Johar : “awak.… awak nak berapa orang anak?”

Nurul : “alah abang nie.. saya nak 5 orang anak, 3 laki 2 pompuan..okey tak?”

Johar : “okey tu memang okey.. tapi kalau ganda dua nak? Boleh jadi pasukan bola sepak.. hehe”

Nurul : “Alah abang nie.. ke situ plak dia .. nakal!”

……………………………….

Perbualan antara pasangan perkahwinan di atas menunjukkan situasi pemikiran yang semakin berlegar di benak umat islam khususnya di Malaysia.

شهاب1555

ANAK DIBUANG, HARTA DIKAUT

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi, ayat 46: maksudnya ,

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Harta dan anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah Rabbul Izzati  kepada manusia, setiap manusia merasai nikmat tersebut dengan keadaan semulajadi yang lahir dari dalaman jiwa mereka. Kedua-duanya adalah penghias dalam kehidupan, tetapi, Syaitan manusia, dan perasaan was-was telah menyebabkan manusia memberi had dalam menetapkan bilangan anak-anak mereka, akan tetapi mereka tidak pula memberi kuota dalam harta yang mereka kautkan, sedangkan perbuatan ini telah terkeluar dari tabiat semulajadi seorang manusia.  harta dan anak-anak memberi fungsi kebaikan yang sama dalam kehidupan manusia , dan juga setelah kematian mereka,

Rasulullah SAW bersabda :

Apabila mati seseorang manusia, maka terpotonglah amalannya kecuali melalui tiga perkara : sedekah yang dilakukan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak soleh, yang sentiasa mendoakan kebaikan padanya.

[hadis riwayat Muslim]

MOTIVASI DARI RASULULLAH SAW

Islam telah menggalakkan umatnya untuk memperbanyakkan zuriat, dan berkahwin dengan wanita yang mampu melahirkan anak yang ramai , Rasulullah SAW telah memberi galakkan dalam sabdanya :

Kahwinilah wanita yang penuh dengan kasih sayang dan mempunyai potensi melahirkan anak yang ramai, kerana aku berbangga dengan umatku yang banyak di akhirat nanti .

[sahih : ira` ghalil 1784]

شهاب1602

LARANGAN ALLAH KEPADA “MEREKA”

Islam tidak membenarkan umatnya dari memberi had bilangan anak sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah seperti bimbang kelahiran seterusnya akan mengakibatkan bahaya kepada kehidupan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

 Kebimbangan terhadap harta benda yang sedikit bukanlah satu penghalang kepada memperbanyakkan anak, ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 268:

 Syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan ,dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya

شهاب1611

PERANCANGAN JAHAT MUSUH

Musuh-musuh islam telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengecilkan bilangan orang islam, dalam pada masa yang sama, mereka berusaha memperbanyakkan generasi mereka dengan pelbagai cara seperti penzinaan dan sumbang mahram. Mereka juga menaburkan pemikiran “kuota keluarga” dalam Negara islam sepertimana yang berlaku di Malaysia kini, sedangkan perkara tersebut telah jelas bertentangan dengan agama Islam!

Tuntasnya, selaku seorang yang beragama islam, dan yakin dengan janji-janji Allah SWT, maka marilah kita bersama-sama kita menghapuskan penjajahan pemikiran barat dalam kehidupan kita dan umat islam seluruhnya. Semoga, islam akan dapat bertapak di muka bumi ini dengan jayanya atas kerja keras dari kita.