Perjalanan seorang pejuang tidak akan terhenti selagimana darah perjuangan masih lagi mengalir dalam urat-urat kehidupan. Masa seorang pejuang sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti untuk menjadikan diri mereka salah seorang dari syahid di jalan Allah SWT. Oleh itu, kehidupan ini pastinya akan diwarnai dengan pelangi-pelangi cinta yang mewarnai keindahan dunia.

شهاب1682

Setelah lebih seminggu berada di Malaysia , saya mencari jalan-jalan perkembangan dakwah dan tarbiah di sini. Ibu dan ayah telah saya temui, rakan lama juga telah saya temui dan sekarang.. saya sedang berada di Shah Alam untuk melebarkan warisan anbiyak di bumi tarbiah.

Disini saya konsikan sedikit gambar-gambar yang berada disekitar program.

شهاب1699

Pengisian Pertama : Jahiliah Hari Ini

شهاب1719

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : Membincangakan permasalahan sosial di Malaysia…

para peserta dikehendaki menggunting artikel-artikel berunsurkan permasalahan sosial dari surat khabar, dan melekatkannya di sehelai kertas majong. bukan sekadar itu, peserta juga dikehendaki untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang berlaku. kemudian, sesi perbentangan dibuat bagi berkongsi dengan rakan-rakan peserta

شهاب1724

 

شهاب1725

 

شهاب1726

 

شهاب1728

شهاب1729

 

شهاب1731

pelbagai masalah sosial yang berlaku, namun tidak  ramai yang mengambil peluang untuk menyelesaikannya. semoga kita menjadi antara pengiat dakwah dalam mengejar redha Allah SWT..

aktiviti ldk petang

 

semut

Dalam program DFI, saya menekankan sebuah hadis nabi SAW:

جددوا إيمانكم قيل يا رسول الله وكيف نجدد إيماننا قال أكثروا من قول لا إله إلا الله

Rasulullah bersabda : perbaharuilah iman kamu, para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, bagai mana kami boleh memperbaharui iman kami? , Rasulullah bersabda : perbanyakkanlah membaca  “Lailahilahaillah Allah” – tiada tuhan selain Allah.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim