IMG_7697 Dalam melalui Usia-usia sebagai seorang manusia yang bergelar Daie/Fasilitator Allah S.W.T . kita sentiasa terikat dengan sebuah ikatan yang sungguh murni, tiada ikatan yang lebih murni dari ikatan itu. Ikatan yang menghubungkan Pencipta ( خالق ) dan yang dicipta ( مخلوق ) . ikatan yang memberikan kemuliaan kepada seseorang manusia. Sesungguhnya, jika ikatan ini hilang bahkan tiada dalam dalam dada seseorang mukmin maka seluruh amalannya lansung tidak berfaedah disisis Allah Azza Wa Jalla Mahupun disisi manusia dia dilihat sebagai seorang yang mempunyai jasa besar kepada masyarakat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ( إن شاء الله ) ,

Ramai orang mampu berbicara akan tajuk rabbaniyyah namun , sejauh manakah keimanan mereka dalam menghayati hakikat sebenar makna Rabbaniyyah. Rabbaniyyah adalah ( 1 ) sebuah tahap ketaatan dan kepatuhan yang menyeluruh ( total ) terhadap perintah Allah ( 2 )serta dilandaskan dengan landasan sunnah Rasulullah S.A.W ( syara` ) berserta ( 3 ) niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

Rabbaniyyah tidak berlaku dalam sesuatu keadaan tertentu sahaja, bahkan ianya berlaku dalam segala gerak-geri dan tingkah laku manusia. Ini jelas sepertimana yang disebutkan dalam surah Al-An`am yang juga selalu kita bacakan didalam permulaan solat kita :

قل إن الصلاتي و نسكي و محياي و مماتي لله رب العالمين

162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sahabat – sahabat perjuangan sekalian,

Ramai manusia yang masih lagi tidak sedar akan hakikat kehidupannya adalah untuk sentiasa mentaati Allah S.W.T, mereka masih tidak merasa terikat dengan ikatan penghambaan diri kepada Allah Taala. Seorang pelajar tidak merasa perlu untuk belajar dan berkekalan dalam kemalasannya kerana tidak merasai keperluan kepada Matlamat Rabbaniyyah , seorang anak tidak merasa perlu untuk mentaati ibubapanya kerana tidak merasai keperluan kepada matlamat rabbaniyyah manakala seorang ahli politik pula sanggup menerima rasuah hanya kerana tidak mempunyai kehendak kepada matlamat Rabbaniyyah. Risiko-risiko ini berlaku dalam kehidupan seorang manusia yang tidak merasakan keperluan kepada sifat rabbaniyyah ini adalah kerana sifat rabbaniyyah tidak boleh dibuat-buat malahan ianya lahir dengan kesusahan dan kepayahan dalam mendidik diri kearahnya. Sirah Rasulullah telah membuktikan akan hakikat ini, Rasulullah mendidik hati-hati umat islam di Makkah selama 13 tahun dengan penuh kepayahan dan tribulasi. Setelah kepayahan mendidik ini telah Berjaya maka, tidak menjadi masalah bagi umat Islam tatkala itu untuk mentaati perintah Allah tanpa soal jawab terlebih dahulu. Bahkan, seorang penuda yang belum cukup umur sekalipun telah sanggup untuk mempertaruhkan nyawanya dalam memperjuangkan agama Allah Azza Wa Jalla, beliau merasa dirinya telah mampu untuk memberi khidmat dalam Perjuangan mendaulatkan agama Allah.

anak-soleh

Siapa yang tidak kenal Sahabat kecil nabi yang bernama Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang telah memanfaatkan rumahnya sebagai Universiti dakwah Rasulullah S.A.W. Padahal beliau baru berusia 12 tahun pada ketika itu, cuba kita bayangkan kanak-kanak seusia beliau pada zaman sekarang. Langsung tiada tandingan dengan beliau, kanak-kanak sekarang lebih menyukai medan hiburan dan kerosakan berbanding mencari cahaya keislaman, kanak-kanak seusia Al-Arqam kini sudah pandai menonton video lucah, sudah bijak menipu duit orang tua untuk membeli rokok, jika pada zaman Rasulullah , Abdullah Dzul Bijadain mendapat gelaran mulia dari Rasulullah ketika berumur 15tahun, pemuda 15 tahun sekarang pula telah mendapat gelaran Mat Rempit, Mat Copek dan Mat Ganja dari masyarakat yang sudah menyampah dan benci terhadap mereka. Ini adalah bias –bisa perosak yang muncul dalam kehidupan masyarakat islam sekarang akibat menolak hakikat ketaatan dan kepatuhan yang total kepada Allah Taala.

