Termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada keperluan.

Kita telah melihat, sebahagian orang yang bermewah-mewah dalam berbelanja kepada anjing. sedangkan bersifat kedekut pula kepada sesama manusia. Kita juga telah melihat, dikalangan mereka itu, ada yang tidak cukup dengan berbelanja hartanya sahaja bagi bermanja dengan anjingnya, bahkan ada yang mencurahkan perasaan kepada anjingnya, sedang dia bersifat acuh tak acuh terhadap orang yang terdekat dengannya, dan melupakan jiran dan saudaranya sendiri.

No entry

SEBAB PENGHARAMAN

Keberadaan anjing di dalam rumah seorang muslim, akan memungkinkan terdapatnya najis pada pinggan mangkuk dan sebagainya karana jilatan anjing tersebut.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Apabila anjing menjilat dalam bekas kamu, maka cucilah ia sebanyak tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. "

[Riwayat Bukhari]

Sebahagian ulama ada yang berpendapat, antara hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah: ia dapat menakutkan tetamu yang datang,membuatkan orang lari dan dapat mengganggu orang yang sedang berjalan.

Dari Nabi s.a.w. telah berkata:

"Malaikat Jibril a.s telah datang kepadaku, kemudian dia berkata kepadaku: Aku telah datang kepada engkau semalam, tidak ada sesuatu pun yang menghalangi aku untuk masuk kecuali karena di pintu rumahmu ada patung, dan di dalamnya ada dinding yang bergambar, dan di dalam rumah pula ada anjing. Oleh itu , perintahkanlah supaya kepala patung yang berada di dalam rumah itu dipotong. Di potong sehingga menjadi bentuk  sebatang pokok. dan perintahkan juga supaya dinding  itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang boleh diduduki, dan perintahkanlah anjing itu supaya ia keluar”

[Riwayat Abu Daud, Nasa'I, Tarmizi dan Ibnu Hibban]

Anjing yang dilarang dalam hadis ini hanyalah anjing yang dipelihara tanpa ada keperluan, bukannya anjing yang boleh dimanfaatkan.

________________________

Rujukan: الحلال و الحرام للقراضاوي

teks asal :

image