Seorang sahabat FB saya menyindir, katanya: 

"Minta orang infaq beli mesin, sepatutnya buku yang dicetak diberikan secara percuma saja."

Jujur, saya terkilan dengan kenyataan ini. Saya tak mahu menjawab. Tetapi kata-kata ini sangat menyinggung hati. Saya tak henti-henti memikirkannya. 

Jadi, saya ambil keputusan untuk menulis di sini. 

Sahabat, 

1- Infaq mesin cetak adalah bertujuan memudahkan proses mencetak buku. Alhamdulillah, saya berjaya mengumpul infaq hasil sokongan sahabat-sahabat di facebook untuk membeli beberapa mesin cetak. 

Seperti kerajaan yang memberikan mesin kepada para peniaga bagi memudahkan urusan kerja mereka. 

2- Saya tidak meminta infaq untuk proses mencetak kerana ia dibayar oleh pelanggan. 

- Kertas 
- Laminating plastic
- Artcard
- Perfect binding glue
- toner
- dan pelbagai perkakas buku yang lain. 

3. Setiap hari, saya mendoakan orang yang infaqkan mesin ini. Sama ada saya kenal ataupun tidak. Mereka telah memudahkan urusan saya memandaikan umat dengan ilmu. Saya sangat terhutang budi kepada para penginfaq. Saya akan ingat sampai mati.

Saya hampir-hampir melupakan tidur pada waktu malam kerana mahu untuk terus memastikan penerbitan dan percetakan buku berjalan lancar. 

Kerana pada pemberi infaq telah berharap kepada saya. 

4. Tanyalah isteri saya atau tim penerbitan saya. Betapa gembiranya saya apabila mesin rosak dapat diganti baru. Buku-buku dapat dicetak semula. 

Saya sangat gembira. Kerana hanya inilah jalan yang saya mampu buat untuk mengambil manfaat di akhirat nanti. 

Bahkan, saya mahu mati dalam berkhidmat atas jalan ini. 

5. Saya membuat kempen infaq ketika ekonomi sangat susut. Bayangkan, mesin rosak tetapi ada tempahan buku beberapa buah. Tapi, duit poket untuk makan minum sendiri dan anak bini juga masih menjadi kerisauan besar. 

Alhamdulillah, pemberi infaq telah memudahkan urusan saya. Sangat-sangat memudahkan. 

Akhirnya buku dapat dicetak. Dan kini, alhamdulillah - semuanya berjalan semakin lancar. 

6. Secara peribadi, sahabat yang komen itu saya anggap sebagai sahabat yang dekat. Sekalipun hanya di dunia Facebook. 

Beliau sering komen di facebook saya sebelum ini. Banyak kali juga mendoakan saya.   

Tetapi, saya berkecil hati apabila dapat tahu beliau menyindir saya ketika sedang orang lain bercakap buruk tentang saya. 

Beliau ikuti saya sejak sekian lama. Tetapi masih mahu bercakap buruk di belakang saya. Jujur, saya sangat berkecil hati. 

Tetapi... Saya memujuk hati supaya sentiasa bersangka baik kepada sesama muslim. Apatah lagi dengan orang yang banyak kesamaan fikrah dengan saya. 

Mungkin beliau sekadar melawak. 

Tetapi itulah... Hati manusia ini tersangat cepat terkesan. InsyaAllah saya akan terus sentiasa berusaha memadam kesilapan ini. 

7. Alhamdulillah, setelah semua mesin cetak yang diinfaq rosak, akhirnya saya berjaya mendapatkan mesin cetak berharga RM 140k. Mesin ini menggunakan sistem sewa beli tanpa infaq. 

Sekalipun ia tidak mengambil dana infaq, tapi saya berharap - setiap khidmatnya, para penginfaq sebelum ini akan mendapat ganjaran. Kerana ia tidak akan wujud melainkan telah wujud infaq sebelumnya. 

Alhamdulillah cutter machine, laminating machine dan hard cover machine hasil infaq masih gah berkhidmat.

Mesin-mesin ini akan terus digunakan untuk cetakan terjemahan Sahih al Bukhari pada awal Disember ini. 

8. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan. Semoga Allah memudahkan urusan anda. Saya sangat berterima kasih. 

9. Mohon anda terus mendoakan kebaikan saya, sahabat. 

----
Syihabudin Ahmad. 
Si Tukang Cetak.