Header Ads

test

Catatan Kerisauan Di Bumi Mesir

Kemarahan rakyat mesir terhadap permerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun telah meletus bermula selasa lepas…..Kaherah, Swess dan Iskandariah menjadi tumpuan utama tunjuk perasaan.. beberapa orang telah didapati terbunuh. sekarang.. mungkin telah menjangkau ratusan orang…

MARAH

Orang mesir memanggil Demonstrasi ini…

HARI KEMARAHAN!!!

Pemerintahan kuku besi yang diamalkan oleh Presiden Husni Mubarak terhadap rakyatnya telah membangkitkan jiwa-jiwa pemuda mesir, mereka bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap beliau. bayangkan.. dimana-mana sahaja… rakyat mesir akan bercerita tentang keburukan Presiden Husni Mubarak..

bukan hanya pemuda…Doktor, Orang Kristien, kanak-kanak, penganggur, salafi, wahabi, sufi, azhari dan seluruh rakyat mesir bangun mendesak Presiden.

MESIR

CUBAAN PULANG KE DUMYAT … GAGAL!!

Pada hari sabtu yang lalu, ketika masih berada di Kaherah kerana mempunyai sedikit urusan dengan editor syarikat PTS publication.., saya dikelilingi oleh para askar yang bertugas.. polis sudah tidak ada lagi.. kerana pemerintahan telah bertukar setelah polis sendiri membunuh rakyat mesir! selama 24 Jam berada dalam keadaan berjaga-jaga..

Setelah tamat pertemuan dengan wakil-wakil syarikat penerbitan, sekitar pukul 2.00 petang, saya telah tergesa-gesa mencuba untuk pulang ke negeri kediaman saya, Dumyat. walaupun saya dinasihati oleh seorang badan kepimpinan pelajar malaysia di mesir untuk tidak pulang, saya enggan... bagi menuruti arahan yang lebih besar dari Syeikhul Akbar Dr Ahmad Taib untuk berkumpul di Dumyat pada hari Isnin. beberapa rakan saya telah lama menunggu di Zahra` untuk pulang bersama.

saya menunggu van yang membawa ke Zahra`, tetapi tidak ada.. satu pun tidak ada!! lalu saya menumpang lori yang telah dipenuhi oleh orang mesir…kesemua mereka bercerita tentang “Demonstrasi”!!

sebenaranya… pada waktu itu, saya agak gusar.. kerana, kuatir.. takut-takut lori tersebut mengarah ketempat Demonstrasi… bahkan, lebih menakutkan adalah…. kesemua mereka adalah rakyat mesir!------ kalau ditangkap, pastinya saya tidak akan dapat berkecuali..

setelah hampir satu jam berasak dengan lalu lintas yang kacau bilau, saya berjaya sampai ke Zahra`.. namun, sudah tidak ada lagi sahabat-sahabat saya yang tinggal, mereka sudah tidak ada masa lagi menunggu saya.. pastinya mereka juga teramat risau…tak mengapa.. saya bergerak  ke rumah sahabat saya di asyir…

Van yang membawa ke asyir juga sudah tidak ada….. kerana perintah berkurung telah bermula seawal jam 4 petang sehingga 8 pagi,.. jalan kaki jerlah….

شهاب1304

kesan kebakaran kecil…

شهاب1302

kebakaran di jalan raya..

شهاب1301

kereta kebal sudah berada disekeliling….

(masa ni agak lawaklah.. sebab tak pernah nampak askar jadi trafik.. hahha..)

شهاب1299

kalau anda nampak lori yang hitam tue….. dia hitam sebab dah terbakar.. rentung!!

CUBAAN KEDUA.. BERJAYA!

setelah cubaan pertama gagal, saya mencuba nasib pada hari kedua… tepat jam 12 tengahari , saya telah bergerak keluar dari rumah….dan inilah gambar2 sekitar perjalanan pulang..

شهاب1316

motor tok-tok yang dirosakkan..

شهاب1308

muncung yang mencari mangsa..

شهاب1312

orang mesir sudah tidak menghiraukan kemana bas itu akan dituju.. tetapi yang penting bagi mereka adalah naik keatas bas dan meninggalkan kaherah… gambar diatas menunjukkan seorang rakyat mesir menaiki bas melalui tingkap.. ramai lagi yang mengikut jejak langkah beliau selepas itu..

شهاب1321

ini gambar yang saya sempat ambil ketika ditahan untuk pemeriksaan

شهاب1351

bila sampai didumyat.. inilah kerjanya…. packing barang-barang…. suspect mmg balik!شهاب1344

SAYA SELAMAT

walaupun dikebanyakan tempat… penuh kekacauan.. tetapi di bumi Dumyat ini penuh kedamaian.. dan masih dalam keadaan selamat.. alhamdulillah…

terbang

bermain air laut mediterenian

kedamaian..

kulit-kulit kerang di bumi kerang..

hoho mandi

boleh siap mandi laut time musim sejuk lagi tue…

HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA..

mungkin ketakutan dan kebimbangan itu menguasai jiwa, namun butir-butir kegembiraan juga membayangi wajah…kenapa?

disebabkan peristiwa inilah, beberapa ahli keluarga saya telah menghubungi saya dari malaysia… terharu :)

p/s: betul ker azhar cuti setahun?

5 comments:

  1. alhamdulillah...ada hikmah segala kejadian itu..takot nye tgk gmbr2 tu.mai baca latest entri blog saya.

    ReplyDelete
  2. Salah satu hikmahnya, ada yang akan dapat pergi ke Tanah Haram. benar?

    ReplyDelete
  3. erm..jeddah tu bukan tanah haram.. ia berada diluar tanah haram...:)

    ReplyDelete
  4. hahahah...ada yg nak di hantar ke jeddah..enjoy the trip.. dalam kekacauan rupanya ada yang gembira..

    ReplyDelete
  5. dpt merasai suasana harbun yg real....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.