Sifat Rabbaniyyah ini lahir dalam segala gerak geri tanpa mengira masa dan keadaan tertentu. Adakah sukar menterjemahkan Rabbaniyyah dalam kehidupan?Adakah hidup bermatlamatkan rabbaniyyah penuh dengan “skema”? . dalam menjawab persoalan-persoalan ini, marilah sama-sama kita melihat contoh yang dapat kita ambil dari perlakuan Rasulullah. Rasulullah berlumba lari dengan Saidatina Aisyah , kadang kala Baginda menang dan adakalanya Baginda memberi peluang Saidatina Aisyah untuk menang. Rasulullah juga manusia biasa, Baginda juga melawak , namun lawak baginda penuh Rabbani, melawak dalam keadan menyedari diri terikat dengan islam, Melawak tanpa menyakiti hati dan mengguris hati sesiapa, inilah acuan bagi orang-orang beriman.

Sifat Rabbani ini perlu lahir dalam kehidupan sehinggalah sifat ini menjadi darah daging dan tabiat dalam setiap jiwa muslim, sehinggakan diri merasa sentiasa berada disisi Allah, apabila melalui saat-saat kesenangan, jiwa akan secara tidak lansung ( 1) bersyukur dengan nikmat tersebut serta ( 2 ) menterjemahkan kesyukuran itu dalam amalan Para sahabat Rasulullah S.A.W telah memberi iktibar kepada kita setiap kali mereka berada dalam keadaan senang. Saidina Uthman bin Affan R.A telah menafkahkan hartanya dijalan Islam atas tanda syukur kepada Allah, begitu juga Abdur Rahman Auf R.A yang bertindak sebagai penjana ekonomi orang islam disaat islam sangat-sangat memerlukan . Begitu juga apabila melalui saat genting dalam kehidupan, jiwa akan sentiasa berada dalam keadaan DSC01251 ketenangan dan kesabaran disamping merasa senang dengan Allah pada setiap masa, satu hari, ketika Allahyarham Mustafa Masyhur ditahan bersama-sama dengan ahli jemaah Ikhwan Muslimeen yang lain, terdapat seorang sahabat yang kelihatan sangat gelisah lalu disapa oleh Mustafa Masyhur dan ditanya akan perihal lelaki tersebut. Maka dijawab lelaki tersebut beliau akan dipindahkan ke penjara yang lain, lantas ditegur oleh Mustafa Masyhur “ Allah tidak adakah disana?” setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu yang tadinya kelihatan gelisah telah merasa senang kerana meyakini Allah sentiasa berada disisi beliau.

Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini, para daie tidak akan lari dari segala mehnah dan tribulasi yang sentiasa menyekat dari tersebarnya agama Allah ke dalam dada ummah, Tragedi yang menimpa daie pada masa kini terlalu menyedihkan, sebagai contoh, Pusat penerimaan Ilmu yang dimestikan hadir oleh para murabbi ( pendidik ) yang mempunyai jiwa rabbaniyyah yang berkeinginan untuk menyampaikan jiwa Rabbaniyyah itu disekat dengan beberapa syarat dalam terma perguruan. Setelah berumur 70 tahun , para murabbi terpaksa bersara dan melalui masa-masa tua tanpa meneruskan lagi tugas dakwah dan tarbiyyah seterusnya mewariskan dakwah dan tarbiyyah kepada orang muda yang tidak merasa peri penting sifat-sifat Rabbaniyyah malahan ada pula yang lansung tidak mengenal apa itu sifat Rabbaniyyah bagaimana pula orang sebegini dapat diharapkan untuk menyampaikan nilai-nilai Rabbaniyyah. ?

Sebagai para pemuda yang merasai nikmat-nikmat perubahan, wajib bagi kita menjadikan sifat-sifat rabbaniyyah sebagai sebuah tabiat dalam kehidupan. Waallahu A`lam.