sahabat 

Setelah sekian ketika tidak berhubung dengan rakan lama, hari ini aku aku mendapat "buzz" di YM,

Terkejut .

Gembira:)

Namun apa yang lebih mengejutkan aku lagi ialah luahannya apabila dirinya ditegur dan dikritik oleh orang kesayangannya sendiri…

Sebagai seorang kawan, pasti perasaan kasihan dan belas itu akan muncul dibenak fikiranku…

Tapi aku tak mampu melafazkan kata-kata indah padanya, kerana penderitaan dan pengorbanannya terlalu berat jika hendak dibandingkan dengan aku..

Mungkin aku hanya mampu berdiam dan mendengar?

Ya, aku tak mungkin menghantarkan kepadanya wang, mahupun duduk disampingnya dan mengusap-usap belakangnya sambil menasihatinya untuk bersabar..

Tapi aku mampu memberi sepenuh perhatian mendengar setiap luahan perasaannya, harapanku dia akan sedikit tenang setelah meluahkan segalanya..

Sahabat, ketahuilah bahawa aku punya sebuah prinsip dalam ber"ukhuwah"

"jika kamu sahabatku, maka selamanya akanku berada disampingmu"

sahabat, aku tinggalkan sebuah ingatan padamu, peganglah ia seutuh mana yang kamu mampu :

"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya"

Al-Mulk :2