Alhamdulillahirabbil alamin, Selawat dan salam ke atas Nabi al-Amin. Waba`d,

Allah telah memerintahkan kita untuk memperbanyakkan zikir kepada-Nya. Oleh itu, Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim: 

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا} [الأحزاب: 41]

Wahai Orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak.

(Surah al-Ahzab: 41)

Dimaksudkan dengan zikir kepada Allah pada ayat ini ialah: Tahlil, Tahmid dan Takbir - serta apa jua ucapan dan perbuatan yang diredai oleh Allah. Ia boleh juga difahami; "Wahai orng yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman, perbanyakkanlah cara mendekatkan diri kepada Allah dengan apa yang disukai oleh-Nya pada setiap waktu dan keadaan". Sesungguhnya zikir kepada Allah adalah ubat dan penawar bagi jiwa. Ia akan membawa kepada kebaikan dan penyembuh kepada tubuh badan. Dengan berzikir kepada Allah, jantung hati akan menjadi tenang serta dada boleh menjadi lapang.

Adapun yang dimaksudkan dengan "berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak" ialah: setiap orang yang benar-benar beriman akan menjadikan zikir kepada Allah sebagai satu syiar, sehingga dia bersungguh-sungguh di dalam mengerjakannya. 

Antara hadis yang menggalakkan memperbanyakkan zikir kepada Allah ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Darda': Katanya, Rasulullah pernah bersabda: 

«ألا أنبئكم بخير أعمالكم، وأزكاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إعطاء الذهب والورق أي: الفضة، وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم، ويضربوا أعناقكم» قالوا: وما هو يا رسول الله؟ قال: «ذكر الله_ عز وجل_»

Mahukah kamu jika aku beritahu tentang amalan yang paling baik, yang paling suci di sisi Raja kamu, yang paling tinggi darjatnya, bahkan lebih baik daripada pemberian emas dan perak! Ia juga lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh lalu mereka menebas tengkuk kamu dan kamu menebas tengkuk mereka? - para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Zikir kepada Allah.

[Rujuk Tafsir al-Wasit oleh al-Tantawy]

Umat Islam disuruh untuk menggunakan pelbagai cara yang membantu dalam berzikir kepada Allah kerana kaedah:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Sesuatu yang wajib, apabila ia tidak dapat disempurnakan dengan sesuatu, maka sesuatu itu juga menjadi wajib. 

Demikianlah keadaaan alat tasbih yang merupakan cara yang digunakan pada zaman sekarang ini. Tidak ada sedikitpun unsur bidaah padanya. Apatahlagi para ulama telah menjelaskan bahawa; wasail (kaedah yang digunakan) adalah mengikut hukum al-Ghayah (tujuan). Alat tasbih adalah wasilah manakala Ghayahnya adalah menggunakannya dengan tujuan berzikir kepada Allah. Maka ia mengambil hukum zikir pada perkara ini. 

Alat tasbih yang wujud pada hari ini tidaklah pernah wujud seumpamanya pada zaman Nabi. Tetapi alat yang seumpamanya yang digunakan dengan tujuan bertasbih telah ada pada zaman itu. 

Daripada Safiyyah binti Huyaiy, katanya: 

دَخَلَ عَلَيَّ -رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم- وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلَافِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقُلْتُ: لَقَدْ سَبَّحْتُ بِهَذِهِ، فَقَالَ: «أَلَا أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ» فَقُلْتُ: بَلَى عَلِّمْنِي، فَقَالَ: «قُولِي: سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ».[ أخرجه الترمذي]

Rasulullah masuk bertemuku. Ketika itu ada 4,000 biji kurma yang aku bertasbih dengannya. Aku mengatakan: [ini biji kurma yang] aku bertasbih dengannya". Baginda s.a.w bersabda, "Mahukah kamu jika aku ajarkan sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang engkau tasbihkan dengannya?: Aku berkata: Bahkan aku mahu, ajarilah aku. Lantas Rasulullah bersabda: Sebutlah: Subhanallah Adada Khalqihi.

