Header Ads

test

Hukum Onani (masturbation)

Kadangkala, darah naluri pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan air mani dari tubuh badannya supaya berlalu kegelisahannya, dan darahnya yang bergelora itu menjadi tenang. Cara semacam ini sekarang dikenali dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimna' atau adatus sirriyah).

travel ummah

PENDAPAT PERTAMA

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau berhujah dengan firman Allah, yang bermaksud:

"Dan orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang yang melampau."

[Al-Mu'minun: 5-7]

Pelaku onani telah melepaskan keinginan mereka ,  bukan pada tempatnya.

PENDAPAT KEDUA

Diriwayatkan dari Imam Ahmad bin Hanbal pula, beliau berpendapat, bahawa air mani adalah sesuatu yang lebih dari tubuh badan. Oleh itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini juga adalah pendapat Ibnu Hazm dan beliau berpegang dengannya. Para ulama Hanafiah memberikan batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

1-    Karena takut berbuat zina.

2-    Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini boleh kita ambil dalam keadaan naluri itu bergelora dan dibimbangi akan terjebak ke dalam perkara haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat yang jauh dari negerinya, sedangkan  pengaruh gelora naluri di hadapannya terlalu kuat dan dia takut dirinya menderita. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan gelora naluri tersebut. Dengan syarat, dia tidak berlebih-lebih dan menjadikan perbuatan tersebut sebagai kebiasaan.

ketenangan

APAKAH PENYELESAIANNYA?

Tetapi yang lebih baik dari semua itu, ialah seperti mana yang diterangkan oleh Rasul yang mulia s.a.w. , terhadap pemuda yang tidak mampu kawin, supaya  menolong diri mereka dengan memperbanyak puasa. Kerana puasa itu dapat mendidik kehendak ,mengajar kesabaran, menguatkan kesanggupan taqwa, dan mendekatkan diri muslim dengan Allah Taala. Ianya seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :

"Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka berkahwinlah . Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjaga nafsu keinginannya."

[Riwayat Bukhari]

______________________

Penulis : Prof. Dr . Yusuf Al-Qaradhawi

Kitab: Halal dan Haram dalam Islam

Penterjemah: Syihabudin Ahmad

*tajuk-tajuk kecil, di tambah oleh penterjemah bagi memudahkan kefahaman pembaca. Harap maklum.

_____________________

Teks Asal:

image

 

2 comments:

  1. salam...akhi ana nak tanya..
    bgaimana dgn pndapat imam syafiee??
    dan plbagai pndapat antara mazhab yg mana kita nak ikut??
    seterusnya ader mereka yg mengatakan bahawa mereka melakukan istimta'untuk mengelak diri daripada berzina sebagai satu alasan utk mereka melakukannya..apatah lagi selepas menonton bahan lucah..apa yg perlu dibuat dan dijawab??

    harap dapat membantu...insan yg msih mencari ilmu...salam perjuangan!!

    ReplyDelete
  2. wslm.
    1-imam syafie mengharamkan perbuatan onani-hujahnya seperti pendapat 1
    2- ikut yang mana kuat hujahnya dengan al-quran, jika tidak mampu. maka kepelbagaian pendapat memudahkan maksud agama islam.
    3-onani yang diharuskan sebahagian ulama dengan bersyarat. iaitu nafsu terlalu bergolak dan takut menjerumus zina.tidak lebih2 dan xjadi habit.
    4- menonton bahan lucah adalah suatu pengharaman yang jelas. ianya sudah menjadi perkara yang sepatutnya difahami oleh org islam -al maklum fi din bi dharurah.

    imam syafie yang berpendapat haramnya onani menambah: jika tak mampu berkahwin, islam telah menggantikan puasa sebagai cara mengawal nafsu.
    pendapat yang kuat adalah, majoriti ulamak yang mengatakan ianya haram. tanpa kita tidak menepikan hujah pihak kedua. mereka berkata: ianya lebih dekat dengan kaedah - mengambil mudarat yang lebih ringan dari dua mudarat.
    rujuk: kitab Al-Hawi kabir fi mazhab as-syafii, kitab al-um, mausuah fiqhiah.
    Wallahu alam.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.