Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.

Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.


Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kami mencuburi dalam bidang blogging ini, bidang yang akan membangkitkan semula kefahaman yang jelas terhadap Islam setelah berbagai panahan tipu daya dikenakan pada Islam – DEENUL HAYAH –.


Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.


Namun, kami adalah pemuda yan lahirdan membesar di tengah-tengah ummat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana kami sedang dijajah dan dikuasai oleh musuh. Oleh itu kami terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak kami yang dirampas, kekayaan yang disamun, begitu juga kebebasan juga telah hilang. Pada ketika ini, kami telah berjanji meletakkan kepentingan Ummah melebihi kepentingan diri sendiri.


Ummah sedang memanggil kami dalam pelbagai arah, kami mengetahui bahawa Islam sedang diperlekeh,diseleweng, dihina, dicaci, di hamun, dan sebagainya oeh orang bukan Islam dan juga orang Islam sendiri…


maka hari ini kami datang!


Kami datang dengan sebuah tekad,MEMBERI KEFAHAMAN ISLAM YANG JELAS..
Doakan kejayaan kami..