliman seseorang atau satu organisasi kepada seseorang yang lain tidak boleh dibalas sama. Kita diajar untuk berlaku adil dalam semua perkara. 

Di dalam Islam tiada istilah "Zalim dibalas Zalim". Kerana kita tahu bahawa kezaliman adalah sifat syaitan yang akan membawa ke neraka. 

WallahuAlam.
Allah lebih tahu.

-----
Syihabudin Ahmad,
www.ustazusa.com

#sayangimalaysiaku #sebarkebenaran