Apabila seseorang individu mempunyai pendapat berbeza dengan individu yang lain, maka beliau akan menyuarakan pendapat beliau dengan cara memberikan hujah yang bernas mahupun tidak, bahkan dalam masa yang sama, beliau akan mengkritik hujah individu yang bertentanggan dengannya. Situasi ini tidaklah terlalu berat jika ianya dalam perkara terbuka, namun ianya menjadi sebuah situasi huru hara apabila melibatkan perkara prinsip.

Debate Situasi kritik mengkritik dalam berbagai medan seperti Facebook amat membimbangkan umat Islam terutamanya apabila perdebatan tersebut melibatkan pra-ulamak. Sehingga kadangkala, mengkafir dan menyesatkan pihak yang dikritik.

Kita mengakui, kritikan ada kebaikan, ada kuburukan, namun apabila setiap kritikan disertai dengan keegoan, emosi, dan ketidak warasan dalam berfikir, bisa saja kita akan memberi sebuah kritikan yang lansung tidak membina medan ilmu, bahkan lebih parah lagi apabila ianya mengakibatkan luka yang semakin dalam terhadap ukhuwah umat islam.

Individu yang mengkritik mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dalam kritikannya, ada yang mengkritik kerana ingin menyuarakan kebenaran dan memepertahankannya, namun amat menyedihkan apabila kritikan yang timbul kerana ingin mempertahankan kepentingan diri sendiri , jawatan, adat istiadat dan juga maruah diri.

Kritikan yang membina medan ilmu membuahkan bait-bait indah dalam kritikan, namun , apabila ia disertai dengan emosi maka akan wujudlah perbalahan dan pertengkaran yang sebenarnya diluar tajuk perbincangan.

Mengapa situasi buruk ini berlaku?

Masing-masing kita mengetahui bahawa, ilmu itu diambil berdasarkan kajian dan analisa yang telah diteliti terlebih dahulu, inilah yang membuatkan para saintis dijulang, cendekiawan menjadi masyhur dan ulamak diiktiraf kehebatan mereka.

Setiap topik yang telah dianalisa akan dibentangkan dengan disertakan hujah-hujah yang bernas, oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa, barang siapa yang mengkritik tanpa hujjah, dia masih belum melalui proses analisa dan setiap kenyataannya hanyalah datang dari buah fikirannya yang belum tentu tepat.

Maka, sebagai jalan penyelasaian dari pertelingkahan yang semakin buruk ini , kita boleh mebuat sebuah resolusi dengan cara membakul sampahkan segala kritikan yag tidak disertakan hujjah..

jika ianya tidak dilakukan, kita hanya membuang masa , tenaga bahkan akan mewujudkan lebih banyak permusuhan dikalangan umat islam yang sepatutnya bersatu dalam satu kekuatan, pemikiran, ibadah , dan praktikal.

Tuntasnya, situasi kritikan yang tidak membina hanya " seperti tikus membaiki labunya" ,oleh itu, semua pihak yang ingin mengkritik hendaklah mengkaji setiap kenyataannya terlebih dahulu sebelum sesebuah kritikan diberikan.