Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi , Ketua Sekriteriat Ulamak Islam Sedunia, memberi fatwa untuk membunuh pemimpin zalim Libya, Muamar Gaddafi , disebabkan beliau telah membunuh rakyatnya dengan cara serangan jet pejuang dan membunuh orang awam yang tak bersalah.

 

temu ramah dengan al-jazeera

Ketika siaran petang Isnin akhbar Al-Jazeera , Qaradhawi menyeru polis dan tentera Libya dengan berkata : “janganlah kamu semua mendengar, ataupun taat kepada segala perintah Gaddafi untuk membunuh rakyat kamu kerana proses mendengar dan ketaatan kepada perkara tersebut adalah diharamkan, tidak ada ketaatan kepada makhluk pada perbuatan dosa kepada pencipta.”

Qaradhawi juga berkata : “sekarang ini, saya berfatwa untuk membunuh Gaddafi. Polis, tentera, ataupun individu yang mampu membunuh Gaddafi, maka lakukanlah!, supaya dapat mengeluarkan rakyat Libya dan masyarakatnya dari kejahatan lelaki gila dan zalim ini” beliau menambah , “tidak boleh bagi mana-mana polis untuk mentaati lelaki ini kerana arahannya berunsurkan dosa maksiat, kezaliman dan ingkar dari beribadah”.

kick

Tambahnya lagi, “para pemimpin yang menggunakan tektik keji ini, mereka telah melakukan sejenis jenayah yang besar disisi Allah Azza Wa Jalla. Dan saya menasihati semua polis yang berada disekeliling Gaddafi dan menuruti segala arahannya dengan ayat Al-Quran :

dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia dia; dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar.

[An-Nisaa:93]

Begitu juga dengan hadis Rasul SAW : "Melenyapkan dunia ini lebih mudah bagi Allah daripada membunuh seorang mukmin. "(Hadis riwayal Baihaqi)

Qaradhawi berkata , “sesungguhnya Gaddafi adalah seorang yang tidak boleh berfikir, dahulunya, dia dikenali dengan seorang yang gila!” baliau juga membidas : “sekiranya kamu adalah ketua kepada rakyat Libya, mengapa kamu mampu berfikir seorang bapa membunuh anak-anaknya dengan bedilan jet pejuang dan merosakkan harta benda awam?” beliau menambah .: “ketika israil menyerang kota Gazza, mereka juga tidak melakukan hal demikian”

Qaradhawi menyifatkan gelaran Saiful Islam al-Gaddafi (Gaddafi pedang islam) dengan berkata : dia adalah sebilah pedang dari pedang-pedang orang jahiliah, dia mahu mengorbankan rakyat Libya antara satu sama lain”

gaddafi

SERUAN KEPADA PASUKAN TENTERA

Qaradhawi menyeru pasukan tentera dengan berkata : kamu bukanlah sebuah pasukan yang sedikit berbanding tentera Tunisia yang mengingkari perintah Zainal Abidin bin Ali untuk menembak kumpulan demonstrasi disana, begitu juga, kamu bukanlah sedikit berbanding tentera Mesir yang memertahankan revolusi disana dan mereka juga tidak menerima arahan Presiden Husni Mubarak untuk memberi tekanan kepada revolusi pada hari “ Jumaat Kemarahan” .

Beliau juga menyeru tentera Libya : “pihak tentera tidak boleh menyerang rakyatnya, tidak boleh mengorbankan rakyat hanya kerana seorang manusia gila. Tidak boleh mentaati Gadafi ketika dia menyuruh untuk membunuh rakyatnya.”

Begitu juga, Qaradhawi menyeru rakyat Libya dengan katanya : “teruslah berada dalam keadaan kalian ini, dan bersabarlah, kerana pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan memerlukan nilaian harga , oleh itu, kamu semua mestilah terus menrus berusaha mencapai revolusi kamu sendiri!, barangsiapa yang gugur, dia telah gugur selaku seorang syahid disisi tuhannya, dan dia akan mendapat tempat yang tinggi di Syurga firdaus.”

rakyat

Begitu juga, beliau menyeru rakyat Tunisia, Mesir, kerajaan-kerajaan, universiti arab, OIC, Kesatuan Afrika, dan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku di Libya.

Qaradhawi berdoa untuk rakyat Libya, : semoga Allah menolong untuk menjatuhkan Gadafi dan pengikutnya, dan semoga Allah mengambil nyawa mereka dengan cara yang keras.

Sumber : Al-Jazeera

Penterjemah : Syihabudin Ahmad Mohd Yatim

lihat video lengkap , temu ramah al-jazeera dengan Qaradhawi : klik

p/s : Mubarak yang pernah membuang Dr Yusuf Qaradhawi pun tidak difatwakan bunuh, tetapi kezaliman Gadafi, difatwakan bunuh.. maknanya,,,, Gadafi sememangnya lebih zalim dari mubarak,.