Ketika saya kecil, saya telah melancong keluar Negara bersama keluarga saya. Ketika berehat, kami diberikan biskut yang mengandungi kandungan khinzir. Setelah ibu saya mengetahuinya, beliau telah melarang kami dari memakannya. Seingat sayalah, kami belum mencuci tangan dan mulut kami dengan air dan tanah ( 7 kali air bersih dan salah satunya air yang menggandungi tanah ) , sepertimana yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w.ketika menyentuh khinzir atau apa-apa yang berkaitan dengan khinzir.

Setelah beberapa tahun, saya telah melancong keluar dari negeri saya. Saya termakan khinzir secara tidak sengaja pula, bahkan, saya belum juga mencuci mulut saya dengan air dan tanah. Kedua-dua peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun, sehingga tidak ada lagi sisa khinzir di mulut dan tangan saya. Juga sudah tidak ada lagi rasa, bau mahupun warnanya. Adakah saya wajib mencucinya sekarang?

Saya takut Allah tidak menerima solat saya disebabkan dua peristiwa tersebut. Saya harapkan penjelasan.

waterdrop

Jawapan :

Tidaklah berdosa sekiranya termakan daging babi secara tidak sengaja. Ini dikuatkan dengan firman Allah Taala:

Kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati untuk kamu melakukannya. dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab:5]

Dan sabda Nabi s.a.w. :

Sesungguhnya Allah membiarkan dari umat aku perbuatan mereka yang mereka tersalah lakukannya, mereka lupa dan apa yang mereka benci melakukannya.

[Disahihkan oleh al-Albani , Ibnu majjah:2043]

Oleh itu, umat islam perlu berhati-hati ketika memakan sesuatu. Terutamanya ketika berada di Negara bukan Islam , yang mana rakyatnya memakan makanan yang kotor.

Adapula yang berkaitan dengan cara membersihkan kenajisan khinzir, sebahagian ulama telah berpandangan bahawa ianya perlu dibasuh dengan tujuh kali basuhan , salah satunya adalah dengan tanah. Sebagai Qias kepada cara pembersihan najis anjing.

Yang lebih tepat adalah, pembersihan najis khizir cukuplah sekadar basuh sekali sahaja. Imam al-Nawawi r.h. telah berkata dalam kitab Syarah Sahih Muslim :

kebanyakan ulama telah berpandangan bahawa khinzir tidak perlu dibasuh dengan tujuh kali basuhan. Ianya adalah pendapat Imam Al-Syafii , dan ianya mempunyai bukti yang kuat.

Inilah yang di rajihkan oleh Syeikh Ibnu Uthaimin r.h. sepertimana yang terdapat di dalam kitab beliau “Syarhu Mumti`”. Manakala ulama yang berpendapat bahawa kenajisannya sama seperti najis anjing pula, berpendapat bahawa khinzir lebih kotor dari anjing, maka ia lebih utama dihukumkan begitu.

Ini adalah Qias yang lemah, kerana khinzir disebutkan dalam Al-Quran. Serta terdapat di zaman Nabi s.a.w. tetapi tidak dijumpai pula bukti yang menunjukkan keterukkannya berbanding anjing.

Maka, yang lebih tepat adalah najis khinzir adalah seperti najis-najis yang lain juga, oleh itu ianya dibasuh sepertimana najis lain dibasuh. Tamat.

Cara yang tepat membasuh najis-najis lain adalah cukup dengan membasuh sehingga hilang najis tersebut. Tidak disyaratkan sebarang bilangan.

Manakala , soalan anda berkenaan cara pembersihan setelah memegang khinzir, ianya tidak wajib bagi anda untuk membasuh apa-apa lagi sekarang. Ianya juga tidak memberi kesan kepada solat anda.

Wallahualam.

Rujuk : Islamqa.com