Apabila ditanya, "Awak terbitkan buku untuk siapa?"

Saya akan menjawab; 
"Untuk penuntut ilmu yang bukan ustaz-ustaz." 

Eh, kenapa pula? 
Sebab - ustaz-ustaz tak perlukan buku saya. Mereka perlukan kitab asal berbahasa Arab. Ia adalah bahasa asal dan lebih tepat.

Oleh itu, apabila bisnes kaunselor saya dengar, dia betulkan beberapa perkara penting dalam fokus menyampaikan ilmu kepada orang awam. 

----
Antara perkara penting katanya, "Buku-buku agama ini sangat berat untuk difahami orang awam. Jadi Tuan kena buat buku yang memudahkan mereka."
----

Oleh itu, saya telah uruskan beberapa plan untuk memudahkan orang awam dalam mengambil manfaat daripada buku Sahih al-Bukhari yang bakal dicetak minggu depan. 

Ya, mungkin kualiti terjemahan kami dan tim tidak sehebat ustaz-ustaz lain. Tapi kami berusaha sehabis mungkin atas kemampuan kami untuk memudahkan umat. 

Dan, kami sangat suka jika ustaz-ustaz yang pandai terjemah untuk memulakan terjemahan jika mereka rasakan terjemahan kami tidak bagus. 

Jika tidak ada orang mahu terbitkan, 
kami akan terbitkan. Kami mahu ambil bahagian.

Kerja kami boleh menjadi rangsangan kepada penterjemah lain untuk menunjukkan karya yang lebih baik. 

Sahabat,

Pendirian kami ialah: Kesilapan akan sentiasa berlaku. Kadangkala kesilapan kecil, kadangkala kesilapan besar. Tetapi kita jalan dulu. Kita usaha sungguh-sungguh mengurangkan kesilapan semampu yang boleh. Setelah terbit, pasti akan ada banyak silap lagi. Kita betulkan lagi setelah itu. 

Jika nak tunggu sempurna, 
tiada 1 buku pun akan diterbitkan. 

Anda pernah membaca buku yang mengkritik nahu saraf Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari! Demikian juga kritikan terhadap nahu saraf Imam Al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim! Padahal mereka itu tokoh hebat yang bertaraf mujtahid. Ilmu bahasa Arab, celah gigi sahaja.

Sahabat,

Saya percaya, kesilapan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Lebih banyak kita buat kerja, lebih banyak kesilapan yang akan dapat dilihat. Tetapi berpendirianlah untuk sentiasa mengurangkan kesilapan!

Alhamdulillah, saya ada kemampuan untuk membetulkan kesilapan dengan pantas hasil bantuan dan sokongan sahabat-sahabat FB. Ya, mesin cetak sendiri. 

Hari ini awak kata terjemahan saya salah,
Hari ini awak tunjukkan tempat yang salah, 
Hari ini saya semak, 
Hari ini saya cetak yang baru. 

---
Syihabudin Ahmad, 
Si Tukang Cetak Buku