[Direkodkan oleh Al-Tirmizi]

Pengajaran daripada hadis ini ialah; Nabi SAW tidak melarang Safiyyah bertasbih dengan biji-biji kurma berkenaan. Oleh itu, menjadi haruslah kepada sesiapa sahaja umat Islam yang menggunakan sesuatu yang boleh membantunya berzikir kepada Allah. Justeru itu, penggunaan alat tasbih ketika berzikir adalah harus dan tiada yang melarangnya. WallahuAlam.

#FatwaOnline #FatwaAzhar #EhnaAzhary

--------------
Diterjemahkan oleh: Tim Al-Azhar Al-Syarif Bahasa Malaysia​
-------------

Teks asal: 

____ حكم استخدام المسبحة في ذكر الله سبحانه ____

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على النبي الأمين، وبعد...

فقد أمرنا الله -سبحانه وتعالى- بكثرة ذكره؛ فقال في القرآن الكريم: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا} [الأحزاب: 41].

والمقصود بذكر الله -تعالى- في قوله: {يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً} ما يشمل على التهليل والتحميد والتكبير، وغير ذلك من الأقوال والأفعال التي ترضيه -عز وجل-.

أي: يا من آمنتم بالله حق الإيمان، أكثروا من التقرب إليه -تعالى- بما يرضيه، في كل أوقاتكم وأحوالكم؛ فإن ذكر الله -تعالى- هو طب النفوس ودواؤها، وهو عافية الأبدان وشفاؤها، به تطمئن القلوب، وتنشرح الصدور.

والتعبير بقوله: {اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً} يشعر بأن من شأن المؤمن الصادق في إيمانه، أن يواظب على هذه الطاعة مواظبة تامة.

ومن الأحاديث التي وردت في الحض على الإكثار من ذكر الله، ما رواه الإمام أحمد عن أبى الدرداء -رضى الله عنه- قال: قال رسول الله -صلّى الله عليه وسلم-: «ألا أنبئكم بخير أعمالكم، وأزكاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إعطاء الذهب والورق أي: الفضة، وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم، ويضربوا أعناقكم» قالوا: وما هو يا رسول الله؟ قال: «ذكر الله_ عز وجل_». [التفسير الوسيط لطنطاوي (11/ 219)]

والمسلم مأمور بأن يتبع شتى الطرق التي تُعينه على ذكر الله -عز وجل-؛ لأن ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب، والمسبحة من الأمور التي استحسنها المسلمون في زماننا المعاصر ولا يوجد فيها شيء من البدعة؛ لأن الفقهاء بيّنوا أن الوسائل تأخذ حكم الغايات، والمسبحة وسيلة.
والغاية من استعمالها هي ذكر الله تعالى؛ فتأخذ حكم الذكر في هذه الحالة.

والمسبحة بهذا الشكل الموجود الآن في زماننا المعاصر لم تكن موجودة بهيئتها في زمن النبي -صلى الله عليه وسلم-، وإنما ورد ما يشبهها على حسب ما تعارف عليه الناس في زمانهم؛ فعن صَفِيَّةَ بنت حيي -رضي الله عنها- قالت: دَخَلَ عَلَيَّ -رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم- وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلَافِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقُلْتُ: لَقَدْ سَبَّحْتُ بِهَذِهِ، فَقَالَ: «أَلَا أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ» فَقُلْتُ: بَلَى عَلِّمْنِي، فَقَالَ: «قُولِي: سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ».[ أخرجه الترمذي]

ويستفاد من هذا الحديث أن النبي -صلى الله عليه وسلم- لم يُنكر على السيدة صفية ما فعلته من جمعها للنوى وتسبيحها به، فدل هذا على جواز اتخاذ كل ما من شأنه أن يُعين المسلم على ذكر الله -تعالى-.

وبناءً على ذلك: فاستخدام المسبحة في ذكر الله تعالى من الأمور الجائزة شرعًا، ولا يوجد ما يمنع من استخدامها.. والله -تعالى- أعلم.

#الفتاوى_الإلكترونية