Ada orang bertanya dalam suatu sudut forum (klik) ,

“assalamualaikum…

saya nk tanye.. ade seorg kwn saya brpndapat, ilmu sains n lelain (selain ilmu agama) hanya ilmu duniawi n tak pnting utk dipelajari sdgkn pd pndpt saya, semua ilmu tu milik Allah n belajarlh ape jua ilmu (asalkn yg baik + niat baik) semuanya diredhai Allah. bgaimana nk brhujah kembali kenyataan kwn sye itu? kwn sye tu kini memandang remeh trhdp org yg bersungguh-sungguh mndalami ilmu dlm subjek sains. wassalam…”

antara jawapan saya adalah..

Tanpa merendahkan ilmu keduniaan, kita perlu akui bahawa ilmu agama mempunyai nilainya tersendiri dalam agama, sehinggakan jika berlaku peperangan, golongan yang boleh dikecuali dari berperang (jika kuantiti tentera telah cukup) ialah golongan yang mendalami ilmu agama, dan yang menjadi pakar dalam ilmu keduniaan tidak terkecuali dari peperangan.. 

itu ketinggian ilmu agama, tetapi jika ilmu keduniaan tidak diambil cakna oleh umat islam, maka umat islam akan senantiasa tersekat dalam banyak perkara..

economy_in_brief_600

jika ekonomi kita dikuasai oleh bukan islam, maka umat islam akan sukar berjual beli kerana islam mengharamkan jual beli yang berunsurkan penipuan , yang banyak terdapat dalam sistem bukan islam.

jika perubatan kita dikuasai oleh bukan islam, maka kita akan mengalami kesukaran dalam mendapatkan rawatan penyakit kronik kerana islam tidak menggalakkan umat islam berubat dengan Doktor bukan islam kecuali dalam keadaan darurat.

bahkan, sistem bukan islam yang menghalalkan tanpa sebarang halangan untuk doktor wanita merawat pesakit lelaki dan doktor lelaki merawat pesakit wanita juga begitu membimbangkan...kerana islam mengharuskannya hanya pada ketika darurat (kalau dah xda doktor lelaki yang boleh merawat dan doktor wanita mampu, maka barulah diberikan tanggungjawab itu kepada doktor wanita)..

yang paling musykil sekarang nie....... doktor bukan islam menjadi bidan bersalin ibu2 kita, dan yang pelik juga, kebanyakkan doktor bersalin adalah dikalangan LELAKI!

jika teknologi kita dikuasai bukan islam, maka kita akan mengalami kesukaran dalam menentukan perkara halal dan haram, contoh.... internet yang kita gunakan ini,, ianya diasaskan dan dikuasai oleh orang bukan islam, oleh itu kita melihat banyak penyelewengan fakta agama kita didalam dunia maya, begitu juga.. ujian pengklonan manusia yang berlaku kini, yang sememangnya diharamkan oleh agama.. ia dilakukan dengan sewenang2nya!

technology

tuntasnya,,,,,kita hidup adalah untuk beribadah kepada Allah SWT, ilmu duniawi dan ukhrawi yang kita pelajari merupakan medium ibadah yang kita abadikan kepada Allah SWT, jika kita seorang USTAZ/USTAZAH yang hanya mempelajari ilmu agama maka kita akan mengalami kesukaran dalam menentukan urusan umat islam yang semakin hari semakin maju seiring kemajuan manusia. ..

“Aku menciptakan manusia dan jin adalah semata-mata untuk tunduk beribadah kepadaku..”

[Adzariat;56]

".... jika USTAZ mengabdikan pelajarannya hanya untuk dirinya... maka sungguh hina nilainya disisi Allah SWT... tetapi, jika seorang DOKTOR mengabdikan pelajarannya untuk Allah dan umat islam keseluruhannya ... maka sungguh mulia nilainya disisi Allah SWT..."

p/s: sekarang dah pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 pagi nanti saya ada exam Nahu dan Sorof.. mohon doakan !! Smile