Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah .. segala kesyukuran hanya berhak dipanjatkan kepada Allah s.w.t.. hanya DIAlah sahaja yang berhak untuk disembah dan sebaik-baik pergantungan..tanpa pergantungan kepada Nya, tidak ada gunanya segala usaha dan tawakal,jika kita mengambil pergantungan yang lain selain DIA..

Kepenatan yang dirasai hari ni hanya Allah sahaja yang tahu, namun, sempat juga ana menulis kerana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat perjuangan atas sebuah erti Dugaan Illahi

Minggu lepas, ana bersama dengan abang dan adik ana telah ke Pejabat Baitulmal perlis untuk minta bantuan kewangan dari perolehan zakat perlis, atas nama prosudur ana terpaksa mengisi sebuah borang yang perlu ditandatangani oleh Tuan Imam dan Wakil rakyat diu kawasan ana, ana terima dengan sebuah harapan “ semoga Allah mudahkan segala urusan ana “ . selepasa aidil fitri, ana bertukus lumus mengisi dan memenuhkan syarat yang di minta dalam borang tersebut,

Hari ini ana akan hantar borang tersebut selepas memenuhkan syarat yang terakhir, tandatangan dari Wakil Rakyat. Motor kapcai milik ayah dipinjam oleh kakak untuk pergi kerja, oleh itu, ana terpaksa menumpang motor sepupu ana untuk pergi ke rumah wakil rakyat ( YB )..

Mula-mula ana pergi ke rumah YB , namun beliau tidak ada dirumah, isterinya kata, YB ada di pejabat wakil rakyat, ana dan sepupu bergegas ke sana… tiba di pejabat, ana dimaklumkan wakil rakyat tak ada di pejabatnya, termasuklah keraninya, ana tungu dahulu, mana tahu,, sekejap lagi beliau datang, namun benarlah kata orang.. “penantian itu sebuah penyeksaan” satu jam di pejabat wakil rakyat yang penuh sia-sia,akhirnya ana pergi ke rumahnya semula untuk meminta nombor talifon YB , dapat sahaja no YB , ana terus talifon, kata YB.. Beliau akan tunggu ana di rumahnya, Alhamdulillah….. dapat jugak cop wakil rakyat.... tak sampai seminit, inilah yang dinamakan PROSUDUR.

ana kira ia sebagai ujian saja. Kemudian ana meminta jasa baik sepupu ana untuk menghantar ana di perhentian bas untuk ke Kangar. Setengah jam menunggu barulah bas ke kangar tiba, masuk sahaja dalam bas, ana cari tempat duduk yang ada angin, selepas bayar RM2, ana tertidur sebab penat sangat. Sesampai sahaja di kangar, ana terus ke tempat yang dihajati, pejabat zakat..

ini cerita di pejabat zakat pula, ana berikan borang permohonan ke pada pertugas ketika itu, … sedih sangat.. apabila ana diberitahu bahawa, permohonan ana akan mengambil masa sebulan atas nama PROSUDER.. Ya Allah.. sebak dada ana, bila mendengar keputusan itu kerana ana masih memerlukan bantuan kewangan dari pihak Zakat.. namun ana letakkan pergantungan ini hanya sanya kepada Allah.. DIA tahu akan urusan NYA..

Ana pulang dengan menaiki bas ke Kuala Perlis,,, bayangkan, bila sampai, ana tak dapat hubungi mana-mana ahli keluarga ana atas alas an talifon ana rosak. Tak apalah.. ana gagahi diri untuk berjalan kaki ke rumah.. Ya Allah penatnya…

Namun, Ana sedar… ini adalah didikan terus dari Allah.. Ana bersyukur kerana Allah masih memperdulikan ana..

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan) oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." - al-insaan : 2

Wa Alllahu Alam.