Futur[1] adalah sebuah penyakit yang boleh menjangkiti siapa sahaja dikalangan umat Islam, penyakit futur ini amat merbahaya, kerana ia hanya menyerang manusia yang  tidak tahu mengatasinya, kerana banyak sebab boleh menjadikan seseorang manusia itu futur dari terus berpegang teguh dengan Agama Allah SWT, oleh itu, setiap muslim harus tahu adakah dia telah mengalami tanda-tanda futur bagi mengenalpasti cara terbaik mengubatinya.2652968917_bc05e0c684

Tanda-tanda futur akan dijelaskan dengan ringkas disini supaya, para pembaca dapat mengenalpasti dan memuhasabah diri, adakah kita telah memiliki tanda-tanda orang yang futur :

1)      Malas dalam beribadah

2)      Fenomena kematian tidak dapat memberi kesan dalam kehidupan

3)      Maksiat telah menjadi rutin harian bahkan merasa gembira dengan maksiat yang dilakukan

4)      Gemar melihat maksiat

5)      Ukhuwwah menjadi longgar

6)      Ghairah dengan dunia

7)      Merasa mundur dengan kemunduran dunia

8)      Suka menangguh kerja yang dipertanggungjawabkan

pelajar tingkatan 1 smik 2009

Futur tidak akan terjadi dengan tiba-tiba, tetapi ia datang dengan beberapa sebab yang merosakkan seperti :

1)      Tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja

2)      Pengetahuan Islam yang cetek

3)      Berkawan dengan kawan yang tidak mempunyai keazaman yang tinggi

4)      Melihat Islam dari segi ibadah sahaja

5)      Mementingkan diri sendiri

6)      Lemah pendidikan jiwa

7)      Tidak tahu mengubati Futur

8)      Tidak tahu dirinya dijangkiti futur

Fasilitator printis smik 2009Fenomena Futur ini amat merbahaya kerana ia akan melemahkan keimanan dan keiltizaman dalam beribadah dan melakukan pekerjaan. insyaAllah, saya akan menjelaskan ubat-bat futur ini pada kesempatan yang lain. Wallahualam.



[1] Terputusnya kegiatan dari berterusan bergerak