Bismillahirrahmanirrahim..

Setinggi-tinggi kesyukuran hanya sanya saya dambakan kepada Allah. S.W.T yang memberikan diriku dan diri kita semua kenikmatan hidup sebagai seorang islam dan seorang pemuda yang akan menjadi tonggak kejayaan islam suatau hari nanti
( insya Allah ). Sabda Rasulullah S.A.W :



“Ketika Allah mengutusku untuk menyampaikan deen hikmah ini, kaum mudalah pertama-tama menyambut saya sedangkan kaum tua menentangnya”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Hari ini ( 25 september 2009 ) kita dikejutkan dengan kematian mantan menteri besar Pahang, sebagai seorang muslim dan seorang pemuda pemudi islam, kita mestilah mampu menerima kematian ini sebagai sebuah pengajaran bahawa setiap yang bernyawa itu akan menghadapi kematian, sebagai mana yang telah dijanjikan oleh Allah Azza Wa Jalla :

Kematian itu dating tanpa seorangpun yang dapat menjangkakan kehadirannya, ia hanya menjadi rahsia Allah semata-mata .Sebagai sebuah perkongsian, satu ketika dahulu , semasa saya masih seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) saya mempunyai seorang sahabat yang berpenyakit asma yang sangat kronik. 2 bulan 11 hari bersama beliau, amatlah bermakna dalam kehidupan saya, kami tinggal dalam dorm yang sama, kumpulan yang sama, ke dewan makan juga bersama, namun, bila penyakit beliau datang, tidak ada apa-apa pun yang mampu ana buat melainkan berdoa agar dia disembuhkan. Kami semua di dalam kem menjangkakan beliau akan meniggal dunia atas alasan penyakit yang di alami , namun, jangkaan kami tidak tepat, sebulan selepas berakhir program tersebut, saya dikejutkan dengan berita kematian sahabat saya…. Dia mati akibat accident langgar dengan lembu.

Tidakkah kita sedar bahawa, kehidupan dan kematian kita telah ditentukan oleh Allah S.W.T, maka, apakah resolusi kita sebagai seorang hamba dan seorang muslim mukmin?
Sebagai contoh, sewaktu kita mengetahui hari untuk kita menempuh peperiksaan , kita aka bersedia dengan bermacam-macam persediaan seperti kelas tuisyen, buku rujukan dan sebagainya, kerana apa kita membuat persediaan-persediaan ini? Kerana kita mahu Berjaya tatkala peperikaan menjelang.

Demekian jugalah sebagai seorang hamba, kita perlu menyediakan amal ibadah , sedeqah jariah, dan sebagai nya untuk menghadapi sebuah hari peperiksaan ( ujian ) iaitu hari kematian,
Sebagai seorang muslim mukmin pula, kita hendaklah melakukan segala perbuatan dan kelakuan yang bertunjangkan iman dan ibadah kepada Allah, ini adalah kerana, seorang muslim mukmin tidaklah sama dengan manusia-manusia lain, mereka mempunyai perbezaan dalam pelbagai segi. Apabila bercakap, mereka berbeza dalam topik perbualan, apabila berjalan, mereka berbeza arah perjanan mereka dengan orang lain. Ini membuktikan , seorang muslim mukmin berbeza dengan orang lain kerana bagi mereka , seluruh kehidupan mereka telah diabadikan kepada Allah Azza Wa Jalla.

Sahabat-sahabat sekalian ,

Rasulullah S.A.W bersabda :

‘Pejuang adalah orang yang berjuang melawan jiwanya (hawa nafsunya) dalam rangka mentaati Allah’

Sebagai sebuah perkongsian, hari ini saya merasakan begitu sedih apabila cermin mata yang telah saya pakai selama ini telah patah akibat dipijak oleh adik kesayangan saya, sebenarnya bukan kehilangan cermin mata itu yang merisaukan saya, namun yang lebih merisaukan saya adalah.. bagaimana saya mahu membeli cermin mata yang lain dalam kegatan kewangan yang saya alami sekarang..

Saya percaya.. ini adalah ujian yang Allah berikan kepada saya, supaya saya kuat menempuh mehnah perjuangan.. mungkin hari ini saya hanya kehilangan cermin mata yang sentiasa disisi saya.. mungkin satu hari nanti saya akan kehilangan sahabat-sahabt perjuangan yang juga berada di sisi saya, saya mengambil poitif peristiwa hari ini sebagai sebuah pengajaran untuk lebih menghargai setiap kurniaan yang Allah berikan kepada saya…

Wallahu `Alam.