Apabila mendengar berita kewafatan Syaikh Soleh al-Luhaidan, saya terus teringat buku “Ajaran Salah dalam Tarekat” tulisan Syaikh Ihsan Ilahi Zahir.
Syaikh Ihsan syahid kerana dibom ketika beliau sedang berceramah.
Dalam buku “Ajaran Salah dalam Tarekat” ini, Syaikh Soleh Muhammad Luhaidan menyebutkan bahawa beliau banyak menasihati Syaikh Ihsan supaya banyak berwaspada dalam ucapan dan tindakan kerana beliau banyak musuh.
Tetapi Syaikh Ihsan mempunyai warak yang sangat tegas dalam kebenaran sehingga dia mahu membenamkan kejahatan sedalam-dalamnya.
Demikianlah kisah ringkas antara 2 sahabat. Kedua-duanya telah meninggalkan dunia ini. Lalu, kita yang hidup perlu berfikir - apa pula peranan kita sebelum mengikuti jejak mereka berdua.
——
Syihabudin Ahmad.