skema 09

Khilaf merupakan sebuah perkataan yang biasanya dinisbahkan kepada sebuah perlakuan ataupun pandangan yang bertentangan dengan orang lain. Seringkali juga kita mendengar dikawasan kediaman kita manusia bercanggah pendapat samada dari aspek politik mahupun agama sehinggalah kadangkala menyebabkan perang saraf yang membimbangkan penduduk sekitar. Sekiranya perkara khilaf ini tidak dijelaskan kepada masyarakat nescaya akan berlaku kerosakan yang besar dimuka bumi sepertimana yang telah tersebut didalam Al-Quran :

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".[1]

Manusia akan berpecah belah dan mencetuskan banyak perang saudara hanya berpunca dari masalah khilaf ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita bincangkan permasalahan ini secara terbuka dan adil.

Mujahideen Commando_01

          Allah SWT telah melarang para hambanya dari melakukan perkara yang boleh mendatang perpecahan sesama umat manusia khususnya umat Islam, kerana Islam yang didatangkan kepada kita ini bukanlah sebuah agama yang berpecah belah bahkan adalah sebuah agama kesatuan yang saling membantu antara satu sama lain bagi mengekalkan beberapa Aspek penting dalam Islam seperti :

1)    Mengekalkan kemasyarakatan Umat Islam

2)    Menjayakan penyebaran risalah Islam

3)    Mengekalkan pemerintahan Islam

Islam telah menggariskan sebuah larangan yang keras kepada umatnya dari mempelopori khilaf dalam perkara asas dalam agama yang disebut perkara Usul. Manakala, Islam cukup terbuka dalam membicarakan perkara ranting ang disebut perkara Furu`.

Agama Islam telah memberi penghormatan yang tinggi kepada jemaah dalam setiap perlembagaannya. Contohnya: pahala bagi perbuatan yang dilakukan seorang amatlah kecil jika dibandingkan dengan perbuatan yang dilakukan dengan jemaah , seperti solat dua rakaat subuh jika dilakukan secara berjemaah akan mendapat pahala sebanyak 25 ataupun 27 pahala berbanding solat berseorangan walaupun bilangan rakaatnya sama, perlakuannya juga sama tetapi ganjaran jemaah amatlah tinggi bahkan lebih baik.

252

Beberapa ibadah khusus dalam islam juga telah diwajibkan untuk dilakukan secara berjemaah , seperti solat sunat hari Jumaat, solat sunat hari raya, dan juga ibadah haji di Baitullah Al-Haram. Penghormatan sebegini dilakukan kerana islam amat mementingkan aspek kesatuan dan menentang perpecahan kerana dengan perpecahan yang diakibatkan oleh diri yang terlalu cintakan dunia akan mengakibatkan penindasan dan fanatik kepada bangsa, warna kulit, negara dan mazhab sedangkan Islam tidak membezakan seseorang manusia itu dengan fizikal dan materialnya, tetapi Islam menegaskan setiap manusia itu berasal daripada Adam, dan Adam itu dicipta dari tanah dan manusia itu disukat darjat ketinggiannya dengan tahap ketaqwaannya kepada Allah SWT.

5757-10

Seperkara yang perlu diambil cakna dan difahami dalam masalah khilaf dalam mazhab-mazhab islam adalah : khilaf dalam mazhab Islam itu tidaklah berpunca dari sifat hasad dengki dan penyataan yang sesuka hati bahkan ia dibina atas dasar lumrah perlembagaan Islam itu sememangnya mengarah kepada banyak pendapat dan pandangan bagi memudahkan manusia dalam beribadah dan bermuamalat. Islam telah membuka seluas-luasnya pintu Ijtihad[2] kerana syariat  Islam itu tidak bersifat tetap tetapi ia bersifat terbuka dan boleh berubah dengan perubahan masalah, keadaan tempat dan masa.

PERKARA KHILAF MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Ayat-ayat Al-Quran banyak menunjukkan bukti yang kukuh menunjukkan telah berlaku khilaf dalam agama ini, khususnya khilaf dalam masalah Usul yang mengakibatkan seseorang manusia itu menjadi Murtad[3].

