Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar permasalahan yang berlaku dalam suasana Islam semasa, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada masalah aqidah. Antara masalah yang menghantui kita adalah serangan pemikiran kepada umat Islam samada dari luar Islam mahupun dari dalam Islam itu sendiri. Permasalahan Freemason, Orientalist dan ajaran sesat merupakan tiga masalah yang amat merbahaya.

lambang freemason di duit dolar amarika image

 

Freemason dan orientalist menyerang dengan sungguh teliti dan terancang sehingga berjaya membuatkan kita tidak merasai kehadiran mereka, mereka membina gosip-gosip palsu untuk menghancurkan Islam, mereka menenggelamkan Titanic, meruntuhkan WTC, menyebarkan cerita fitnah seperti , The Independent Day, Avatar the Movie, dan yang terbaru adalah cerita sesat tentang kiamat “2012”. Mereka berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan Islam dari Luar Islam.

image

 

Manakala, Ajaran sesat  yang tersebar luas pula menyerang umat Islam dari dalam. Melemahkan pegangan umat Islam, memecah belahkan perpaduan orang beriman, mengaburi mata dengan perkara yang disangka baik namun buruk. Saya tidak berminat untuk bercerita panjang tentang soal ini, namun sudah cukup bagi saya untuk menyampaikan sebuah pesanan dari para cendekiawan Islam :

“ Yang baik itu adalah perkara baik menurut Allah dan Rasulnya dan yang buruk itu adalah perkara buruk menurut Allah dan Rasulnya”

 

Marilah kita duduk sejenak dan berfikir, apakah yang diseru oleh penyerang-penyerang durjana itu? Apakah matlamat yang ingin mereka capai? Mungkin persoalan yang kita utarakan ini boleh memberi jawapan kepada penyelesaian yang kita boleh lakukan.

Menurut pandangan saya, ketiga-tiga penyerang  moden ini amat berminat untuk menyelewengkan pegangan umat Islam, lantaran rasa terancam yang menghantui diri mereka, merasa gelisah dengan kebangkitan perjuangan Islam, merasa cemburu dengan kekuasaan Islam, memendam dendam atas perpaduan umat Islam.mereka menyeru umat dunia untuk membenci islam dan berusaha mengapai kesenangan dunia dengan seluruh jiwa dan raga. Oleh itu, slogan “ Islam tidak sesuai dijadikan panduan hidup” telah disebarkan oleh mereka dengan cukup berani dan licik.

serangan musuh moden wajah muhammad menurut musuh islam karya laknat

 

Matlamat terbesar mereka adalah ingin menghancurkan Islam dimuka bumi ini supaya mereka boleh hidup tanpa batasan dan sempadan. Matlamat inilah yang saya namakan “Matlamat Jahiliyyah”.

Matlamat ini pula “dibantu” pula oleh beberapa faktor yang kita lalaikan,:

  1. Kurang ilmu pengetahuan
  2. Mengikut hawa nafsu yang jahat
  3.  Pemuda-pemudi yang tidak berkualiti

 image imageimage

 

Ketiga-tiga faktor ini telah tumbuh  dengan agak kukuh didalam diri umat Islam kini. Umat Islam tidak dapat membezakan perkara yang  benar dan salah atas kealpaan mereka menyanjungi penyerang-penyerang Islam,sangat berseronok dengan hawa nafsu yang ditegah oleh Allah dan Rasulnya yang mulia. dengan itu, muncullah berkoyan-koyan barisan  pemuda-pemudi yang hanya gagah fizikalnya namun jiwanya kosong dan tidak berguna.

Persoalan yang perlu kita kemukakan disini ialah, apa yang mesti kita lakukan setelah merasai ancaman jahat mereka? Adakah hanya perlu berdiam diri dan menunggu ketibaan Mujaddid penolong agama  ataupun melakukan sesuatu?

Sebagai seorang Islam yang bermaruah , saya tidak sesekali akan membiarkan musuh-musuh Islam menjatuhkan maruah Islam , apatah lagi menghancurkan agama yang saya cintai ini. Jika anda juga mempunyai pendirian sedemikian, maka, marilah sama-sama kita melakukan suatu gerak kerja yang bersungguh-sungguh dan teliti, kita perbaiki masalah dalaman kita sendiri, seterusnya keluarga dan masyarakat kita.  Kita tingkatkan kefahaman kita tentang agama mulia ini dengan cara mendalami ilmu pengetahuan dari para guru yang berpegang teguh dalam soal aqidah dan terbuka pula dari aspek  fekah dan perkara sampingan dalam Islam.

ustaz muzakkir kahwin muda

 

Para pemuda perlu diseru dan digalakkan untuk berkahwin bagi menyelesaikan masalah nafsu dan maksiat. Bahkan perkahwinan yang mantap itu akan melahirkan keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai. Ramai dikalangan sahabat-sahabat kita merungut tentang perkahwinan, antaranya merungut soal kewangan dan tanggungjawab.

Apa Yang Hendak disusahkan??

Jika kewangan lemah

 mulalah menyimpan dari sekarang.

jika merasa tidak bertanggungjawab  

mulalah belajar menjadi insan yang bertanggungjawab

Oleh itu, janganlah memberi alasan yang tidak munasabah dan selalulah berdoa agar dipercepatkan jodoh dan dikurniakan suami dan isteri yang soleh solehah.

Mukmin Melinium juga perlu menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah kerana manusia ini hanya tergolong dalam dua golongan, :

1)      Sibuk dengan perkara dunia dan maksiat

2)    Sibuk dengan urusan Allah dan dakwah

Untuk menyibukkan diri dengan dakwah, Mukmin boleh menggunakan pelbagai cara dan kaedah seperti, menyertai program yang dianjurkan masyarakat, melaksanakan program dakwah dan tarbiyah dalam  tiga kategori utama :

1)      Diri sendiri

2)    Keluarga

3)    Masyarakat

Internet adalah medan dakwah yang amat luas bagi Mukmin Milenium.

Mukmin Melinium juga mestilah mendekati dua golongan utama:

  1. Pemuda Pemudi
  2. Kanak-Kanak

Pemuda pemudi adalah tunjang dalam menentukan kebangkitan Islam , ini adalah kerana kekuatan tenaga fizikal dan kecerdasan akal mereka dalam berfikir mengenai dakwah dan dunia semasa amatlah tajam dan bermanfaat. Umur sekitar 12-40 tahun merupakan umur pemuda yang mantap.

Manakala, kanak-kanak yang mempunyai imiginasi dan jiwa yang bersih amat mudah dididik untuk mempertahankan Islam , seterusnya sebagai senjata rahsia untuk menyerang musuh-musuh durjana.

Tuntasnya, umat Islam sedang diancam dengan ancama-ancaman yang keras dan bersungguh-sungguh oleh para musuh moden abad ke-21, oleh itu, Umat Islam tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh, kita perlu bangkit melakukan sesuatu untuk mempertahankan Islam serta menyerang balas serangan  keji mereka dengan penuh hikmah keislaman.

Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehinggalah mereka merubah diri mereka sendiri [1]

image

“If you want to change the world, you must change first!!”

 download artikel ini 

 



[1] Ar-Ra`du : 11