"Fieh Muhadharah?"

"As-Syeikh Ma Yujad :) "

…………………………………

Penat aku berjalan dari masjid Ar-Rahman ke Masjid Tauhid dengan niat ingin menuntut ilmu dibayar dengan soalan dan jawapan dari arab bermuka manis itu, sebenarnya dia merupakan antara murid Dr Ahmad Daud yang selalu mengikuti pengajian Dr setiap hari selepas subuh.

Belum pernah lagi aku menyapa lelaki berjambang lembat itu, tapi pada hari ini Allah memberi kesempatan untuk aku berbual beberapa patah perkataan dengannya.

Ya, mungkin hari ini aku tidak mendapat ilmu diteratak utama Dr, tapi aku amat bersyukur kerana Allah memberiku kesempatan untuk menambahkan waktu rehatku memandangkan badan aku sedikit letih tanpa sebab.

Mungkin ada yang bertanya, " Anta faham ka apa yang arab-arab tu kuliahkan? Sekejap ammi, sekejap fushah?"

Akhuna lillah fillah…

Bagi aku, cukup menghadiri setiap kuliah yang diadakan kerana ianya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, jika kita hadir, kita paling-paling akan dapat beberapa butir ilmu, ika kita tak menghadirinya, kita lansung tidak mendapat apa-apa input bagi menampung pengajian di Universiti.

Ada juga orang yang melarang aku dari mengikuti kuliah di Masjid-masjid, kata mereka

" Anta kena jaga-jaga dengan pengajian dikawasan ni, senior pesan, dekat sini syeikh dan Dr kebanyakkannya WAHABI!"..

Senyum seketika,,,:)

Lawak pun ada,,,hahaha

Apa yang nak ditakutkan sangat dengan wahabi? Mereka bukan hantu pun,..

Perumpamaan mudah,

seorang pelajar yang mengikuti pengajian wahabi, adakah mereka lebih teruk dari seorang pelajar yang takut dirasuk pemikiran wahabi, lantas tidur memanjang dikatil dan tilam yang empuk?

Datang mesir bukan nak tidur okey, datang sini nak belajar ;) so, lu pikir la sendiri .

Ibnu Jauzi pernah menceritakan kisah hidupnya kepada anaknya didalam sebuah makalah " Risalah ila Waladi",

" aku menyukai pengajian sihir, tapi aku tidak tenang dengan satu ilmu sahaja, bahkan aku juga mempelajari Feqh, Syarahan, Hadis, zuhud, kemudian aku belajar juga ilmu bahasa hinggakan aku tidak akan meninggalkan setiap sesi ceramah yang diadakan , aku akan hadir tanpa mengira siapa yang mengajarnya "

smile