Ilmu. Adalah penyuluh jalan hidup manusia. Segala tindak tanduk manusia di muka bumi ini menagih kepada kehendak ilmu. Bahkan seorang manusia itu, tidak akan mampu berjalan sekalipun, sekiranya tidak mempunyai ilmu. Manakala, sorang wanita yang lemah lembut juga mampu mengangkat kayu balak berkilo tan, dek kerana ilmu.

Rasulullah s.a.w. sendiri telah menjamin kemuliaan ilmu. Baginda bersabda:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya ilmu didapati dengan cara menuntut, dan kefahaman dari cara mendapatkan kefahaman [Feqah dengan tafaqquh]. Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan pada dirinya, nescaya Allah akan memahamkannya dalam agama, dan sesungguhnya, yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambanya adalah ulama.

[Riwayat Tabrani]

TIDAK SEMESTINYA BERBUKU

Manusia telah hidup dengan komunikasi  ilmu. Manusia belajar cara berjalan, mencari makanan, mencari tempat perlindungan dan sebagainya. Tidak menjadi kelaziman, ilmu mesti memerlukan buku. Kerana terdapat pelbagai bidang ilmu yang tidak termaktub di dalam buku.

Seorang rakan penulis pernah berkata, ketika beliau membuat keputusan untuk menyerahkan hidupnya sebagai seorang nelayan;

“Aku dah tak boleh nak belajaq, kepala otak aku dah jem.”

Mengapa beliau mengatakan perkara demikian? Kerana beliau merasakan ilmu itu hanyalah yang terdapat di dalam buku dan tidak terdapat dalam kehidupan harian.

Allah s.w.t. berfirman:

Bertanyalah kamu  kepada orang-orang yang berpengetahuan  jika kamu tidak mengetahui .

[An-Nahl:45]

knowledge_wallpaper_by_gigistar-d32al59

GURU DAN KELEBIHANNYA

Setelah kita memahami, bahawa ilmu itu tidak hanya terdapat di dalam kelas. Maka kita akan dapati, kita mempunyai ramai guru! Guru di rumah – Ibu Bapa-, guru di sekolah – tenaga pengajar-, guru di tempat pekerjaan, guru ketika sesat –musyrif-, dan sebagainya!

Mungkin juga, kita adalah salah seorang dari guru kepada orang lain!

Subhanallah, mari kita hayati kata-kata indah yang membunga dari Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mengajarkan ilmu maka dia memperoleh pahala orang yang mengamalkannya, dan pahala itu tidak berkurang sedikit pun!”

[Riwayat Ibnu Majjah]

Bahkan, Abu Umamah al-Bahili r.a. telah berkata:

Ada dua orang yang disebut-sebut kepada Rasulullah s.a.w, salah seorangnya adalah ahli ibadah, manakala yang seorang lagi adalah ahli ilmu. Maka Nabi s.a.w. bersabda: ‘Keutamaan ahli ilmu di atas ahli ibadah adalah seperti keutamaanku di atas orang terendah dari kalian’

Kemudian Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah, Malaikat-malaikat-Nya, penduduk langit dan bumi, bahkan semut di liangnya, sehinggakan ikan besar, semuanya berselawat kepada orang yang mengajar kebaikan kepada manusia’”

[Riwayat Tirmizi]

Happy-Teachers-Day

Inilah kelebihan yang di berikan kepada para guru. Jasa mereka dalam membina tamadun dan memandu kehidupan manusia ke arah yang benar, tidak di dapat dinafikan lagi.

GURU WAJIB DI HORMATI

Sempena hari guru yang mendatang ini, penulis mengharapkan, agar masyarakat  lebih memandang guru dengan lebih hormat dan sopan. Mereka sepatutnya diberikan penghormatan yang setimpal dengan kerja mulia mereka. Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w.:

Bukan termasuk dari golongan kami, orang yang tidak menyayangi anak kecil kami dan tidak pula memuliakan orang dewasa kami

[Riwayat Tirmizi dan Abu Daud]

Para pelajar hendaklah menghentikan sebarang pemberontakan jiwa kepada guru. Hendaklah menjadikan guru, manusia yang paling di kasihi dan di sayangi. Ingatlah, ilmu kehidupan yang kita lalui hari ini adalah berkat jasa dari setiap guru yang mendidik kita.

Wallahu `Alam.

 happy teacher`s day