الحمد لله العليم الحكيم.. والصلاة والسلام على سيد الخلق أجمعين..

أما بعد:

Menuntut ilmu merupakan sebesar-besar ibadat yang dapat mengangkat darjat manusia, serta dapat menghapuskan dosa-dosa. Allah Taala berfirman, bermaksud:

Allah meninggikan darjat orang  yang beriman di kalangan kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan  dengan beberapa darjat.

[Al-Mujadalah:11]

Alllah tidak akan menerbitkan perasaan cinta kepada ilmu dari hati seorang Muslim, melainkan Allah menghendaki kebaikan pada dirinya. Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w. ketika baginda bersabda:

Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahaman kepada dirinya dalam agama.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

book

Di bawah ini, akan kami tunjukkan beberapa etika yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh setiap penuntut ilmu. Ianya seperti berikut:

1-    Ikhlas hanya kepada Allah, serta membuktikan kata-kata dengan perbuatan.

Perkara pertama yang perlu dipatuhi oleh penuntut ilmu adalah, membulatkan niat untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah sahaja. Kemudian, sentiasa beramal dalam mempraktikkan ilmu yang dituntutnya. Supaya, tidak menjadi seperti mana yang disebutkan Allah Azza Wa Jalla, yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan!

[As-Sof:2]

Oleh itu, apakah sebab yang membuatkan para penuntut ilmu tidak bersungguh-sungguh memenuhkan diri dengan ilmu!? Sedangkan ilmu dan pengetahuan  itu menjalar dalam tubuh, tetapi tiada sedikit pun kesan yang dapat dilihat dalam diri penuntut ilmu!!!

Al-Allamah Muhammad Uthaimin r.h.m. pernah berkata kepada penuntut ilmu.

Aku tidak mahukan dari penuntut ilmu itu, senaskah buku. Tetapi, aku hanya mahukan daripada mereka.. supaya menjadi ulama (pendidik) yang beramal dengan ajarannya!!

Begitu juga, sebaris kata hikmat yang terkenal:

Ilmu menyeru untuk beramal, hendaklah kamu menyahutnya, sekiranya tidak, ia akan berlalu pergi!

Tujuannya mudah, mempraktikkan ilmu dan beramal dengannya , menambahkan kemantapan dan keyakinan ,serta amat jarang sekali ia hilang dari ingatan.

book-and-trees

2-    Menggabungkan hafalan dan kefahaman

Menuntut ilmu dengan dua kaedah ini adalah dua jalan putus. Sebahagian penuntut, amat gemar dengan cara hafalan berbanding kefahaman dan penguasaan ilmu. Ada dikalangan mereka yang menghafal satu ayat tetapi tidak memikirkan apa yang dihafalnya. Ini adalah perkara negetif yang sangat berlawanan. Sebab itulah, ilmu tersebut akan cepat hilang!!!

Bahkan, kadangkala mereka itu memahaminya dengan kefahaman yang salah. Islam tidak sempurna dengan cara ini! Ini adalah satu methodologi lemah yang perlu di ubati dengan segera!.

Cara yang terbaik adalah, menggabungkan antara keduanya. Serta, memperhatikan dengan bersungguh-sungguh penerangan yang mudah dan ringkas, tekun dengannya, dan bertanya kepada pakar sekiranya mempunyai keraguan.

Books_LibraryWallpaper

3-    Berpegang teguh dengan contoh teladan yang baik

Penuntut ilmu perlu sentiasa menjaga maruah dan bersikap baik. Mereka  perlulah meninggalkan perkara-perkara yang menjadi sebab kepada penampilan yang buruk, dan perkara yang menjatuhkan maruah mereka di khalayak umum!! Anda adalah salah seorang dari mereka.. oleh itu, janganlah anda lupa untuk memperlihatkan penampilan yang baik, semestinya ikhlas semata kerana Allah Azza wa Jalla.

4-    Sentiasa menjaga kawalan dari pintu-pintu masuk Syaitan

666satanwallpaper

Ianya seperti merasa hebat pada diri sendiri, bangga, dan merasa diri lebih baik dari orang lain. Ianya adalah suatu penyakit yang menghapuskan pahala amalan, dan penyebab kemurkaan Allah Azza wa Jalla.

