Bismillah, hari ini, Allah S.W.T telah memberikan ana sedikit peluang lagi untuk ana menulis, sebenarnya, diri ini tidaklah bergembira dengan tulisan ini, kerana diri ini merasakan belum cukup ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini, namun, atas desakan permasalahan yang berlaku, ana menulis juga,, secara jujurnya, tulisan ini bukan atas alasan peribadi melainkan atas tujuan mengeratkan ikatan silaturrahmi, antara seesama muslim,

Hari ini, blog ana dikunjungi dengan seorang yang mengenalkan dirinya dengan nama AKHI, beliau menegur ana dalam beberapa hal dan keadaan , mulanya, hati ini rasa begitu geram dengannya kerana, mungkin dia telah salah faham dengan blog yang ana tulis, namun, ana cuba buangkan perasaan ego itu, dan ana baca semula bait-bait tulisannya.. setelah meneliti satu persatu barulah ana Berjaya memahaminya,
Ana faham bahawa Akhi ingin membetulkan pemahaman ana dan menjaga diri ana dari terus menerus menyampaikan kesilapan kepada orang lain,

Mula-mula Akhi tegur ana tentang label yang ana letakkan sebelum ini, dengan “pendokong fahaman imam abdul wahab”.. beliau menyatakan bahawa, mana ada imam abdul wahab, imam Muhammad bin abdul wahab adalah….

Tersenyum ana seketika, kerana ana sendiri tidak perasan dengan kesilapan ana itu, walaupun ana sememangnya tahu bahawa imam abdul wahab itu adalah ayah kepada imam Muhammad bin abdul wahab dan merupakan Qadhi wilayah Najd pada satu ketika. Sesungguhnya akhi, ana amat tertarik dengan imam Muhammad bin Abdul Wahab kerana beliau Berjaya menghapuskan khurafat, syirik dan bidaah sehingga suasana dikotanya berada dalam keadaan aman dan damai.Beliau juga amat mengagumi imam Ibn Taimiyyah sehingga dia dianggap sebagai salinan dari imam ibn taimiyyah. .. terima kasih atas peringatan itu,

Dan yang kedua, Akhi memberi sebuah persoalan, adakah ana pasti bahawa Dr Asri, Dr Juanda berfahaman wahabi… ana menjawab bahawa, wahabi adalah sebuah gologan ahli sunnah yang menentang penyelewengan aqidah dan menerapkan sunnah dalam kehidupan, bagi ana, ( ana harap ana betul ) Dr Asri dan Dr Juanda adalah 2 orang yang menjadikan Aqidah sebagai agenda utama dan penerapan sunnah yang mulia, dan mereka juga menerapkan fahaman yang sama seperti imam Muhammad bin Abdul Wahab, sehinggakan ana melihat, Dr Asri banyak persamaan dirinya dengan imam Abdul Wahab. Jujurnya, bila Akhi menegur ana, ana membaca semula kenyataan Dr Asri dan ana dapati,, Dr Asri tidak bersetuju jika dia dituduh wahabi, sila rujuk –jangan mudah menuduh orang wahabi-. Namun, bagi ana, wahabi adalah sebuah pergerakan islah yang murni, Wahabi bukanlah sepertimana yang dicanangkan orang ramai, Wahabi tidaklah jahat sepertimana yang dicanang orang ramai, dan wahabi tidaklah pula menjadi agen perosak dalam masyarakat. Maafkan ana melebelkan Dr Asri sedemikian, tujuan ana adalah, jika ada orang yang ingin mendapat penjelasan jelas tentang wahabi, mereka boleh merujuk Dr Asri dan Dr Juanda Jaya, kerena mereka ini akan menjelaskan dengan jujur siapakah Wahabi dan Imam Abdul Wahab, Manakala Label Ahbasy tidak ana tukar kerana sememangnya mereka berpegangan sedemikian.

Setelah mmbuat sedikit pengkajian, ana dapati, Dr Juanda, Dr Asri dan sahabat-sahabat mereka layak digelar dengan golongan Tajdid,golongan perubahan kerana mereka inilah yang meluaskan pemikiran masyarakat yang jumud tatkala ini, mengerakkan pemuda selaras dengan tuntutan syara` dan berniat mewujudkan suasana sepertimana yang berlaku pada zaman Generasi Al-Quran yang Unik .

Ada pula kenyataan akhi Yang ketiga, beliau bertanya, adakah ana tahu apakah itu ahbasy? Sebenarnya.. ana pernah berguru dengan seorang ustaz yang belajar sendiri dengan Hassan saqqaf, iaitu anak murid utama Abdullah al-harari, ustaz ana kata, hari pertama pergi ke kuliah Hassan Saqqaf, Hassan Saqqaf telah membuka sebuah buka yang bertajuk, “ al-butlan fil fatawil qardhawi” dan itu menjadi hari pertama dan hari terakhir buatnya ke kuliah tersebut, dan ana juga meneliti kenyataan Dr Wahbah Az-Zuhaili berkeaan ahbasyi ini, beliau menyatakan bahawa. Ahbasy adalah firqah yang sesat lagi menyesatkan dan menabur fitnah terhadap ulama`… ana juga mengetahui bahawa ahbasy mengkafirkan imam ibn Taimiyyah, ibn Qayyim , Dr Yusuf Qardhawi dan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya . Sebenarnya, ana juga tergolong dalam golongan yang menentang fahaman ini, akan tetapi ana tidak mahu menyempitkan fahaman umat islam, maka, ana adakan link Pendokong ahbasy, untuk umat islam menilai sendiri. Pada ana, jika kita waras, kita akan menolak secara mentah-mentah teori palsu ahbasy ini yang penuh dengan fitnah dan kata-kata yang kesat terhadap sesame muslim . Namun, ana mengasihi mereka, ana kasih dengan orang ahbasy ini ana sayangkan mereka. Kerana mereka mendakwa mereka juga saudara ana, maka ana ingin mengikat ikatan dengan mereka. Mungkin mreka tersilap dalam bertaqlid, oleh itu, bukan tugas kita mengutuk mengeji mereka, tugas kita ialah, mengumpulkan mereka dan menjelaskan kepada mereka dengan feqah yang terbuka.. semoga mereka memahami kita,mereka faham sepertimana kita faham, dan kita tidak lagi bermusuhan kerana kita tidak perlu bermusuh dengan saudara kita, kita hanya perlu bermusuh dengan yahudi laknatullah itu! Yang menghancurkan kehidupan umat islam dan persaudaraan islam!

Pada pendapat ana, pada masa ini, bukanlah masa kita mencari yang betul atau silap akan tetapi, kita perlu menggerakkan pemuda kearah kebangkitan muslim Sejati! Sesungguhnya,ana melihat sebuah bayangan yang murni di Jiwa Akhi, ana mengarapkan agar Akhi dan pemuda lainnya dapat bersama-sama kita mendaulatkan Deen Allah ini. Kita perlu ingat bahawa, Masyarakat sekarang sudah jemu dengan pertelingkahan Ulama`. Masyarakat sekarang perlu dididik bukan diajar. Masyarakat sekarang tidak memahami Islam dengan Jelas, maka, tugas kita untuk memahamkan masyarakat.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, marilah sama-sama kita kembali kepada ayat Allah “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)

Wallahu `alam.