Teks Keputusan : Di bawah tajuk : (Menyembelih Haiwan Yang Boleh Di Makan Dengan Kejutan Elektrik) :

الحمد لله وحده، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. أما بعد:

Majlis Persidangan Fekah Islami yang membincangkan perihal dunia Islam , dalam kursus ke-10 yang mereka adakan, bertempat di Makkah al-Mukarramah dalam tempoh hari Sabtu, 24 Safar 1408H bersamaan 17 Oktober 1987, sehingga hari Rabu , 28 Safar 1408H bersamaan 21 Oktober 1987 telah meninjau tajuk (Menyembelih Haiwan Yang Boleh Di Makan Dengan Kejutan Elektrik).

Ayam

Setelah sesi perbincangan tajuk, dan saling menukar pandangan. Persidangan telah membuat keputusan seperti berikut:

Pertama: Sekiranya, setelah haiwan  yang boleh dimakan itu dikejutkan dengan kejutan elektrik, kemudian ia disempurnakan dengan disembelih ketika masih hidup, maka sahlah penyembelihan itu di sudut syarak, halal pula untuk di makan. Sebagaimana umumnya firman Allah Ta`ala yang bermaksud :

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)

[Al-Maidah:3]

Kedua: Sekiranya ruh haiwan yang dikenakan kejutan elektrik tersebut melayang sebelum di sembelih, maka bangkainya haram dimakan. Sebagaimana umumnya firman Allah Ta`ala yang bermaksud :

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih).

camel

Ketiga: Kejutan arus elektrik kepada haiwan – dengan kejutan yang tinggi – adalah menyeksa binatang sebelum ianya di sembelih. Islam melarang perbuatan ini, bahkan Islam memerintahkan untuk bersifat belas kasihan kepada binatang. Ini telah diperakui dengan hadis sahih dari Nabi s.a.w. , Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menuliskan kebaikan bagi setiap perkara. Oleh itu, sekiranya kamu berperang, maka berperanglah dengan cara yang terbaik. Sekiranya kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik, tajamkanlah pisau kamu dan mudahkanlah penyembelihan itu.

[Hadis Muslim]

Keempat: Sekiranya arus yang dikenakan – dengan kejutan yang rendah – dan rasa yang rendah, dalam keadaan tidak menyeksa binatang. Perkara itu dibolehkan, seperti mengurangkan kesakitan sembelih pada binatang tersebut, dan melemahkan kebengisannya, maka ianya tidak mengapa. Syarak meraikan permasalahan yang berlaku. waAllahu Alam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليمًا كثيرًا والحمد لله رب العالمين.

______________________

Rujukan : klik

Penterjemah: Syihabudin Ahmad