Antara ayat Al-Quran yang menyebut hal ini adalah ayat  213 surah Al-Baqarah :

213. pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia itu pada permulaan kejadiannya bersekutu dalam sebuah agama yang sahih dan betul iaitu Islam, kemudian berlaku khilaf dikalangan mereka sehingga  mereka menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang mereka cipta sendiri dengan tangan mereka , oleh itu Allah telah mengutuskan nabi Nuh sebagai Rasul untuk mengajak manusia kembali kepada jalan kebenaran.[4]

 

Manakala menurut Sunnah pula, agama yahudi , Kristien dan Islam akan berpecah kepada beberapa kumpula akidah, dan yang betul cumalah satu sepertimana yang diterangkan dalam hadis dibawah ini :

Daripada Anas bin Malik RA telah berkata, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda ; sesunggunya bangsa Israel akan berpecah kepada 71 kumpulan, dan umatku akan berpecah kepada 72 kumpulan dan kesemuanya akan dicampakkan ke neraka kecuali satu , iaitu yang berada dalam jemaah.

KHILAF YANG DIBENARKAN

tidak semua khilaf diharamkan oleh Islam kerana tidak semua khilaf yang membawa perpecahan. Oleh itu, Islam telah membenarkan khilaf dalam perkara Furu` ang diberikan keistimewaan kepada ulmak untuk membahaskannya kerana hukum hakam itu tidaklah mudah bagi semua orang oleh itu, ulamak akan menggunakan kecerdikan masing-masing dalam mensabitkan sesuatu hukum yang tidak terdapat secara jelas dalam Al-Quran. Oleh kerana itulah, terdapat khilaf sesama mereka kerana mereka berbeza dalam cara mensabitkan hukum dan pengambilan bukti dan inilah menjadi punca penyebab perkara khilaf ini berlaku.

SEBAB-SEBAB KHILAF DALAM KALANGAN AHLI FEQAH

Antara perkara khilaf yang boleh saya berikan melalui penelitian ringkas saya terhadap kitab

[5] "أحكام العبادة دراية فقهية مقارنة في فقه العبادات" :

1.     Hadis tidak sampai kepadanya

2.     Hadis sampai kepadanya tapi tidak sabit disisinya

3.     Beliau berpendapat hadis itu lemah

4.     Hadis sampai kepadanya, dan sabit juga disisinya namun beliau lupa

5.     Berbeza dalam kaedah membaca hadis

6.     Berbeza pendapat tentang kecenderungan sesuatu hadis, adakah ia menyuruh kepada wajib atau sunat atau sebagainya

7.     Berbeza dalam perkara rajieh[6]

8.     Syak dalam kesabitan hadis

9.     Berpendapat hadis yang sabit tersebut tidak boleh dijadikan hujjah.

PENDIRIAN KITA KETIKA MEMBAHASKAN PERKARA KHILAF

          Dalam menghadapi perkara khilaf ini, kita semua disarankan untuk mengikut beberapa tips yang amat berguna ini, agar kita tidak terjerumus kedalam perpecahan:

1)    Kita tidak sesekali boleh berkompromi dengan khilaf Usul ataupun khilaf aqidah

2)    Kita berlapang dada dalam perkara khilaf feqah Islam

3)    Tidak tergesa-gesa menyesatkan dan mengkafirkan umat islam

4)    Tidak beremosi dalam menyampaikan hujjah

5)    Kita mesti menjaga hubungan sesama muslim ketika berhujjah kerana ia adalah perkara wajib

6)    Bersiap sedia menerima kebenaran yang akan terpancar dari hujjah lawan

7)    Tidak membesar-besarkan perkara furuk sehingga memutuskan persaudaraan Islam.

شهاب0073

Semoga, sedikit perkongsian ini akan lebih mengingatkan kita akan erti sebuah perpaduan . WaAllahuAlam.



[1] Al-Baqarah : 30

[2] Mengeluarkan pandangan

[3] Terkeluar dari agama Islam

[4] Ibn Kathir

[5] Kuliah syariah Islamiah, tahun pertama , Universiti Al-Azhar, Dumyat , Mesir

[6] Pendapat yang lebih kuat pada dirinya