Ketahuilah wahai penuntut ilmu! Ilmu itu bukan hanya sekadar penceritaan dan pengetahuan (Riwayah dan Riwayah), tetapi, ianya juga adalah semata-mata takutkan Allah Taala.

Ketika menerangkan firman Allah Taala dalam surah ar-Rum:

Dan berkatalah orang yang diberikan ilmu kepada mereka….

[ar-Rum: 56]

Al-Alamah Muhammad Uthaimin r.h.m. berkata: “Ini adalah bukti kepada menusia, tidak boleh bagi mereka untuk merasa hebat dengan ilmu mereka. Kerana mereka tidaklah mengetahuinya dengan sendiri, bahkan ianya adalah pemberian Allah Azza wa Jalla. Berdasarkan firman –Nya : “Yang diberikan ilmu

5-    Senantiasa memelihara amalan hati

Diantara kecacatan yang sering dilakukan oleh sebahagian penuntut ilmu , yang diabadikan di dalam  kitab-kitab matan ilmiah, adalah melalaikan amalan hati, dan tidak menghiraukannya.

Hati memerlukan ikatan. Dan penuntut ilmu sangat memerlukan kekuatan ikatan hubungan dengan Allah Azza wa Jalla, dan ikatan hati kepada-Nya. Tidakkah anda terkesan dengan para sahabat? bagaimanakah hubungan mereka dengan Allah Azza wa Jalla?!

heart

6-    Jangan mencaci para ulama!

Berhati-hatilah dengan jenayah yang besar ini!

Diantara perkara menyedihkan  yang tersebar dalam kalangan penuntut ilmu adalah bergiat aktif dalam mencari kelemahan ulama dan mencaci mereka.

Orang sebegini, tergolong  dalam manusia yang mengikut hawa nafsu, tanpa pertimbangan, serta tidak takut kepada Allah!! Dengan itu, ingatlah apa yang disebutkan oleh Ibnu Asakir;

Seseorang tidak akan bercakap menghina ulama,melainkan Allah menimpakan bencana kematian kepadanya,dengan dimatikan hatinya!

Memfitnah para ulama lebih teruk dari memfitnah orang lain!! Awas, berhati-hatilah!!

7-    Kita amat memerlukan akhlak!

Kita tidak nafikan; keras kepala, tidak sopan,  dan memalukan orang lain itu adalah akhlak yang tidak sesuai dengan seorang muslim. Bagaimanakah sekiranya, jika semua perkara tersebut dipalitkan pula kepada penuntut ilmu? Pastinya akan bertebaran lari manusia yang berada disekeliling mereka. Bahkan ,tidak kurang yang berlari dari mereka itu mencaci-caci pula. Pastinya , ilmu dan dakwah yang dibawanya akan tidak berfaedah.

Ianya menjadi sebab penghalang dari jalan Allah, sama ada mereka sedar ataupun tidak!!

Sementara itu, menjadi satu persoalan: sekiranya hilang akhlak yang terpuji dari kalangan penuntut ilmu, sedangkan mereka  berada dalam bidang tersebut, .. tidak malukah mereka dengan akhlak sebegini?!!!

wallpaper123

8-    Mengetahui nilai hubungan persaudaraan kerana Allah

Persaingan tidak sihat, perasaan iri hati, dan hasad dengki perlu dihakis supaya persaudaraan sentiasa terjaga.

Wahai penuntut ilmu, berjaga-jagalah dengan perangkap bahaya yang menggugat ikatan persaudaraan kerana Allah. Jika ianya berlaku, maka cepat-cepatlah ubatinya. Supaya, ia hilang. Seolah-olah, ianya tidak pernah berlaku.

9-    Ilmu adalah untuk disebarkan

dimanakah prinsip penuntut ilmu, sekiranya mereka membiarkan diri dikuasai oleh sifat malas dan tidak mahu bekerja? Bukankah pujangga ada berkata:

Tiga perkara yang tidak akan berjaya; tidak berkongsi, tidak menyeru, dan tidak berfikir.

Orang ini, pastinya tidak akan berjaya melangkah walau selangkah. Maka, putus asa adalah rahsianya!

Begitu banyak idea dan metodologi pemikiran yang memandang rendah pemiliknya,.  Mengapa? Kerana mereka menjadikan ilmu hanya di buku, bukan penyuluh jalan gelap.

Wallahu Alam.

 

_________________

Syihabudin Ahmad,

Biah Solehah PMRAM , Dumyat.