Suami mempunyai hak dan kewajipan untuk ditaati oleh isterinya. Nabi SAW bersabda: 

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ

“Wanita mana saja yang meninggal dunia lantas suaminya ridha padanya, maka ia akan masuk surga.” 

(HR. Tirmidzi no. 1161 dan Ibnu Majah no. 1854. Abu Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan gharib. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Yaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci” 

(HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2: 251. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Daripada Anas r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. 

[HR: Ahmad]

Seorang wanita hendaklah mentaati suaminya dalam perkara yang diharuskan seperti membasuh, memasak dan sebagainya. Demikian juga dia wajib untuk mentaati perintah suaminya apabila melibatkan perbuatan Fardhu seperti memakai tudung, meninggalkan perkara haram seperti mencukur alis, bersolek dengan melampau, berpakaian tidak sopan dan sebagainya. 

Tetapi dia tidak boleh untuk mentaati perintah suaminya yang menyuruh melakukan maksiat kerana tiada ketaatan kepada makhluk apabila melibatkan penderhakaan kepada Pencipta.

Pengertian Nusyuz:


  • Al-Hanafiyyah: Isteri keluar rumah suaminya tanpa hak. 
  • Al-Malikiyyah, al-Syafiiyyah dan al-Hanabilah: Isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.

Antara perkara yang melibatkan nusyuz ialah: 

  1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
  2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
  3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Apakah Hukum Nusyuz?

Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar. Dakwaan bahawa seseorang isteri itu telah nusyuz adalah dengan si suami mengemukakan terlebih dahulu tuntutan sabitan nusyuz di Mahkamah Syariah. Setelah itu, di dalam prosiding perbicaraan, suami hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh terhadap dakwaan yang dibuatnya terhadap isteri. Hakim Syarie adalah orang yang kompeten untuk memutuskan sama ada telah berlaku perbuatan nusyuz tersebut atau sebaliknya seterusnya mensabitkan seseorang isteri itu telah nusyuz. Hak seseorang isteri tidak sesekali gugur sehinggalah sabitan nusyuz diputuskan di Mahkamah Syariah.



Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah. Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz. Maka, urusan nusyuz adalah urusan yang serius dan hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Maka seorang lelaki yang mahu mendakwa isterinya sebagai nusyuz hendaklah terus berurusan dengan mahkamah. Dalam tempoh berkenaan, urusan suami isteri adalh seperti biasa. 

Dalil daripada al-Quran dan Al-Sunnah

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.” 

(an-Nisa: 34)

Nabi ﷺbersabda,

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَم تَأتِ فَبَاتَ غَضبَانَ عَلَيهَا لَعَنَتهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصبِحَ

“Apabila seorang lelaki memanggil isterinya ke tempat tidur, lalu isterinya itu tidak datang, lalu suaminya itu tidur dalam keadaan marah kepadanya, maka para malaikat melaknatnya hingga pagi hari.” Muttafaq ‘alaih.

Ini Peringatan untuk Wanita Muslimah

Apabila kita telah nyatakan dengan jelas hokum dan hujahan hadis serta ayat al-Quran, kita yakin dan sedar bahawa semua peringatan ini adalah untuk wanita Muslimah solehah dan lelaki yang soleh. 

Sekiranya disandarkan situasi ini kepada lelaki yang tidak soleh dan berilmu, maka mereka dengan sewenang-wenangnya mendakwa isterinya nusyuz dengan alasan mahu memukul dan menampar wajah isterinya. Sedangkan kita tahu bahawa pukulan tidak boleh sehingga melukakan, bahkan tamparan ke muka adalah dilarang. 

Apatahlagi, sepatutnya pensabitan nusyuz bukanlah menjadi hak suami, tetapi ia menjadi hak mahkamah. 

Demikianpula seorang isteri yang Fajirah – yang suka melakukan maksiat. Peringatan dosa nusyuz tidak akan memberi kesan sedikitpun dalam kehidupannya kerana itu adalah kehidupannya. Nasihat suami tidak akan diendahkan, bahkan jika suami mengasingkan diri sehingga tidak mahu tidur sekatil dengannya pun lebih dia sukai. Apatah lagi, pukulan suami boleh menjadi alasan kepadanya untuk memburuk-burukkan suaminya. 

Kesimpulan ringkas di sini ialah: 

  1. Pensabitan nusyuz bukan hak suami tetapi mahkamah
  2. Urutan nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan yang tidak mencederakan hanya bermanfaat kepada wanita Muslimah. 
  3. Wanita yang mahu memperbaiki urusan akhiratnya pasti bimbang dengan “Nusyuz” kerana ia termasuk dosa besar dan boleh membawa ke neraka. Sedangkan, itu adalah kerisauannya. 
  4. Setelah wanita yang ter”Nusyuz” bertaubat, maka lelaki dilarang mengungkit-ungkit kembali urusan itu.